Kesebelasan Utama Pilihan “The Phenomenon”Ronaldo

Luís Nazário de Lima dalam satu temuramah bersama FATV telah mendedahkan sebelas pemain terbaik yang menjadi impian beliau. Apa yang mengejutkan adalah seorang pemain penyerang yang menjadi pilihannya.

Berikut merupakan pemain pilihan bekas pemain Brazil, Barcelona, Real Madrid, AC Milan dan Inter Milan ini.

Gianluigi Buffon – Penjaga Gol

Walaupun tidak pernah bermain bersama dalam satu pasukan, rekod penjaga gol lagenda ini sudah jelas membuktikan kenapa Ronaldo memilihnya.

Memiliki 176 penampilan bersama Itali dan 909 penampilan dalam kesemua pertandingan bersama kelab termasuklah UCL dan Piala UEFA sudah cukup meletakkan dirinya sebagai lagenda.

shevchenko-xi-buffon

Penjaga gol terhebat dan lagenda yang masih beraksi selepas kembali untuk bersama Juventus.

Paolo Maldini – Pertahanan

Seorang lagi pemain yang bermain untuk satu kelab, Maldini telah memenangi 26 trofi sepanjang karier selama 24 tahun di Milan.

Pantas, tegap dan segak, pertahanan Itali ini memegang rekod penampilan terbanyak di kejohanan anjuran UEFA – 173 penampilan.

Muncul penjaring gol terpantas di pentas akhir UCL – 50 saat ketika menentang Liverpool di Istanbul.

Gambar : calcio.fanpage.it
Gambar : calcio.fanpage.it

Lima kejuaraan eropah sekali lagi membuktika pemain ini berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Benteng kebal AC Milan yang memenangi pelbagai gelaran tempatan dan Eropah kecuali Piala Malaysia. Maldini merupakan antara pemain pertahanan terbaik sepanjang zaman.

Fabio Cannavaro – Pertahanan

Pemain pertahanan pertama yang memenangi anugerah Fifa world player of the year pada tahun 2006 sekaligus mencipta sejarah baharu dalam dunia bola sepak.

cannavaro

Fabio Cannavaro gah mengemudi barisan pertahanan Italy untuk muncul juara Piala Dunia 2006.

Cafu – Pertahanan

Pemain Brazil ini mendominasi bahagian pertahanan kanan untuk tempoh masa yang cukup lama. Dia bermain bagaikan kereta api, turun naik di atas padang tanpa ada rasa lelah dan derita.

Kejuaraan UCL pada tahun 2007 mungkin menjadi momen terindahnya di peringkat kelab.

shevchenko-xi-cafu

Pemain pertahanan dan juga kapten Brazil yang mengumpul cap terbanyak dan telah menjuarai dua edisi Piala Dunia.

Roberto Carlos – Pertahanan

Seperti Cafu, Roberto Carlos juga seorang pemain yang membawa satu anjakan paradigma dalam seni bertahan.

Tiga UCL bersama Real Madrid – 1998, 2000 dan 2002, dia dianggap sebagai Galactico sejati di Bernabeu.

roberto-carlos

Tiga gol dalam 161 perlawanan di pentas eropah, Carlos mempunyai kaki kiri yang menakutkan.

Pemain pertahanan yang berkepala botak terkenal dengan sepakan lencongnya yang tidak mampu dilakukan oleh mana-mana pemain sehinggalah Faiz Subri melakukannya pada tahun ini.

Zinedine Zidane – Pemain Tengah

Berasal dari kabilah Berber di Algeria, kedua ibu bapa Zidane telah berpindah ke Perancis untuk lari dari perang Algeria.

Pada 23 Jun 1972, ibunya telah melahirkan seorang putera yang bakal menakluki dunia bola sepak.

Gambar : sports.gentside.com
Gambar : sports.gentside.com

Lagenda pasukan Perancis dan Real Madrid merupakan pemain paling dominan diantara dua abad.

Pada 1998, Zidane dianugerahkan pemain terbaik FIFA dan Ballon d’Or. Pada 2006, Zidane bersara dari arena bola sepak kelab dan antarabangsa.

Maradona – Pemain Tengah

Terkenal dengan gol kontroversi “Tangan Tuhan” semasa menentang England.

maradona-kesebelasan-utama-pilihan-mendiang-johan-cruff

Andre Pirlo – Pemain Tengah

Chuck Norris versi bolasepak sentiasa tenang dan tenang dan tenang.

http://www.mrofi.com/style-man-andrea-pirlo/

Lionel Messi – Pemain Tengah

Messi tidak perlu diceritakan lagi antara pemain terbaik dunia ketika ini.

soccerinfomania photo
soccerinfomania photo

Pele – Penyerang

Edson Arantes do Nascimento atau Pele, pemain yang disenaraikan oleh Guinness World Records sebagai pemain paling banyak menjaringkan gol dalam kerjaya bolasepak.Pele telah menjaringkan 1283 gol dalam 1366 perlawanan.

Hanya Fakri Saarani sahaja dalam dunia ini dilihat mampu memecahkan rekod tersebut.

pele

Akhyar Rashid

Pemain muda yang berpontensi besar malah di gelar sebagai Neymar Malaysia.

Ronaldo – Penyerang

Ronaldo yang dimaksudkan di disini adalah Luís Nazário de Lima bukan Cristiano Ronaldo. Ya Ronaldo telah memilih dirinya sendiri untuk bermain dengan pemain-pemain pilihannya.

Gambar : reddit.com

Ronaldo First XI

Berikut merupakan posisi setiap pemain yang dipilih oleh Ronaldo. Jangan nak persoalkan kenapa pemain kesayangan anda tiada dalam pilihan Ronaldo. Ini Ronaldo sendiri pilih.

ronaldo-first-xi

Baca Juga

Baca Juga