Ketum PH, Anwar Ibrahim Peminat Manchester United

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan calon kegemaran dan kegeraman di Pilihanraya Kecil(PRK) Port Dickson telah membuat pendedahan bahawa Manchester United merupakan pasukan bola sepak yang diminatinya.

Dalam pilihanraya Kecil Port Dickson itu, Anwar Ibrahim yang merupakan bekas Ketum(Ketua Umum) PKR telah menang dengan penuh bergaya untuk kembali ke Parlimen.

Ketua Umum(KETUM)Pakatan Harapan(PH) dan juga Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR) membuat pengakuan tersebut selepas ditanya pemberita ketika menghadiri majlis perasmian pertandingan bola sepak Piala YB Ravi di Padang Merdeka.

“Saya sokong Manchester United, sejak awal lagi.” kata Anwar Ibrahim seperti yang dipetik dari laporan Berita Harian.

“Dari dulu lagi saya sokong pasukan gergasi itu.”

Penuh bergaya KETUM PKR menyepak bola.

Anwar Ibrahim yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia yang baharu akan mengikut jejak Perdana Menteri Malaysia ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan seorang peminat tegar pasukan Setan Merah itu.

Mungkin selepas ini apabila Manchester United tewas bukan salah Najib lagi.

Dato’ Seri Diraja Dr. (HC) Anwar bin Ibrahim (lahir 10 Ogos 1947) ialah seorang ahli politik Malaysia, yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di Parlimen Malaysia, atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson.

Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan presiden Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Harapan.

Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan ‘anak didik’ Tun Dr. Mahathir Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.

Pakatan Harapan dibentuk dengan Anwar sebagai ketua de facto. Ia adalah gabungan politik terbesar di rumah rendah Malaysia selepas pilihan raya umum 2018.

Bekas Perdana Menteri Malaysia melakukan sepakan dengan teknik tersendiri.

Seperti sedia maklum dan bukan rahsia lagi bahawa anak perempuan kepada Anwar Ibrahim, Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam merupakan seorang peminat tegar pasukan Arsenal.

Inilah pengakuan Nurul Izzah.

Nurul Izzah mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Ketika pendidikan menengah, Nurul Izzah bersekolah di Sekolah Menengah Sri Bandaraya dan Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, Kuala Lumpur.

Di peringkat universiti, Nurul Izzah menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak. Tetapi kemudian berpindah ke Universiti Tenaga Nasional di Bangi dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik dan menerima ijazah pertamanya pada tahun 2004.

Seterusnya menyambung pengajian Ijazah Sarjana (MA) di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa dan tamat pengajian pada Mei 2007.

Namun Arsenal yang menjadi pasukan pujaan.

Baca Juga

Baca Juga