Ketahui Kenapa Alex Ferguson Menolak Untuk Mendapatkan Zinedine Zidane

Kisah Blackburn Rovers dan Zinedine Zidane sentiasa menjadi sebutan tatkala jendela perpindahan pemain dibuka kerana pada zaman kegemilangan Blackburn mereka telah menolak pemain muda yang penuh potensi iaitu Zinedine Zidane.

Ada yang menganggap keputusan Rovers menolak peluang mengikat Zidane yang pada ketika itu bermain bersama Bordeaux adalah sesuatu tindakan yang memalukan. Rovers menolak Zidane untuk menyertai mereka kerana mereka sudah mempunyai Tim Sherwood.

Pada waktu itu Manchester United di bawah pengurusan Alex Ferguson menerima tawaran untuk mendapatkan lagenda Perancis itu tetapi ditolak dengan penuh beradab di atas sebab yang lebih boleh diterima akal.

Siapa tak kenal dia, dia Suarez.

Dalam temuramh bersama laman sesawang rasmi Manchester United, bekas ketua operasi, Martin Edwards telah mendedahkan bahawa Setan Merah pernah berpeluang membawa Zidane dari Bordeaux ke Old Trafford tetapi ada sebab yang menghalang.

“Semasa Idan (panggilan manja Zidane) di Bordeaux, ketua peninjau bakat, Les Kershaw memberitahu kepada aku bahawa kita patut mengambil budak ini dan aku pun memaklumkan perkara ini kepada Pak Fergie.” Ketika itu Fergie belum menyertai Black Eyed Peas lagi.

“Pak Fergie menjawab bahawa Eric Cantona juga ada memaklumkan dan menyebut nama Idan kepada beliau tetapi Pak Fergie merasakan Idan bermain di posisi sama seperti Eric Cantona.

Pada ketika itu Cantona digantung kerana menyajikan tendangan kung fu kepada penyokong Crystal Palace.

“Kami terpaksa terbang ke Perancis untuk memujuk Cantona menandatangi kembali kontrak bersama kami, selepas peristiwa dengan penyokong Crystal Palace di Selhurst Park tahun 1995, Cantona digantung 8 bulan.

“Pak Fergie merasakan jika beliau membeli Idan, keputusannya itu akan memberi kesan kepada kedudukan Cantona. Pak Fergie tersangkut dengan Cantona.”

Tetapi ternyata kesetiaan Ferguson menunggu kembalinya Cantona berbaloi. Selepas 8 bulan Cantona membuktikan kemampuannya apabila mengetuai Setan Merah untuk kembali merampas takhta Premier League.

Eric Cantona, Manchester United

Kejayaan dari kehebatan Cantona termasuklah kejuaraan berganda Manchester United pada musim 1995/96 apabila Cantona menjaringkan gol lewat permainan dalam perlawanan penuh dramatik ketika menentang Liverpool power this our year di Final Piala FA.

Zidane kemudiannya berpindah ke Juventus dan di Italy lah salah seorang pemain terbaik dunia sedang mengalami proses untuk mejadi lagenda seperti hari ini. Pada tahun 2001, Zidane telah berhijrah ke Real Madrid dengan memecahkan rekod perpindahan dunia dengan nilai £47 juta.

Pada musim pertama di Los Blancos, Zidane telah membantu Real Madrid merangkul gelaran Champions League buat kali ke-9 dan meraih gelaran La Liga setahun kemudian. Zidane kini pengurus Real Madrid telah memberi kejuaraan Champions League yang ke-11 dan ke-12.

Untuk makluman, seperti manusia yang lain, Zidane pernah memiliki rambut.

Keputusan Alex Ferguson untuk setia menunggu Eric Cantona sangat berbaloi dan melepaskan Zidane. Jika Zidane menyertai Manchester United belum pasti kedudukannya terjamin dan mungkin Zidane tidak menjadi pemain lagenda atau juga mungkin menjadi lebih power.

Segalanya mungkin namun semua telah terjadi dan kini, Ferguson, Zidane dan Cantona hidup aman bahagia disamping keluarga tersayang dengan masing-masing berstatus lagenda bola sepak.

Cinta tidak semestinya bersatu, cinta agung adalah cinta yang gagal.

Sumber : Sport Bible

Baca Juga

Baca Juga