Ketua Jurulatih India, Stephen Constantine Letak Jawatan

India menamatkan peringkat kumpulan A Piala Asia dengan menduduki tangga tercorot dari 4 pasukan selepas tewas 0-1 kepada Bahrain. Stephen Constantine berkata sudah tiba masanya dia berhenti.

“Saya berhenti selepas perlawanan ini. Saya telah berada disini selama 4 tahun. Tujuan saya pada hari pertama adalah layak ke pusingan Akhir Piala Asia. Saya telah melakukannya. Saya berbangga dengan pemain untuk diatas apa yang mereka berikan”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada AIFF (Association India Football Federation) terhadap sokongan yang diberikan kepada saya sepanjang tempoh 4 tahun”

India memulakan kempen Piala Asia dengan langkah kanan membenam Thailand 4-1 tetapi mengalami 2 kekalahan selepas itu di tangan UAE (0-2) dan Bahrain (0-1).

Constantine yang sebelum ini pernah melatih India pada 2002 hingga 2005 kembali menjadi ketua jurulatih negara tersebut pada tahun 2015 sehingga Piala Asia 2019.

“Saya merasakan kitaran saya sudah selesai. Saya sudah melakukan apa yang diminta dan memberi sedikit lebih dalam tempoh 4 tahun ini, sudah tiba masa untuk saya pergi”

“Saya agak sedih untuk meninggalkan pasukan ini. Pemain dan para kakitangan sangat mengagumkan sepanjang tempoh kejohanan ini berlangsung”

“Hari ini juga merupakan hari lahir isteri saya dan saya belum pernah pulang ke rumah selama 6 tahun. Saya hanya melihat 3 anak perempuan setiap 3-4 bulan dan telah tiba masanya saya bergerak”

Dibawah era Constantine selama 4 tahun, India telah memecah masuk menjadi pasukan 100 terbaik dalam ranking FIFA tahun lepas dari tempat ke-173 pada 2015.

“Saya sangat kecewa untuk keluar sebagai pasukan yang tewas kerana penalti pada minit ke-90”

Rowell Borges dikatakan pembuat hantaran terbaik yang ada di india. Foto: The Hindu

Ketika ditanya mengapa Rowell Borges bermula sebagai pemain utama berbanding Anirudh Thapa, Constantine menjelaskan Borges merupakan pemain yang mampu membuat hantaran tepat terbaik di India. Apabila pemain ini mendapat bola dia mampu mencipta peluang untuk Udanta dan Hali.

Sementara itu Thapa juga menghadapi sedikit kecederaan belakang.

Constantine juga menegaskan India sepatutnya lebih layak mara ke pusingan 16.

“Saya tidak fikir kami berhak terkeluar diperingkat kumpulan . Pemain kami sudah melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Malangnya kami gagal menjaringkan 3-4 gol dari peluang yang terhasil ketika bertemu UAE”

Dalam pada itu India berada di tangga ke-2 Kumpulan A mengatasi Thailand sepanjang 90 minit permainan tetapi penalti pada masa kecederaan yang diperolehi Bahrain telah meranapkan impian pasukannya apbila jatuh ke tangga tercorot kumpulan selepas Bahrain berjaya menyudahkan penalti tersebut.

Untuk rekod Constantine telah dilantik oleh AIFF pada 9 Januari 2015. Constantine hanya mencatat 1 kemenangan dari 8 perlawanan pertama tetapi melakukan sentuhan emas dengan mencatat 16 kemenangan dari 19 perlawanan India dalam tempoh 11 bulan.

Keputusan tersebut melonjakkan kedudukan ranking FIFA dari tangga ke-173 menjadi 100 negara terbaik dunia.

India terus mencatat 6 kemenangan dari 8 perlawanan selepas itu sebelum 4 perlawanan persahabatan menentang negara kuat Asia sebelum Piala Asia membuka tirai.

Baca Juga

Baca Juga