Khabib Kongsi Kisah Lucu Bagaimana Beliau Tolak Pelawaan Sir Alex Untuk Minum Bersama

Khabib Nurmagomedov mendedahkan satu peristiwa lucu tentang bagaimana beliau menolak pelawaan Sir Alex Ferguson yang mengajaknya minum bersama.

Khabib mendedahkan yang Sir Alex Ferguson ada mempelawa beliau untuk minum bersama selepas tamat aksi pertemuan Manchester United bertemu Everton kemarin.

Memang terlalu banyak yang diperkatakan tentang jersi nombor tujuh pada hari Sabtu lalu, dan tentunya topik perbualan utama berkait Cristiano Ronaldo.

Namun sebenarnya ada hal lain berkait nombor tujuh yang mencuri perhatian ramai peminat pada malam itu

Khabib merupakan tetamu istimewa yang diundang untuk menyaksikan perlawanan antara Manchester United bertemu Everton di Old Trafford.

Menjelang sepak mula perlawanan, beliau memuat naik gambar dirinya sambil memegang jersi nombor tujuh sedang berada di dalam stadium.

Jika petarung dari Rusia itu merupakan penyokong pasukan tuan rumah, beliau tentunya tidak akan begitu teruja untuk menonton perlawanan tersebut.

Apa lagi ketika melihat Andros Townsend menjaringkan gol penyamaan, dan meraikan gol tersebut menggunakan keraian ikonik sahabat Khabib sendiri, Cristiano Ronaldo.

Cristiano Ronaldo turut diturunkan untuk beraksi dalam perlawanan tersebut selepas beliau dimasukkan pada aksi babak kedua permainan.

Namun beliau gagal untuk memberikan impak positif dan terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 di halaman mereka sendiri.

Kalah, menang atau seri, para penyokong kebiasaannya akan menikmati minuman beer atau apa saja minuman beralkohol selepas atau ketika sedang menonton perlawanan bola sepak.

Sebagai seorang muslim sejati, Khabib Nurmagomedov sememangnya tidak meminum minuman beralkohol dan beliau terkenal sebagai individu yang patuh ada tuntutan agama.

Bekas Juara dunia UFC itu ditawarkan untuk minum bersama oleh Sir Alex Ferguson, dan beliau telah menolak tawaran tersebut dengan cara yang sangat menarik.

Ketika menjelaskan tentang mengapa beliau tidak minum dan jawapannya kepada Sir Alex Ferguson, Khabib menjawab bahawa:

β€œMinum tak bagus untuk saya, kerana kalau saya minum, saya akan belasah semua orang yang ada dekat sini.”

Beliau menolak dengan cara seperti itu kerana faham, bukan semua orang tahu tentang tuntutan agamanya dan kerana itulah beliau memilih untuk tidak berterus terang.

Bekas petarung berusia 33 tahun itu bukanlah satu-satunya tetamu istimewa pada hari tersebut, dengan Usain Bolt dan Patrice Evra turut datang serta bergambar bersama legenda MMA itu.

Mereka tentunya sedikit kecewa kerana hanya dapat melihat Cristiano Ronaldo beraksi pada aksi babak kedua sahaja, dek kerana beliau telah diketepikan dari kesebelasan Ole Gunnar Solskjaer dalam perlawanan tersebut.

Walau dimasukkan pada aksi babak kedua permainan, Ronaldo tetap gagal untuk memberikan impak yang diharapkan, dengan beliau terus meninggalkan padang sebaik wisel penamat dibunyikan.

Khabib sangat dikenali sebagai seorang yang sangat meminati sukan bola sepak, dan beliau sebenarnya turut sudah menandatangani kontrak professional bersama sebuah kelab bola sepak di Rusia pada awal tahun ini.

Beliau juga sedar yang sukan bola sepak ini mampu untuk menyatukan peminat tidak kira dari mana sekali pun tanpa mengenal agama, bangsa dan warna kulit.

Ilmu bola sepak Khabib juga tidak boleh diragukan dengan beliau sebelum ini pernah tular kerana berkongsi segala maklumat tentang senarai Juara Champions League, senarai pemenang anugerah Ballon D’or dan turut dianggap Wikipedia bergerak.

Kerana mempunyai minat yang sama jugalah Khabib menjadi sahabat karib Cristiano Ronaldo dengan kedua-dua mereka sememangnya mempunyai hubungan yang sangat baik.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Dana White Akhirnya Menyerah Tak Mampu Pujuk Khabib Kembali Ke Gelanggang