Kevin Ray Mendoza yang ketika ini menjadi nama pemain bola sepak paling terkenal di bumi Malaysia sebenarnya ada sejarah yang sungguh menakjubkan.
Tiada siapa sangka penjaga gol yang kacak, bergaya lagi hebat itu sebenarnya pernah ada dalam radar Liverpool pada satu ketika dahulu.
Mendoza pada ketika itu baru berusia 19 tahun dan sedang beraksi bersama kelab dari division pertama liga bola sepak Denmark, Viborg FF pada tahun 2013.
Throwback
GK @KLCityFootball Kevin Mendoza yg bermain cemerlang semalam pernah trial di Liverpool ?
12.02.2013
Liverpool to offer trial to Danish goalkeeper Kevin Ray Mendoza #TMPialaMalaysia2021 #liverpool #lfc #anfield #kop #ynwa pic.twitter.com/DPenc7qUat
— The Fad (@fadly_hL) December 1, 2021
Hero remaja yang berdarah kacukan Denmark dan Filipina itu berjaya memukau barisan pencari bakat Liverpool atas kehebatan dan kecemerlangan beliau pada ketika itu.
Apa yang lebih menakjubkan lagi, beliau pada ketika itu baru sahaja membuat tiga penampilan bersama skuad Vibord dan telah berjaya menarik minat skuad gergasi dunia bola sepak yang mahu mendapatkan khidmatnya.
Kevin Ray Mendoza juga pada ketika itu sangat teruja kerana diberi kesempatan untuk mencuba nasib trial bersama skuad Liverpool.
Liverpool benar-benar mahu mendapatkan khidmat beliau pada ketika itu kerana mereka sedang mencari pengganti untuk menggantikan Pepe Reina.
Liverpool have offered a 1 week short trail for Danish goalkeeper Kevin
Ray Mendoza. #LFC (@TheTotalLFC)— Steven Gerrard (@Gerrard8FanPage) February 12, 2013
EXPRESS – Liverpool to offer trial to Danish goalkeeper Kevin Ray Mendoza: LIVERPOOL have offered a young Danish… http://t.co/EMxGnhT9
— Liverpudlian (@LiverpudlianLFC) February 12, 2013
footballpress: ENGLAND/ LIVERPOOL, Test period for Mendoza:
Liverpool have granted Danish goalkeeper Kevin Ray… http://t.co/LIt2PG7w— mysoccernews (@soccerinnews) February 12, 2013
Penjaga gol utama mereka pada ketika itu sedang diintai oleh banyak kelab gergasi Eropah, dan Reina sendiri sepertinya sudah tidak mahu melanjutkan kontraknya bersama kelab.
Melihat aksi penjaga gol kedua kelab pada ketika itu, Brad Jones sangat mendukacitakan, maka pihak scouting Liverpool segera mencari bakat-bakat hebat untuk di bawa masuk.
Memikirkan kehilangan Reina yang ketika itu diintai oleh Barcelona dan Manchester United akan memberi kesan kepada kelab, maka Liverpool mengadakan trial untuk mencari penjaga gol baru.
Terdapat laporan yang menyatakan seandainya Mendoza berjaya memukau pihak scouting ketika trial, maka pihak kelab akan memulakan langkah untuk memuktamadkan perjanjian bersamanya.
I need to research about this lad, Kevin Ray Mendoza Hansen coz Liverpool is interested in him….. pic.twitter.com/TJj8PGB
— Joseph A Marah (@jmarah_arnold1) February 12, 2013
Menurut laporan dari Viborg, Mendoza pada ketika itu sangat teruja dengan beliau menyatakan:
“Ia sangat hebat. Saya mahu mencuba nasib. Ia akan jadi satu pengalaman yang menakjubkan.”
Trial itu tidak berjalan dengan seperti yang diharapkan, dengan Liverpool tidak jadi untuk menandatangani Kevin Ray Mendoza.
Beliau tetap berjaya menimba pengalaman pada ketika itu, dan ia sudah tentu satu pengalaman yang sangat indah untuk penjaga gol Kuala Lumpur City FC itu.
Beliau kemudiannya menandatangani perjanjian bersama Kjellerup IF dan turut beraksi bersama beberapa pasukan lain dalam saingan liga bola sepak Denmark, sebelum ditandatangani oleh Kuala Lumpur City FC.
stan kevin ray mendoza✋ pic.twitter.com/GkDsDL7CfV
— adopted kids (@sw4glix) November 30, 2021
Beliau turut mempamerkan aksi persembahan sungguh mantap sepanjang kariernya bersama The City Boys dan tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang beliau sebenarnya nadi utama kelab yang membantu KL City muncul Juara Piala Malaysia.
Aksi hebat yang beliau pamerkan dalam aksi perlawanan akhir saingan Piala Malaysia telah menaikkan nama Kevin Ray Mendoza dengan nama beliau disebut-sebut para peminat sehingga hari ini.
Kevin Ray Mendoza Hansen bantu KL City julang Piala Malaysia
Nama penjaga gol Kuala Lumpur City FC, Kevin Ray Mendoza Hansen trending di semua laman media sosial kemarin, selepas beliau mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.
It is the Kevin Ray Mendoza show from now on! What a stand-out performance by this keeper ❤️🧤☝️
Congratulations to @klcityfootball for this remarkable achievement! #altkeeperstoremalaysia #trainplaywearone #gkunion #tmpialamalaysia2021 pic.twitter.com/3CiXgjsDAj
— altkeeperstoremalaysia (@altkeeperstore1) December 1, 2021
Aksi cemerlang dan mantap yang beliau persembahkan berjaya membantu KL City untuk muncul sebagai Juara saingan TM Piala Malaysia 2021, buat kali pertama sejak 32 tahun lalu.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-100 dan edisi ke-95 Piala Malaysia sejak Piala HMS Malaya pertama diadakan pada tahun 1921 (Pertandingan ini ditangguhkan selama 6 tahun dari 1942 hingga 1947).
Who is Kevin Ray Mendoza tonight Man of The Match?
Kevin Ray Mendoza Hansen (born 29 September 1994) is a professional footballer who plays as a goalkeeper for Malaysia Super League club Kuala Lumpur City and the Philippines national team .#TMPialaMalaysia2021 #jdt #KLCityFC pic.twitter.com/ZBzjwDscRw
— The Fad (@fadly_hL) November 30, 2021
Selangor merupakan juara terbanyak dalam pertandingan ini dengan rekod 33 kejuaraan (Termasuk berkongsi kejuaraan dengan Singapura pada tahun 1928 dan 1929).
Ini merupakan pertemuan pertama Kuala Lumpur City FC (KL City) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Perlawanan Akhir Piala Malaysia selepas era penswastaan penuh.
Ini merupakan kali kelima Kuala Lumpur mara ke perlawanan akhir, dengan rekod menang tiga kali berturut-turut ke atas Kedah (1987, 1988 & 1989) dan tewas 0-2 dengan Johor FA pada tahun 1985.
Manakala bagi JDT, ini merupakan kali keempat di pentas akhir. Dua kemenangan juga ke atas Kedah (2017 & 2019) dan tewas sekali dengan Pahang pada tahun 2014.
Kedua-dua pasukan ini mencatatkan rekod yang sungguh menakjubkan sebelum mara ke perlawanan akhir, dengan mereka melalui 10 perlawanan tanpa kalah.
Top scorer : Romel Morales ( KL City )
Top Assists : Paulo Josue ( KL City )
Most cleansheet : Kevin Ray Mendoza ( KL City )They really deserve to win this cup 👏🏻 pic.twitter.com/682cBdEztI
— Tomi (@t_affogato) November 30, 2021
Sejak dari aksi babak pertama perlawanan lagi, penjaga gol kebangsaan Filipina itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Sepanjang perlawanan, JDT yang dibarisi oleh barisan pemain terbaik di benua Asia Tenggara ini berkali-kali mencuba untuk membolosi gawang gol KL City.
Namun kehandalan Kevin Ray Mendoza tidak boleh dipertikaikan lagi dengan beliau sebenarnya layak untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini.
Antara percubaan terbaik Harimau Selatan untuk menjaringkan gol adalah ketika Mauricio berjaya menanduk padu bola hasil hantaran dari Arif Aiman, menerusi sudut sepakan percuma.
Kuala Lumpur’s Kevin Ray Mendoza has the highest number of saves in the #MSL2021 with 80 saves, while JDT’s Farizal Marlias has the highest number of clean sheets with 13. pic.twitter.com/ZPjT3fq2sF
— T. Avineshwaran (@avineshW90) September 12, 2021
Tandukan padu itu sepatutnya menjadi gol pertama untuk skuad JDT, namun kecekapan Kevin Ray Mendoza berjaya untuk menafikan percubaan dari Mauricio itu.
Safawi Rasid turut beberapa kali menguji penjaga gol KL City itu namun kesemuanya percubaan tepat beliau mudah untuk diselamatkan oleh Kevin Ray Mendoza.
Nazmi Faiz Mansor yang dimasukkan sebagai pemain gantian juga hampir saja untuk mencatat nama sebagai penjaring gol, namun berjaya dinafikan oleh penjaga gol ketiga Filipina itu.
Aksi babak kedua JDT mempamerkan aksi menyerang yang lebih menggila dengan mereka menyerang kubu Kuala Lumpur City dari pelbagai arah dan sudut.
Selain kehebatan pemain midfield dan pertahanan yang mematahkan semua serangan itu, Kevin Ray Mendoza merupakan masalah terbesar untuk jentera serangan JDT dalam perlawanan ini.
Kevin Ray Mendoza earns a valuable point for his team vs JDT! @MFL_MY @altkeeperstore1 #trainplaywearone pic.twitter.com/iXumQqt885
— altkeeperstoremalaysia (@altkeeperstore1) April 30, 2021
Beliau beraksi sama persis seperti David De Gea ketika kemuncak kariernya dengan Kevin Ray Mendoza menggunakan kesemua anggota tubuhnya untuk menyelamatkan gawang gol beliau.
Pada minit ke-66 permainan, hasil satu serangan pantas dari KL City, mereka berjaya merobek gawang gol JDT menerusi Zhafri Yahya.
66' GOL | Zhafri Yahya menyudahkan hantaran J. Partiban untuk gol pembukaan malam ini!@KLCityFootball 1-0 @OfficialJohor #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/SxxJiTdroj
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 30, 2021
Pemain paling lama dalam skuad KL City itu berjaya melepaskan diri dari kawalan Corbin dan mencari ruang selesa di dalam kotak untuk menanti bola hantaran lintang dari J.Partiban.
Partiban melakukan bola hantaran silang yang sungguh berkualiti tepat menemui Zhafri Yahya yang kemudiannya menolak bola masuk ke gawang gol JDT menewaskan Farizal Marlias.
Gegak gempita stadium dengan sorakan dan jeritan kegembiraan dari para penyokong KL City meraikan gol tersebut.
Selang beberapa minit selepas itu, giliran ketua pasukan Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue pula yang meledak gol kedua untuk The City Boys, seterusnya memalapkan lagi harapan JDT untuk bangkit.
74' GOL | Kapten pasukan, Paulo Josue menggandakan kelebihan KL City FC!@KLCityFootball 2-0 @OfficialJohor #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/2zfoBc8zVp
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 30, 2021
Hasil gerakan yang direncanakan oleh Hadin Azman dan Ryan Lambert, dan disambung dengan sentuhan pertama yang cukup indah dari Josue sendiri, beliau kemudiannya melepaskan rembatan padu menggunakan kaki kirinya untuk menewaskan Farizal Marlias.
Tidak dinafikan lagi ia gol yang sangat berkualiti dengan sentuhan pertama yang memang berkelas dunia, dan juga kualiti penyudah yang sungguh menakjubkan.
KL City FC berjaya mencipta sejarah baru dalam perlawanan ini selepas mereka menewaskan sang penakluk Malaysia, JDT untuk muncul sebagai Juara TM Piala Malaysia 2021.
Para penyokong Kuala Lumpur benar-benar berpesta meraikan kejayaan pasukan kesayangan mereka itu untuk muncul sebagai King of Malaya 2021.
Korang tengok bola ke tengok penjaga gol KL City ni? Followers IG Kevin Ray Mendoza terus naik jadi 47.9k tau 🤣
P/s: Kevin Mendoza dah kahwin tau 🤭
Video: cikkcahh97 pic.twitter.com/dZilPNXkqF
— A E M A N (@aemanjauhary_) December 1, 2021
Walau anugerah pemain terbaik dalam perlawanan ini diserahkan kepada penjaring gol pertama, Zhafri Yahya, namun tidak dinafikan yang Kevin Ray Mendoza turut menjadi watak penting sebalik kejayaan KL City muncul Juara Saingan TM Piala Malaysia tahun ini.
Sumber gambar: The Fad