Kesilapan Penjaga Gol Benfica Adalah Rancangan Mourinho – Matic

Pemain tengah Manchester United, Nemanja Matic telah mendedahkan bahawa kesilapan penjaga gol Benfica semalam adalah perancangan bijak daripada pengurus mereka, Jose Mourinho.

Mile Svilar melakukan kesilapan ketika menangani tendangan percuma 30 meter Marcus Rashford pada separuh masa kedua sekaligus menghadiahkan Manchester United gol tunggal perlawanan.

Kemenangan tersebut meletakkan United di kedudukan selesa untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati Liga Juara-juara musim ini.

Svilar melakukan satu kesilapan mudah dan pasukannya kalah.

Romelu Lukaku dan David De Gea cuba memujuk dan memberikan kata-kata manis buat Svilar selepas tamat perlawanan, namun Matic mengakui bahawa gol tersebut adalah hasil rancangan daripada Mourinho.

“Pengurus suruh kami untuk melakukan cubaan, shoot dan dapatkan hantaran lintang ke arah penjaga gol mereka kerana dia masih muda dan bermain perlawanan pertamanya,” kata Matic kepada BT Sport.

“Inilah bola sepak dan aku tahu dia adalah penjaga gol yang hebat dan aku doakan yang terbaik buatnya. Jangan lupa hesteg #tilljannah,” tambah Mati lagi.

Ketika ditanya mengenai perlawanan, Matic akui pengalaman memisahkan kedua-dua pasukan.

“Kami mengawal permainan, 30 minit pertama tu agak sukar dan lepas tu kami dapat mengawal keadaan.

“Kami menggunakan pengalaman kami. Kami gagal mendapatkan gol kedua tapi tidak membuat kesilapan di bahagian pertahanan.

“Kami jaringkan gol dan mencipta lebih banyak peluang. Kami juga bermain baik dalam separuh masa kedua dan bermain cukup baik untuk membawa pulang tiga mata. Agak sukar, tapi kami berjaya menang,” katanya lagi.

Bekas pemain Benfica, Victor Lindelof turut bermain semalam dan United kini telah mengekalkan cleen sheet dalam sembilan daripada 13 perlawanan musim ini.

Dia berkata kepada BT Sport,” Benfica adalah pasukan yang bagus dan bertahan dengan baik di samping mempunyai pemain yang berpengalaman.

“Aku rasa fantastis. Aku telah berada di Benfica selama lima tahun dan aku gembira dengan keputusan ini.”

Nasib baiklah Svilar buat silap, kalau tak kau tahulah apa keputusan perlawanan semalam.

Sumber berita : ESPN FC

Baca Juga

Baca Juga