Ketahui Mengapa Trent Alexander Arnold Memakai Nombor 66

Trent Alexander Arnold melakukan debut profesionalnya bersama pasukan utama Liverpool dengan mengenakan nombor 66 di jersinya.

Beliau turut memenangi Piala Liga Juara-juara dan pelbagai anugerah individu dua musim terakhir ini dengan mengenakan nombor jersi yang sama.

Jersi bernombor 2 milik pasukan Liverpool kini menjadi kepunyaan Nathaniel Clyne, beliau merupakan pemain utama Liverpool di posisi back kanan sebelum kehadiran Trent.

Selepas melakukan debut yang cemerlang, pemain berjersi nombor 66 itu terus mendapat kepercayaan dari Klopp dan menjadi pemain penting dalam sistem pengurus Jerman itu.

Tetapi, sekiranya nombor tradisi pemain di posisi back kanan itu sudah tersedia untuknya, Trent Alexander Arnold tetap tidak akan menukar ke nombor itu.

Nombor 66 sendiri mempunyai nilai sentimental untuk Trent. Dengan nombor itu beliau mencapai pelbagai kejayaan dalam beberapa tahun ini.

Koordinator pengurusan kit Liverpool, Lee Radcliffe, telah menjelaskan bagaimana sifat santai pemain berusia 21 tahun itu berkenaan dengan nombor jersinya.

“Apabila kami menerima bakat-bakat muda dari akademi, kami sentiasa akan memulakan nombor besar untuk mereka.”

Jelas Radcliffe kepada Official LFC.

“Kami tidak suka untuk memberikan nombor jersi biasa kepada mereka kerana bimbang mereka akan berfikir bahawa mereka sudah berjaya, kamu faham kan maksud saya?”

“Biasanya mereka tidak memilih kerana nombor jersi tu percuma je, kalau nombor yang mereka mahu tu masih kosong kami akan beri kepada mereka.”

“Sekarang bila melihat Trent menjulang piala dan meraikannya dengan No 66 dibelakangnya, saya rasa macam pelik dan saya tak boleh gambarkan. Sangat pelik untuk melihat seseorang pemain muda bergembira dengan nombor besar seperti itu.”

“Seseorang seperti Trent sangat gembira dapat peluang beraksi bersama pasukan utama dan jelas dia tidak sedar bertapa bagusnya diri dia. Sebenarnya jujur saya katakan Trent tidak banyak meminta.”

“Saya rasa dia sangat santai, mungkin dia fikir dapat nombor itu untuk selamanya dan dia fikir itu lah satu-satunya nombor dia dan dia perlu simpan tanpa dia sedari ianya menjadi begitu ikonik beberapa tahun ini.”

Dibawah pengurusan Jurgen Klopp, Trent Alexander Arnold menyinar dan menjadi salah seorang pemain back kanan terbaik dunia.

Beliau menjadi nadi penting dalam sistem serangan serta pertahanan pasukan sehingga berjaya membantu the reds memenangi gelaran liga Juara-juara yang ke-6 mereka musim lalu.

Beliau juga cemerlang dalam saingan Premier League dengan banyak mencatatkan bantuan jaringan untuk pasukan.

Dalam 125 penampilan, pemain kebangsaan England itu telah mencatatkan 34 bantuan jaringan dan menjaringkan enam gol untuk pasukan.

Liverpool sudah mendapatkan seorang back kanan paling berkualiti untuk tempoh sedekad. Mereka tidak perlu memikirkan untuk mencari pengganti di posisi itu.

Kesimpulannya Trent memilih nombor 66 awalnya secara tidak sengaja kerana diberi oleh pasukan sebab beliau datang dari akademi.

Namun setelah berjaya mencapai pelbagai kejayaan dengan nombor itu, Trent menjadikan nombor itu sungguh ikonik dan beliau sudah serasi dengan nombor 66.

BACA:  Trent Alexander Arnold Koyak Kena Prank Dengan Sterling