Kesinambungan Pemain Muda Kedah 2016-2019

Seorang pemain yang terpilih ke program Harimau Muda dan berada di skuad B pada musim 2014 ketika berusia 20 tahun.

Gagal menembusi skuad yang menyertai Liga Singapura ketika nama rakan sepasukan Farhan Abu Bakar (penjaga gol), Ariff Farhan Isa (pertahanan) dan Amirul Hisyam Awang Kechik (tengah) terpilih.

Bagaimanapun Tan Cheng Hoe memberi ruang kepada Hanif Md Zahir pada musim 2015 untuk berada di skuad utama Kedah ketika umurnya baru berusia 21 tahun.

Musim 2016 menyaksikan 13/30 pemain berusia b23 yang berada dalam senarai bermain dan simpanan yang pernah tersenarai sepanjang musim.

Hanif salah seorang dari 13 pemain tersebut.Kedah mula membina pasukan dengan majoriti pemain muda.

3 pemain mencapai status tinggi dalam pasukan walaupun berusia b23.

Amirul Hisyam Awang Kechik (71%) Farhan Abu Bakar (64%) dan Ariff Farhan Isa (51%).

Sekurang-kurangnya 4 pemain lagi mendapat status penggiliran yang sangat baik.

Shafiq Ahmad (36%), Farhan Roslan (36%), Ifwat Kassim (32%) dan Halim Shaari (32%).

Kedah pantas terkenal dengan prestasi yang melebihi kemampuan umur pemain pada ketika itu.

Syazwan Tajuddin (18%), Hanif Md Zahir (16%) dan Osman Yusoff (14%) membentuk pemain yang diberi pendedahan oleh Tan Cheng Hoe bersama Syawal Nordin (5%).

Syazwan Abdullah, Asri Mardzuki dan Syazwan Hazani melengkapi senarai 13 pemain muda Kedah 2016.

Tan membawa ke musim 2017 untuk ditingkatkan

12 nama kekal bersama Tan. 7 senarai pemain muda baru dinagkat oleh jurulatih ini.

Salah seorang dari 7 pemain tersebut adalah Akhyar Rashid (3%). Hidhir Idris (5%), Akhmal Azmi (2%) menjadi 3 pemain dari 7 yang meraih minit.

Rapphi Mariapen, Asri Muhammad, Loqman marzuki dan Aminuddin Bakar melangkapkan senarai 7 pemain baharu yang muncul pada musim 2017.

Berikut adalah catatan 2017 melibatkan 12 pemain yang dikekalkan mengikut pencapaian musim 2016 kepada 2017.

1. Amirul Hisyam 71% kepada 38%
2. Farhan Abu Bakar 64% kepada 26%
3. Arif Farhan Isa 51% kepada 22%

4. Shafiq Ahmad 36% kepada 33%
5. Farhan Roslan 36% kepada 17%
6. Ifwat Kasim 32% kepada 63%
7. Halim Shaari 32% kepada 16%

8. Syazwan Tajuddin 18% kepada 24%
9. Hanif Md Zahir 16% kepada 17%
10. Osman Yusoff 14% kepada 1%
11. Syawal Nordin 5% kepada 41%
12. Asri Mardzuki 0% kepada 33%

Beberapa perubahan ketara berlaku kerana kecederaan dan penurunan prestasi pemain yang diberi kepercayaan pada musim 2016.

3 pemain muda utama 2016 mengalami situasi tersebut.

Giliran Roman Markote mengangkat 5 pemain muda baharu bagi musim 2018. Mengekalkan 13 pemain dari legasi sebelumnya.

Daripada 12 produk muda Kedah, Syafiq Ahmad mendapat perhatian dari gergasi selatan dan Syazuan Sazani hilang.

Shafiq Ahmad ke JDT selepas mendapat musim ke-2 bersama Kedah

Kehilangan Syafiq dihiasi dengan kemunculan popular Akhyar Rashid di musim ke-2 bersama Kedah.

Akhyar mengikut jejak Shafiq ke JDT juga selepas musim ke-2 bersama Kedah

Berlaku selepas kehilangan Farhan Abu Bakar yang mengalami kejatuhan prestasi mengejut.

Norfiqrie Talib (30%) meraih peluang akibat krisis posisi pertahanan kiri kesan dari kecederaan Ariff Farhan. Fazrul Daniel (3%) muncul di musim 2018 dan Asri Muhammad (2%) bersama Zafuan Azeman (1%) membentuk 5 pemain muda pada musim itu.

Berikut adalah catatan 12 pemain yang kekal dari musim (2016)2017-2018.

1. Ifwat Kassim 63% kepada 51%
2. Syawal Nordin 41% kepada 52%

3. Amirul Hisyam 38% kepada 21%
4. Asri Mardzuki 33% kepada 29%

5. Arif Isa 22% kepada 39%
6. Syazwan Tajuddin 24% kepada 33

7. Halim Shaari 16% kepada 50%
8. Hanif Md Zahir 17% kepada 1%
9. Farhan Roslan 17% kepada 6%
10. Hidhir Idris 5% kepada 15%
11. Akhyar Rashid 3% kepada 46%
12. Akhmal Azmi 2% kepada 3%

Akhyar mengikut jejak Shafiq berhijrah ke JDT.

Menariknya Syafiq Ahmad disambar ketika mula menunjukan potensi pada musim keduanya, begitu juga Akhyar.

Pada pra musim, rata-rata mengatakan Fazrul Danel akan mengalami prestasi dan catatan baik di musim ke-2nya seperti Shafiq dan Akhyar.

Fazrul Danel (3 dari kiri) menjadi prospek besar musim 2019 selepas Syafiq (2017) dan Akhyar (2018)

Ia kelihatan menepati ramalan apabila pemain ini sudah mencatat 59% penglibatannya bersama Kedah sepanjang 12 perlawanan.

Kedah masih mengekalkan 10 pemain muda 2016-2017 di musim 2019.

Ifwat Kasim, Syawal Nordin, Amirul Hisyam, Asri Mardzuki, Asri Muhammad, Syazwan Tajuddin, Farhan Roslan, Hidhir Idris, Norfiqrie Talib, dan Fazrul Danel terus menjadikan pasukan ini mempunyai kesinambungan pemain muda yang baik setiap musim.

Penghijarahan Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid menunjukan pasukan ini mampu mengeluarkan produk bertaraf nasional.

Halim Shaari pantas menjadi pemain penting Selangor. Ariff Farhan Isa mampu menjadi pemain penting PKNS jika mampu bebas dari kecederaan.

Apa catatan yang akan dilakukan musim ini oleh pasukan yang popular dengan ungkapan bangkit dengan sekumpulan pemain muda satu masa dahulu.

Yang dicetuskan oleh Tan Cheng Hoe disambung Roman Markote dan diberi nafas baharu oleh Aidil Shahrin.

Haniff Md Zahir menjadi sebahagian cerita pemain muda Kedah pada permulaan cerita sebagai latar pemula.

Baca Juga

Baca Juga