Kesebelasan Utama Terbaik Sepanjang Zaman Empat Pasukan Premier League

Kebanyakkan peminat bola sepak sangat suka untuk membincangkan topik tentang kesebelasan utama pasukan kegemaran mereka.

Tidak kira sama ada pasukan kegemaran mereka beraksi di Liga utama dunia mahupun liga setaraf kampung topik ini pasti sering menjadi perbincangan mereka.

Paling seronok untuk dibincangkan pastinya tentang kesebelasan utama yang terbaik sepanjang zaman untuk pasukan kegemaran mereka.

Kebiasaannya pengurus pasukan akan menjadi bahan caci maki para peminat kerana kesebelasan utama pilihan mereka tidak seperti yang diharapkan oleh para peminat.

Tapi bagaimana untuk menjadikan perbincangan itu lebih menarik?

Bagaimana kalau senaraikan kesebelasan utama terbaik sepanjang zaman tetapi perlu memilih seorang pemain disetiap posisi untuk setiap zaman.

Contohnya, sekiranya memilih kesebelasan utama terbaik sepanjang zaman untuk pasukan Arsenal, antara Thierry Henry, Patrick Vieira dan Robert Pires hanya seorang sahaja dari mereka boleh dipilih.

Atau mungkin untuk Liverpool, antara Torres, Suarez dan Firmino hanya seorang sahaja dari mereka boleh dipilih sebagai penyerang terbaik sepanjang zaman untuk The Reds.

Yang menjadikannya sukar adalah untuk memilih hanya seorang sahaja pemain dari setiap posisi yang mana ketika zaman kegemilangan pasukan itu hampir semua pemain mereka adalah yang terbaik.

Mana mungkin meletakkan lima penyerang dalam kesebelasan utama hanya kerana lima pemain itu merupakan pemain terbaik sepanjang zaman untuk pasukan.

Diinspirasikan dari laman Twitter rasmi Arsenal yang membincangkan topik ini bersama peminat mereka, jadi mari kita senaraikan untuk semua empat pasukan terhebat di Premier League.

Arsenal, Liverpool, Chelsea dan Manchester United adalah empat pasukan terbaik di premier league sepanjang zaman.

Untuk pasukan seperti Manchester City dan Tottenham peminat mereka boleh lah senaraikan sendiri kesebelasan terbaik sepanjang zaman mereka ya.

Ok dimulakan dengan kesebelasan terbaik untuk pasukan Arsenal dan harus diingat ini hanya pendapat peribadi jika tidak setuju korang senaraikan sendiri pilihan korang ok?

Arsenal

Jens Lehmann (GER), Lauren (CAM), Kolo Toure (CIV), Tony Adams (ENG), Alexis Sanchez (CHI), Gilberto Silva (BRA), Santi Cazorla (ESP), Dennis Bergkamp (HOL), Freddie Ljungberg (SWE), Pierre-Emerick Aubameyang (GAB), Thierry Henry (FRA).

Formasi: 3-5-2

Chelsea

Petr Cech (CZE), Branislav Ivanovic (SRB), Ricardo Carvalho (POR), John Terry (ENG), Cesar Azpilicueta (ESP), Claude Makelele (FRA), Frank Lampard (ENG), Michael Ballack (GER), Gianfranco Zola (ITA), Arjen Robben (HOL), Didier Drogba (CIV).

Formasi: 4-3-3

Liverpool

Alisson (BRA), Steve Finnan (ROI), Virgil van Dijk (HOL), Sami Hypia (FIN), Andy Robertson (SCO), Javier Mascherano (ARG), Xabi Alonso (ESP), Steven Gerrard (ENG), Mohamed Salah (EGY), Luis Suarez (URG), Sadio Mane (SEN).

Formasi: 4-3-3

Manchester United

David de Gea (ESP), Antonio Valencia (ECU), Nemanja Vidic (SRB), Jaap Stam (HOL), Patrice Evra (FRA), Cristiano Ronaldo (POR), Ji Sung Park (SKR), Roy Keane (ROI), Ryan Giggs (WAL), Wayne Rooney (ENG), Dwight York (TRI).

Formasi: 4-4-2

Ini adalah senarai kesebelasan terbaik sepanjang zaman untuk empat pasukan terbaik dalam sejarah premier league.

Agaknya kalau kesebelasan utama ni wujud sekarang dan bersaing dalam Premier League, pasukan mana akan jadi Juara?

BACA:  Premier League 2020/21: Liverpool 2-1 Tottenham Hotspur