Khabib Kongsi Cerita Pernah Kena Pow Dengan Abang Parking

Khabib menceritakan kisah bagaimana beliau pernah kena pow $10 oleh seorang penjaga parking suatu ketika dahulu.

Petarung daripada Dagestan, Russia ini dilahirkan pada 20 September 1988 merupakan sensasi baharu UFC selepas Conor Mcgregor yang membuatkan UFC terkenal di mata dunia.

Nama Khabib mula meniti bibir peminat UFC dan ramai selepas berjaya menewaskan Conor McGregor yang bermulut celupar yang tidak boleh bawa bincang.

Imej Islamik dan berakhlak tinggi dengan perkataan ‘Alhamdulillah’ di mulut usai berbicara juga telah menarik ramai golongan yang bukan peminat UFC.

Juara Lighweight ini tidak pernah tewas dalam Mixed Martial Arts(MMA) dengan rekod tanpa kalah dengan 28 kemenangan.

Rekod tanpa kalah dipegang Khabib ini mungkin boleh dilebarkan lagi atau dileburkan apabila akan bertarung dengan Tony Ferguson pada 19 April 2020.

Walaupun pandemik COVID-19 melanda dunia ketika ini, pertarungan akan diteruskan tanpa kehadiran penonton dan hanya boleh ditonton secara langsung.

Khabib dalam satu video menceritakan bagaimana beliau pernah kena pow dengan seorang penjaga parking yang meminta duitnya ditengah jalan.

Lelaki itu mungkin tidak cukup mengenali Khabib sebab tu berani meminta duit jika dia tahu dengan siapa dia berurusan dan lama dia lari.

“Khabib, saya menguasai seluruh kawasan ini, jadi kamu harus memberi saya duit.”

Kata lelaki itu kepada Khabib.

“Lelaki itu bertubuh kecil sahaja, sangat kecil, dan saya bertanya kepadanya apa yang kamu kuasai?”

Soal Khabib kepada lelaki itu.

“Dia mengatakan bahawa dirinya menguasai keseluruhan tempat itu termasuk parking dan sebagainya.”

“rupa dia seperti dipukul teruk,dan dia seperti sudah berlatih dan bertarung selama lebih 20 tahun.”

Jelas Khabib lagi.

“Tolong lah beri saya duit, saya menguasai tempat ini dan awak meletakkan kenderaan disini jadi awak perlu membayar kepada saya.”

Kata lelaki itu kepada Khabib.

“Saya mula panas, saya ketawa macam orang gila, saya tanya dia berapa saya perlu bayar,dan dia meminta $10 lalu saya mengatakan itu terlalu mahal dan saya mintak dia kurangkan kepada 5 atau 6 dollar.”

Kata Khabib kepada lelaki itu, namun menurut Khabin sendiri lelaki itu meminta $10 dengan alasan ibunya sakit.

Khabib kemudian membuat keputusan diluar jangkaan. Jika difikirkan tiada masalah untuk beliau melawan semula lelaki itu.

Tetapi kerana lelaki itu mengatakan ibunya sakit, Khabib memberi wang kepada lelaki tersebut.

“Begitulah kehidupan di Dagestan bro, kehidupan di Dagestan.”

Kata Khabib sambil ketawa mengenang peristiwa itu.

BACA:  UFC: Khabib Mahu 'Bertinju' Dengan Floyd Mayweather