Ketahui Kenapa Petr Cech Memakai Topi Ketika Beraksi

Peter Cech merupakan seorang pemain bola sepak profesional kelahiran Czech yang kini bermain bersama pasukan terhebat Liga Perdana Inggeris, Arsenal Wenger. Sebelum menyertai kelab hebat Arsenal, Cech telah beraksi dan mengecapi saat bahagia bersama Chelsea.

Bagi peminat Chelsea sejak 2003 mungkin telah mengetahui kenapa Petr Cech memakai topi(Scrum cap) di atas kepala walaupun bukan bermain ragbi. Cech memakai topi diatas kepala bukannya atas sebab suka-suka atau sekadar mahu bergaya.

Cech sebelum bertopi. Gambar : Mark Pain

Sebab musabab Cech memakai topi bukanlah kerana mahu menjadi Darth Vader tetapi segalanya terjadi ketika Cech terbabit dalam satu kecederaan yang serius di bahagian kepala dalam satu perlawanan.

Pada 14 Oktober 2006, ketika perlawanan Chelsea dan Reading, Cech dan pemain Reading Stephen Hunt telah terbabit dalam satu aksi perebutan bola pada minit pertama perlawanan. Akibatnya kepala Cech telah berlaga dengan kepala lutut Hunt.

Perlanggaran Cech Dan Hunt. Gambar : Daily Mail

Pelanggaran itu menyaksikan Cech terkulai layu tidak sedarkan diri. Cech terus dibawa ke unit Kemalangan dan Kecemasan Hospital Royol Berkshire untuk mendapatkan rawatan. Pada petang kejadian Cexh terus dibawa ke Unit Pakar Pembedahan Neuro Radcliffe Infirmary di Oxford.

Cech kemudian menjalani pembedahan kerana mengalami keretakan di bahagian tengkoraknya. Satu kecederaan yang hampir meragut nyawa Cech. Kesan dari perlanggaran itu, Cech mengalami sakit kepala yang teruk dan doktor memberi amaran supaya tidak kembali beraksi dalam tempoh terdekat kerana boleh menyebabkan maut.

Gambar : AP

Cech dibenarkan pulang pada 24 Oktober 2006 dan seminggu selepas itu, Cech mula menjalani latihan ringan. Bukan ringan-ringan macam korang.

Chelsea mengumumkan bahawa penjaga gol mereka itu akan berehat selama 3 bulan, itu merupakan satu tempoh pemulihan biasa bagi seorang pemain yang mengalami kecederaan keretakan tengkorak.

Gambar : Getty Images

Cech dalam satu temuramah bersama Chelsea TV menjelaskan bahawa beliau tidak mengingati apa-apa tentang kecederaan yang dialami. Sedar-sedar dah kat hospital. Cech bersyukur dengan limpahan sokongan yang diterima semasa dalam tempoh pemulihan.

Ramai yang tidak tahu bahawa Cech tergolong dalam kategori 1 daripada 3 lelaki biasa yang mempunyai tengkorak yang lebih nipis. Oleh sebab itu, impak dari perlanggaran tersebut memberi kesan yang teruk kepada Cech.

Gambar Dari Group Whatsapp Menunjukkan Kecederaan Cech. Gambar : Daily Mail

Doktor telah menasihatkan Cech supaya memakai pelindung kepala (bukan kondom) ketika beraksi untuk merendahkan risiko kecederaan. Sejak itu Cech mula bertopi ketika bermain.

Bersama Arsenal Cech pernah menzahirkan luahan hati beliau bahawa beliau mahu bermain tanpa memakai topi kerana akan berasa lebih yakin dan topi tersebut sedikit sebanyak menganggu pendengaran ketika perlawanan.

Tetapi doktor menasihati Cech supaya terus memakai topi tersebut yang dipakai sejak tahun 2006 dan jika Cech berdegil serta sekali lagi mengalami kecederaan, pihak insuran tidak akan membayar satu sen kepada Cech.

Dalam perlawanan tersebut selepas Cech dikeluarkan kerana perlanggaran dengan Stephen Hunt Cudicini dimasukkan menggantikan Cech. Selepas itu Cudicini pula mengalami kecederaan dan Terry terpaksa menjadi penjaga gol dan Chelsea menang 1-0.

Cech Dan Darth Vader

Ekoran dari pemakaian top tersebut, para peminat telah membandingkan Cech dengan Darth Vader yang merupakan watak dalam filem Star Wars. Ada juga yang bergurau bahawa Cech bakal menjadi Darth Vader pada tahun 2012.

Dan Cech sendiri pada 2015 telah memuat naik gambar di laman Twitternya.

Sumber : Daily MailHoniraf.

Baca Juga

Baca Juga