Kesilapan Mudah Khairul Fahmi Che Mat Mengundang Padah

Kesilapan mudah penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat nyata mengundang padah apabila telah dihukum dengan jaringan daripada Bergson da Silva untuk gol kedua.

Kehangat liga Super Malaysia kembali bersambung selepas berhenti rehat untuk memberi laluan kem latihan pasukan kebangsaan Harimau Malaya mengikut kalendar antarbangsa.

Satu perkara menarik untuk perlawanan keenam adalah penonton dibenarkan hadir distadium dengan mengikut syarat dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Dua pasukan berjiran bertemu untuk perlawanan keenam Liga Super iaitu Melaka United menentang Johor Darul Ta’zim atau JDT.

Adam Nor Azlin membuka tirai jaringan JDT pada seawal minit keempat perlawanan selepas menanduk tajam bola yang berpunca daripada sepakan penjuru.

Tidak lama berselang kurang empat minit kemudian JDT menggandakan kedudukan melalui satu jaringan yang boleh dianggap sebagai hadiah.

Silap faham antara penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek dan Jang Sukwon nyata mengundang padah dalam satu situasi tidak patut terjadi.

Khairul Fahmi Che Mat bermain dengan memulakan dari bawah dan melakukan hantaran pendek yang terlalu lemah untuk sampai kepada Jang Sukwon.

Jang Sukwon segera menerpa selepas melihat Bergson da Silva datang menekan dan Jang Sukwon nampak panik dan berjaya mendapatkan bola.

Satu clearance sepatutnya dilakukan namun cubaan Jang Sukwon menghantar bola sampai kepada pemain JDT yang menolak kepada Bergson da Silva.

Tiada masalah untuk Bergson da Silva menjaringkan gol kedua. JDT didepan selepas 8 minit permainan.

Gol ketiga JDT hadir pada minit ke-82 juga melalui Bergson da Silva selepas menerima umpunan cantik dari Mohamadou Sumareh dari sudut cantik yang menghasilkan hantaran berkualiti.

JDT kekal kembali ke landasan kemenangan selepas seri dalam dua perlawanan sebelum ini dan kekal gayat dipuncak dengan 14 mata.

Baca Juga

Baca Juga