Khabib Mengajar Dunia Bagaimana Menyebut Namanya Dengan Betul

Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov telah mengajar dunia bagaimana mahu menyebut namanya dengan sebutan yang betul, ini kerana ramai yang salah ketika menyebut nama beliau.

Petarung daripada Dagestan, Russia ini dilahirkan pada 20 September 1988 merupakan sensasi baharu UFC selepas Conor Mcgregor yang membuatkan UFC terkenal di mata dunia.

Nama Khabib mula meniti bibir peminat UFC dan ramai selepas berjaya menewaskan Conor McGregor yang bermulut celupar yang tidak boleh bawa bincang.

Imej Islamik dan berakhlak tinggi dengan perkataan ‘Alhamdulillah’ di mulut usai berbicara juga telah menarik ramai golongan yang bukan peminat UFC.

Juara Lighweight ini tidak pernah tewas dalam Mixed Martial Arts(MMA) dengan rekod tanpa kalah dengan 28 kemenangan.

Rekod tanpa kalah dipegang Khabib ini mungkin boleh dilebarkan lagi atau dileburkan apabila akan bertarung dengan Tony Ferguson pada 19 April 2020.

Walaupun pandemik COVID-19 melanda dunia ketika ini, pertarungan akan diteruskan tanpa kehadiran penonton dan hanya boleh ditonton secara langsung.

Sebelum perlawanan berlangsung Khabib telah mengajar dunia bagaimana menyebut nama beliau dengan sebetulnya dalam rancangan ‘UFC Tonight’.

Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov bila disebut dengan bacaan yang betul Habib-Abdul-Manaf-Povich-Nur-Muhammad-Dov.

Kalau nak tau bunyi macam mana tengok video ini.

Selama ini korang rasa korang sebut dengan betul ke tak?

Pertarungan antara Khabib dan Ferguson ini sangat unik kerana telah dibatalkan sebanyak empat kali sebelum ini atas pelbagai sebab.

Ini merupakan pertarungan kelima yang diaturkan antara mereka berdua dan Presiden UFC, Dana White mahu juga melangsungkan pertarungan ini walaupun di badai COVID-19.

Khabib Sepak Tali Pinggang Kejuaraan Ferguson

Pertarungan antara Khabib Nurmagomedov dan Tony Ferguson telah menghidangkan satu sidang media pengenalan yang agak panas di Las Vegas.

Tony Ferguson merupakan bekas juara dan pemegang tali pinggang kejuaraan UFC kategori Lightweoght pada Oktober 2017.

Namun walaupun gelaran itu dilucutkan atas sebab kecederaan yang menimpanya, Ferguson tetap membawa tali pinggang lamanya ke sidang media.

Ketika kedua-dua petarung itu diperkenalkan dalam pertarungan untuk UFC249 ketegangan terjadi dan suasana menjadi panas.

Ferguson meletakkan tali pinggangnya ke lantai dan mulai bertikam lidah seolah-olah mencabar Khabib.

Khabib tidak berdiam diri dan turut menjawab Ferguson kembali sebelum bertindak menyepak keluar tali pinggang lama milik Ferguson.

Khabib jelas hilang sabar dalam situasi tersebut, tetapi Ferguson jelas tidak peduli dengan tindakan bakal lawannya itu.

Sebaliknya Ferguson kelihatan bangga kerana berjaya mengumpan Khabib menunjukkan kemarahannya.

Kedua-duanya terus saling bertikam lidah sepanjang sidang media diadakan.

Khabib menggelar Ferguson ‘si cermin mata hitam’ dan percaya akan membelasah Ferguson jika bergaduh di jalanan.

BACA:  Khabib Tak Anggap Dirinya G.O.A.T Namun Mengakui Beliau Sama Tahap Dengan Enam Legenda UFC Ini