Ketahui Format Baharu Piala Suzuki 2018

Piala AFF 2018 disingkatkan kepada Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2018 telah memasuki edisi yang kedua belas merupakan sebuah kejohanan bola sepak negara-negara yang bersekutu dengan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

Kejohanan Bola Sepak ASEAN pada awal penganjurannya dikenali sebagai Piala Tiger dan kini dikenali sebagai Piala Suzuki kerana pertukaran penaja.

Syarikat Tiger Beer di Singapura merupakan penaja utama kejohanan ini sehinggalah 2005. Kejohanan ini kemudian dinamakan semula sebagai Kejohanan Bola Sepak ASEAN pada 2007.

Pada tahun 2008 sehingga sekarang, Syarikat Suzuki dari Jepun menjadi penaja utama kejohanan ini dan kemudian dikenali sebagai Piala Suzuki.

Malaysia tidak pernah menjulang Piala Tiger dan mula mengecap kejayaan pada 2010 selepas dikenali sebagai Piala Suzuki kerana Tiger yang merupakan minum keras itu haram.

Pada mesyuarat Persekutuan pada Mac 2016, telah mencadangkan bahawa untuk ‘menyegarkan’ pertandingan dan untuk meredakan apa-apa kebimbangan mengenai isu kehadiran penyokong, peringkat kumpulan tidak akan dimainkan di negara tuan rumah tetapi dimainkan sebagai kejohanan tempat sendiri dan tempat lawan di antara kalangan mereka yang layak.

Piala Suzuki AFF 2018 tampil dengan format baharu saingan peringkat kumpulan iaitu tanpa tuan rumah bersama yang menyaksikan setiap pasukan kali ini akan dapat beraksi dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.

Pusingan akhir Piala Suzuki AFF 2018 masih menampilkan 10 negara bertanding yang terdiri daripada dua kumpulan. Sebanyak sembilan negara yang layak secara automatik dan 2 lagi terpaksa bermain di kelayakan.

Timor Leste berjaya layak ke Piala Suzuki 2018 selepas menewaskan Brunei di peringkat kelayakan dan berada dalam kumpulan B. Kesian Brunei.

https://twitter.com/mysoccerleague/status/1038434394577367042

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos manakala Kumpulan B dibarisi juara bertahan, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan Timor-Leste yang menang perlawanan kelayakan dengan Brunei.

Peringkat kumpulan setiap negara akan bermain sebanyak 4 perlawanan dan tiada perlawanan timbal balik tetapi setiap negara akan bermain di negara sendiri sebanyak dua perlawanan.

Perlawanan membabitkan pasukan Malaysia menyaksikan Malaysia bakal bermain di Bukit Jalik menentang Laos dan Myanmar. Dua perlawanan di tempat lawan Malaysia akan menentang Kemboja dan Vietnam.

Jadual Perlawanan Harimau Malaya. Foto : FAM

Malaysia bakal membuka kempen bertemu Kemboja di Phnom Penh pada 8 November sebelum menanti kunjungan Laos di Bukit Jalil pada 12 November.

Selepas itu, Malaysia akan terbang ke Hanoi untuk bertemu Vietnam pada 16 November dan mengakhiri aksi Kumpulan A menentang Myanmar di Bukit Jalil pada 24 November.

Jika Malaysia berjaya menduduki dua tempat teratas, saingan separuh akhir akan berlangsung pada 1 dan 2 Disember bagi aksi pertama dan pada 5 dan 6 Disember bagi aksi kedua.

Final secara timbal balik dijadual berlangsung pada 11 dan 15 Disember 2018.

Baca Juga

Baca Juga