Ketinggian Luar Biasa Zhang Di Usia 14 Tahun Mencuri Tumpuan Peminat Bola Keranjang Seluruh Dunia

Memiliki ketinggian 7 kaki 4 inci menjadikan Zhang Ziyu sebagai salah seorang prospek masa hadapan dalam dunia sukan bola keranjang.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, beliai memiliki ketinggian tersebut ketika usianya baru sahaja mencecah 14 tahun.

Tular satu rakaman video yang memperlihatkan bagaimana beliau mengayam-ayamkan pasukan lawan dalam satu perlawanan bola keranjang di China.

Kebanyakkan kelab bola keranjang wanita kini tentunya memberi tumpuan kepada Zhang selepas melihat kelebihan dan kemampuan yang beliau miliki.

Video tersebut tentunya akan membuatkan kebanyakan kelab akan berusaha untuk mendapatkan khidmat beliau selepas ini.

Zhang dalam video tersebut dilihat begitu mendominasi gelanggang dengan beliau jauh lebih menonjol berbanding kesemua pemain lain yang berada di atas gelanggang ketika itu.

Atas kecemerlangan beliau, Zhang berjaya membantu pasukannya untuk menjuarai China National Championship, yang mana beliau mencipta 42 mata, 25 rebounds dan enam block sepanjang kejohanan tersebut.

Memang satu pencapaian yang bagus dan membuktikan beliau mempunyai potensi yang sungguh cerah dalam dunia sukan ini.

Video tersebut asalnya telah dimuat naik oleh Global Times, namun kemudiannya telah dimuat naik semula oleh Overtime dan Hoop central di media sosial.

Kini video tersebut telah mendapat berjuta tontonan dengan ramai rasanya yang sedang dalam usaha mereka untuk menghubungi Zhang Ziyu.

Para peminat di media sosial begitu teruja dengan kebolehan dan kemampuan yang dimiliki oleh Ziyu dengan kebanyakkan mereka memuji bintang muda itu di media sosial.

“Sangat cerah harapan untuk melihat dia menjadi bintang mega dalam dunia sukan bola keranjang selepas ini.”

“Dia sangat tinggi tetapi menariknya dia aktif dan dia memang sangat sempurna untuk sukan bola keranjang.”

“Jarang kita lihat kanak-kanak seusia dia yang mempunyai ketinggian begini, dan dalam masa sama sangat aktif orangnya.”

Selain dari para peminat, penganalisis NFL di ESPN, Mina Kimes turut memuji Zhang Ziyu dengan menyatakan:

“Lihatlah pada dewa itu.”

Selepas tularnya rakaman tersebut, telah tercetus perdebatan yang hangat di kalangan peminat dengan ada yang tidak percaya dengan umur beliau yang dikatakan baru berusia 14 tahun itu.

Ada juga peminat yang merasakan bintang muda tinggi lampai itu tidak seharusnya bermain dengan kanak-kanak se usia beliau, dan merasakan Zhang seharusnya bermain di peringkat yang lebih tinggi.

“Dah kenapa dia masih bermain dengan kanak-kanak berusia 14 tahun? Dia sepatutnya bermain dengan orang yang lebih dewasa dari dia.”

“Ini merupakan satu hal yang paling tidak adil pernah saya saksikan dalam kehidupan saya setakat ini.”

“Dia akan berasa kecewa bila dia melangkah ke tahap lebih pro, ia kerana dia tidak akan melalui detik semudah apa dia lalui ketika ini.”

Tidak dinafikan komen-komen di atas agak negatif dan langsung tidak memberi faedah kepada bintang muda itu.

Mengapa perlu dipertikaikan Zhang bermain dengan kanak-kanak berusia 14 tahun jika usia beliau sendiri sememangnya baru 14 tahun?

Mengapa perlu menakut-nakutkan beliau kononnya tahap pro akan membuatkan beliau menyesal kerana ia tidak semudah ketika peringkat sekolah?

Zhang Ziyu masih muda dan beliau masih mempunyai banyak masa untuk terus berlatih dan menjadi yang lebih baik dari apa yang beliau miliki ketika ini.

Beliau sememangnya bakat semula jadi yang diberikan kelebihan yang sungguh menakjubkan dan tidak keterlaluan untuk katakan beliau bakal menjadi bintang besar dalam dunia bola keranjang dalam tempoh beberapa tahun ke hadapan ini.

Legenda Yao Ming dan Shaq O’Neil

Di usia 14 tahun, bintang wanita itu sudah mempunyai ketinggian yang hampir sama dengan bintang NBA tertinggi sepanjang zaman, Yao Ming.

Yao Ming merupakan tuhan bola keranjang di China dengan beliau mempunyai ketinggian setinggi 7 kaki 5 inci.

Beliau sepanjang kariernya telah lapan kali tercalon dalam NBA All-Star dan tidak keterlaluan untuk katakan yang Yao Ming merupakan antara legenda terhebat sepanjang zaman dalam dunia sukan Bola Keranjang.

Begitu juga dengan Zhang Ziyu yang mungkin selepas ini akan turut dikenang sebagai antara dewa bola keranjang di negaranya selepas melihatkan kepada bakat dan kemampuan yang beliau miliki.

Tidak terlalu awal juga untuk katakan yang beliau sememangnya ada masa depan dalam dunia sukan bola keranjang dan bila tiba waktunya, Zhang Ziyu akan terus bersinar.

Peminat tentunya sangat berharap akan ada kelab gergasi dunia yang akan berminat untuk mendapatkan khidmatnya dan peminat juga tentu mahu melihat Zhang beraksi di pentas yang lebih besar.

Sumber: SB

Overtime

Baca Juga

Baca Juga