Khabib Bengang UFC Mencari Penggantinya Bertemu Tony Ferguson

Dana White sangat tertekan dalam mengatur perlawanan UFC 249 yang bakal menemukan Khabib Nurmagomedov menentang Tony Ferguson.

Selepas gagal diatur empat kali sebelum ini, nampaknya perlawanan antara dua fighter hebat ini bakal gagal buat kali kelima.

Memandangkan seluruh dunia kini sedang mengalami masalah penularan virus Covid-19, kebanyakkan negara sudah menyekat kemasukan dari luar negara ke negara mereka.

Khabib kini berada di Rusia dan beliau mendakwa bahawa dirinya tidak boleh untuk pergi ke Amerika kerana telah disekat perjalanannya.

Rusia sememangnya sudah menyekat warganya dari keluar negara serta tidak membenarkan mana-mana pelancong masuk ke negara mereka kerana ancaman Covid-19 ini.

Jadi memandangkan Juara Lightweight UFC itu kini disekat untuk keluar, perlawanan antara mereka di UFC 249 pada 18 April ini sepertinya akan dibatalkan.

Khabib telah mendedahkan segala ketidak pastian yang beliau hadapi kini melalui siaran langsung di Instagram miliknya.

Menurut kata dari Juara Dunia tanpa pernah tewas itu, beliau meninggalkan Amerika dan pergi ke UAE sambil memikirkan dimana acara UFC 249 itu akan diadakan.

Beliau sama sekali tidak menerima maklumat tentang perlawanan itu.

“Kami menjalani latihan di AKA tanpa mengatahui apa-apa maklumat tentang perlawanan itu, dimana? Jadi atau tidak? Semua kami tidak tahu.”

Kata khabib setelah ditejermah siaran langsungnya oleh RT Sport.

“UFC turut memberi tahu kami bahawa perlawanan itu 100% tidak akan berlaku di sana. Dan mereka kata 99% kemungkinan perlawanan itu akan diadakan di Emirates, Abu Dhabi.”

“Selepas menerima maklumat tentang Abu Dhabi kami terus mendapatkan penerbangan ke sana sebelum tiba waktunya.”

“Saya tidak ingat tarik tepat, antara 19th atau 20th, saya akan semak semula. Tetapi setibanya kami di Emirates, kami diberitahu bahawa mereka akan menutup borders. Dan tiada siapa akan dibenarkan untuk keluar dan masuk kecuali warga mereka sahaja dibenarkan untuk masuk.”

“Jadi kami terbang semula ke Russia, sekarang saya berada di Dagestan dan saya sedang menjalani latihan serta sentiasa bersedia hingga saya sendiri tidak tahu bersedia untuk apa.”

“Hal ini kerana apabila tiba di Russia, kami juga menerima maklumat yang sama dari pihak kerajaan, mereka akan menutup boarder tiada sesiapa dibenarkan untuk keluar dan masuk.”

“Hal ini terjadi di semua negara seperti Amerika dan beberapa negara Eropah lain. Seluruh dunia sedang kuarantin sekarang.”

White mengatakan bahawa beliau sudah menjumpai empat hingga Lima lokasi sesuai untuk adakan acara UFC 249. Tetapi nampaknya ada masalah komunikasi antara pihaknya dengan Khabib.

Khabib mendedahkan bahawa beliau masih menjalani latihan dan akan terus berlatih walau tidak ada perlawanan untuknya.

Beliau turut mendedahkan bahawa dirinya sudah mendengar rancangan UFC untuk hari mendatang.

Menurut Khabib sendiri, berbanding menangguhkan keseluruhan acara, pihak UFC lebih memilih untuk meneruskan acara tanpa melibatkan beliau.

“Jadi sekarang saya sudah mendengar bahawa mereka mahu meneruskan acara itu tanpa saya. Ok, mereka boleh teruskan.”

“Semua orang harus mematuhi undang-undang. Saya tidak akan melanggar semua peraturan sedia ada. Saya tahu fighter juga perlu mencari duit untuk beri makan kepada keluarga dan membayar bil.”

“Saya tahu bertapa sukarnya hidup sebagai fighter, melainkan mereka memang berlawan untuk suka-suka bukan sebagai mata pencarian.”

“Saya juga mendengar bahawa mereka sedang mencari lawan untuk Tony, dia boleh berlawan kerana dia berada di Amerika, dan saya pula di sini Russia. Dan saya disini bukan sepenuhnya kehendak saya.”

“UFC sendiri telah memberitahu saya bahawa 100% perlawanan itu tidak akan dilangsungkan di Amerika, dan sekiranya ianya tidak dilangsungkan di Emirate,sepatutnya ia akan diadakan di benua sekitar sini. Kami sudah bincang segalanya bersama UFC.”

“Hingga pada ketika itu saya sudah menghabiskan lima minggu untuk menjalani latihan di AKA.”

“Dan sekarang, saya sendiri sudah buntu dan tidak tahu apa yang sedang berlaku. Sangat sukar sebenarnya untuk terus berlatih dan menjaga berat badan ketika seluruh dunia sedang berada dalam keadaan kuarantin.”

“Bahkan saya sampai tak tahu Saya bersedia untuk apa, tetapi ini bukan kali pertama saya perlu hadapi cubaan dan rintangan dalam kerjaya saya.”

Pertemuan Khabib menentang Ferguson sudah diatur sebanyak lima kali, empat kali batal dan nampaknya perlawanan kelima akan menemui jalan yang sama.

BACA:  Khabib Kritik Perlawanan Mayweather VS Logan Paul