Kesilapan Dan Aksi Kelakar Pemain Pertahanan Terbaik Dunia

Bekas pemain pertahanan termahal dunia dan kini dijulang sebagai pemain pertahanan terbaik dunia bola sepak, Virgil Van Dijk telah melakukan aksi kelakar dan kesilapan yang mengundang padah.

Kejadian tidak sepatutnya terjadi apatah lagi daripada pemain pertahanan terbaik dunia ini terjadi dalam perlawanan Liverpool menentang Arsenal.

Pertembungan dua pasukan ini tidak pernah berakhir dengan jaringan gol yang sedikit.

Dalam sembilan pertemuan terakhir Arsenal dan Liverpool sebanyak 49 gol telah dihasilkan dengan purata 5.4 gol per perlawanan. Meriah bukan.

Namun dalam perlawanan ini kemeriahan juga wujud bukan kerana jaringan gol tetapi aksi kelakar pemain Liverpool yang memberi kemenangan kepada Arsenal.

Kekalahan ini telah menutup peluang Liverpool untuk mencecah 100 mata dengan perlawanan berbaki dan setakat ini 93 mata sahaja dikumpul.

Manchester City kekal menjadi satu-satunya pasukan mengutip 100 mata yang dilakukan pada musim 2017/18.

Ya, benar, semua orang tahu Liverpool juara.

Kesilapan Dan Aksi Kelakar Pemain Pertahanan Terbaik Dunia

Pemain pertahanan dan penjaga gol yang dikatakan terbaik di dunia bola sepak ini telah melakukan kesilapan yang bodoh yang memberi kemenangan kepada Arsenal.

Dua kebodohan dan aksi kelakar dalam satu perlawanan daripada pemain terbaik dunia di posisi masing-masing sesuatu yang ‘rare’ dan luar biasa.

Ya, benar, semua orang tahu Liverpool juara.

Dengan permainan meyakinkan, Liverpool terlebih dahulu dihadapan hasil jaringan Sadio Mane yang menyambar hantaran Andrew Robertson.

Arsenal menyamakan kedudukan melalui Alexandre Lacazette hasil bantuan gol pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil Van Dijk.

Fabinho menghantar bola kepada Van Dijk untuk memulakan gerakan dari bawah tetapi Van Dijk ‘too casual’ dengan bola.

Apabila ditekan beliau membuat hantaran kebelakang entah mencari Fabinho atau Alisson Becker.

Lacazette yang menghidu peluang terus menyambar bola dan mengayamkan Alisson. Entah di mana geniusnya Lacazette.

Van Dijk tidak berpuas hati kerana mendakwa dirinya ditolak. Harap Van Dijk tak minta penalti di kawasan sendiri.

Ya, benar, semua orang tahu Liverpool juara.

Jika Harry Maguire, David Luiz atau mana-mana pemain melakukan kesilapan maka penyokong Liverpool akan melabel mereka sebagai bodoh dan dungu.

Kena dekat pemain sendiri terus menggunakan perkataan yang murni seperti ‘Van Dijk too casual’.

Malah penyokong Liverpool telah mengangkat Alexandre Lacazette sebagai genius dan tidak pula menuduh pemain pasukan sokongan sebagai bodoh.

Ya, benar, semua orang tahu Liverpool juara.

BACA:  Lagi Aksi Kelakar Dari Pemain Pertahanan Terbaik Dunia