Kevin De Bruyne Ceritakan Pengalaman Beliau Ditolak Mourinho

Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne berkata beliau tidak terlalu hiraukan mengenai pengalamannya ditolak Jose Mourinho dan percaya waktunya di Chelsea telah banyak membantu beliau berkembang menjadi pemain yang lebih baik.

Menjelang pertemuan penting menentang Manchester United malam ini di Etihad, De Bruyne percaya beliau tidak sesuai dengan sistem yang mahu diterapkan Mourinho di Chelsea ketika itu.

Pemain antarabangsa Belgium itu berpindah ke Wolfsburg pada Januari 2014 selepas bergelut untuk mendapatkan waktu permainan di bawah Mourinho.

Pengurus berasal Portugal itu mendakwa De Bruyne tidak menunjukkan tahap yang dikehendakinya ketika sesi latihan.

Pasangan yang cocok

Perpindahan ke Bundesliga menjadi titik penting dalam karier bolasepak De Bruyne.

Beliau berjaya mempamerkan prestasi yang cemerlang dan dinamakan sebagai pemain terbaik Bundesliga pada musim pertamanya di Jerman.

Pengurus City pada ketika itu, Mauricio Pellegrino melihat potensi yang ada pada De Bruyne dan mengeluarkan dana yang besar untuk membawa pulang De Bruyne ke England.

Beliau berpindah ke Manchester City pada Januari 2015, setahun selepas meninggalkan Chelsea untuk Wolfsburg.

Suatu ketika dahulu. De Bruna pernah menyarung jersi biru gelap

Kini De Bruyne berpeluang memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dihadapan pengurus yang pernah ‘membuangnya’ pada masa lepas dan membuktikan tindakan Mourinho untuk mengenepikan beliau di Chelsea dulu adalah satu kesilapan.

“Sebenarnya saya tidak berapa ambil peduli [diketepikan Mourinho ketika di Chelsea]. Ia sebahagian daripada bolasepak. Ada ketika anda di atas, dan ada ketika anda di bawah.”

“Saya sudah bermain selama 10 tahun. 9 tahun setengah saya berada di atas dan hanya setengah tahun sahaja saya berada di bawah.”

“Saya boleh berasa gembira dengan perjalanan karier saya setakat ini kerana biasanya karier seorang pemain akan turun naik, turun naik. Tetapi saya dapat rasakan karier saya hanya semakin bertambah baik.”

“Pengalaman bersama Chelsea mungkin adalah pengalaman yang banyak mengajar saya bagaimana untuk menghadapi situasi seperti itu dalam bolasepak. Saya hanya berumur 21 tahun ketika itu – tiada pemain yang akan sentiasa bermain dalam umur tersebut. Saya gembira kerana saya telah bermain banyak perlawanan pada umur yang masih muda.”

Seorang lagi mangsa Mourinho di Stamford Bridge. Menariknya, mereka berdua kini bersaing sengit merebut anugerah pemain terbaik musim ini

De Bruyne merupakan calon utama memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, beliau berdepan saingan sengit daripada bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah yang turut mempamerkan prestasi yang amat cemerlang musim ini.

“Setiap pemain harus mencari sistem dan corak permainan yang sesuai dengan diri masing-masing. Mungkin disebabkan kami berdua sudah menjumpai sistem yang sesuai dengan gaya permainan kami berbanding sebelum ini.”

“Tetapi setiap pengurus akan mempunyai pemain yang tidak sesuai dengan gaya permainan yang ingin diterapkan dalam pasukan mereka. Pemain ini mungkin berpindah selepas itu dan berjaya mempamerkan persembahan yang baik di kelab lain. Itulah bolasepak.  Ini perkara biasa dalam sukan ini.”

BACA:  Mourinho: Sanchez Bergelut Dengan Masalah Prestasi Kerana Kecederaan