Kesilapan Budak Sekolah Arnold Punca Alisson Diayamkan Asensio

Kesilapan mudah yang bertaraf budak sekolah daripada Trent Alexander-Arnold telah menjadi punca kepada gol kedua Real Madrid menyaksikan Alisson Becker mudah diayamkan Marco Asensio atau Sapawi Spain.

Righ-back dan penjaga gol terbaik dunia yang dipuja-puja dibodohkan begitu sahaja, bak roti yang enak dimakan begitu saja oleh Sapawi Spain.

Nama Trent Alexander-Arnold menjadi sebutan di dada media dan Gareth Southgate mendapat kecaman kerana tidak memanggil pemain itu untuk menguatkan skuad Tiga Singa, England.

Sindiran yang tajam lagi sini dilemparkan kepada Gareht Southgate selepas aksi cemerlang Trent Alexander-Arnold ketika Liverpool menewaskan Arsenal 3-0.

Trent Alexander-Arnold telah melakukan kesilapan mengundang padah buat Liverpool selepas cuba menanduk kebelakang hantaran gelembung buaya Toni Kroos.

Malangnya hantaran kebelakang oleh Trent Alexander-Arnold itu tidak menemui rakan sepasukan malah tepat menemui Marco Asensio yang sedang membuat larian.

Alisson Becker cuba keluar menerpa namun Sapawi Spain lebih laju dan mengayamkan penjaga gol terbaik dunia itu dengan satu sungkitan melihat Alisson sudah merebahkan badan.

Satu pilihan yang ada pada Alisson Becker pada saat itu adalah dengan menjatuhkan Asensio dengan akibat menerima penalti + kad merah + penggantungan.

Alisson Becker tidak terlalu bodoh untuk mengambil pilihan itu dan biarkan kebodohan menjadi milik Trent Alexander-Arnold sahaja secara solo.

Satu tolakan mudah dilakukan Sapawi Spain tanpa rasa melekit dengan gawang luas terbuka dan sudah terlewat untuk Andrew Robertson yang hanya sekadar mengutip bola di dalam gawang.

Di media sosial sudah berbelah bahagi mereka yang melihat aksi Trent Alexander-Arnold itu melakukan assist untuk lawan ada mula memaki dan ada yang mempertahankan.

Dalam perlawanan suku akhir pertama ini Liverpool tewas 3-1 namun membawa bekalan satu gol dan kebangkitan itu pasti bagi Liverpool.

Ikuti laporan penuh perlawanan di bawah.

Real Madrid 3-1 Liverpool

Saingan peringkat suku akhir kejohanan paling agung di Eropah kembali meneruskan saingan dengan dua perlawanan dahulu berlangsun Real Madrid vs Liverpool dan Manchester City vs Borussia Dortmund.

Perlawanan antara Real Madrid menentang Liverpool sudah pasti menjadi pilihan ramai kerana perlawanan ini berlangsung pada waktu yang sama dengan perlawanan Manchester City vs Borussia Dortmund.

Ini merupakan pertemuan pertama Liverpool dan Real Madrid selepas final Champions League 2018 yang penuh drama dan emosi, semuanya kerana insan bernama Sergio Ramos.

Kerosakan bahu, gegaran otak dan linangan air mata ditumpahkan dan semua perbuatan ini diletakkan ke atas bahu Sergi Ramos yang tidak beraksi kali ini.

Jurgen Klopp menyatakan ini bukan satu perlawanan pembalasan dendam dan dendam tiada dalam kamus hidupnya yang sedang bermotivasi tinggi.

Perlawanan berlangsung di Stadium Alfredo Di Stefano yang merupakan padang latihan dan veneu pasukan Real Madrid B yang hanya mampu memuatkan 8 ribu penyokong jika ada.

Santiago Bernabeu tidak digunakan bukan kerana Liverpool sebuah pasukan yang hina tetapi kerana proses pengubahsuaian mega sedang dijalankan.

Macam biasa Liverpool akan mempamerkan permainan pressing mereka yang saban hari semakin tidak berkesan dan Real Madrid bermain dengan penuh ketenangan maklum la main di padang latihan.

Real Madrid bermain mudah dengan membuat hantaran panjang dan berjaga-jaga untuk mematahkan perangkap offside Liverpool dan beginilah dua gol terhasil.

Vinicius Junior meletakkan Real Madrid di depan pada minit ke-27 selepas menyempurnakan hantaran panjang gelembungan buaya daripada Tony Kross.

Hantaran padu sejauh 50 ela dari Toni Kroos itu menjadi bualan dunia bola sepak dan apa yang perlu dilakukan Vinicius Junior adalah menyudahkannya.

Kurang 10 minit kemudian, Tony Kroos membuat satu lagi hantaran lambung yang gagal mencari rakan dan menemui right-back terbaik dunia, Trent Alexander-Arnold yang pasti mudah dipatahkan.

Namun sebaliknya terjadi apabila Trent Alexander-Arnold telah melakukan satu assist kepada Marco Asensio yang mendapat nama gelaran Sapawi Spain.

Bantuan Trent Alexander-Arnold dimanfaatkan sepenuhnya Sapawi Spain yang mengayamkan, Allison Becker sebelum mudah menolak masuk bola tanda satu penghinaan.

Trent Alexander-Arnold dipuji melambung-lambung selepas cemerlang ketika menentang Arsenal dan Gareth Southgate turut diserang kerana tidak memilih pemain itu.

kini Gareth Southgate tidak perlu mengeluarkan apa-apa kenyataan kenapa Trent Alexander-Arnold tidak dipilih. Kerana kehebatan Trent Alexander-Arnold hanya dimulut penyokong Liverpool sahaja.

Buat pertama kali sejak November 2014, Liverpool gagal mencatatkan sebarang percubaan pada separuh masa pertama di Champions League dan ketika itu mereka menentang Real Madrid juga.

Penguasaan bola yang selalu menjadi kebanggaan penyokong Liverpool bukan main sampai 54 peratus tapi tiada percubaan.

Percubaan Diogo Jota telah dihadang oleh Luka Modric dan malangnya bola terbias menemui Mohames yang tidak dikawal lalu terus disudahkan dengan gol pertama Liverpool.

Penjaga garisan tidak mengangkat bendera menandakan gol itu sah tanpa sebarang keraguan.

Serangan balas dilakukan Real Madrid mewujudkan situasi 2 lawan 2 tapi sayang hantaran Marco Asensio mencari Vinicius Junior berjaya dihalang Trent Alexander-Arnold yang hebat.

Berpunca daripada lontaran ke dalam kepada Karim Benzema yang membuat satu sepakan pendek kepada Luka Modric yang terus mancari Vinicius Junior untuk gol ketiga dengan sepakan leret dan lemah.

Dengan tiga gol dikaki, Real Madrid terus dengan permainan seperti aksi latihan sahaja dan berpeluang untuk menambah jaringan namun banyak sangkut hantaran akhir kerana terlalu bersahaja.

Tiada clean sheet untuk gandingan pertahanan paling mantap Liverpool yang dipuja-puja sebelum ini, Ozan Kaba dan Nathaniel Philips.

Tiada gol tambahan yang berjaya dijaringkan selepas tamatnya empat minit masa kecederaan yang diberikan oleh pengadil perlawanan.

Kemenangan ini meletakkan Real Madrid sebaris dengan Benfica sebagai pasukan paling banyak menewaskan Liverpool dengan masing-masing mengumpul empat kemenangan.

Dengan berbekalkan satu gol tempat lawan, peluang untuk Liverpool bangkit masih ada di stadium keramat mereka, Anfield.

Real Madrid (4-3-3) Courtois; Lucas Vazquez, Eder Militao, Nacho, Mendy; Modric, Casemiro, Kroos; Asensio, Benzema, Vinicius Jr.

Substitutes: Lunin, Altube, Marcelo, Valverde, Odriozola, Isco, Mariano Diaz, Rodrygo, Arribas, Chust.

Liverpool (4-3-3) Alisson; Alexander-Arnold, Phillips, Kabak, Robertson; Keita, Fabinho, Wijnaldum; Salah, Jota, Mane.

Substitutes: Adrian, Davies, Thiago, Milner, Firmino, Oxlade-Chamberlain, Jones, Tsimikas, Shaqiri, Davies, R Williams, Cain.

Referee Felix Brych (Germany).

BACA:Β  Alisson Jaring Gol Kemenangan Minit Akhir Satu Detik Paling Gila Dalam Sejarah Bola Sepak