Khabib Mengucapkan Tahniah Kepada Justin Geathje Kerana Menewaskan Tony Ferguson

Perlawanan antara Tony Ferguson menentang Justin Gaethje sudah berakhir hari ini dengan memperlihatkan  Kedua-dua petarung mempamerkan persembahan yang cukup hebat.

Tony Ferguson sepatutnya diatur untuk bertemu dengan Khabib Nurmagomedov pada 18 April lalu di acara UFC 249.

Namun disebabkan oleh penularan wabak yang teruk melanda dunia serta masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan, pertarungan mereka terpaksa dibatalkan.

Pertandingan UFC 249 ini merupakan kali kelima pertarungan antara Tony dan Khabib diatur dan dibatalkan atas pelbagai sebab dan alasan tertentu.

Pada awalnya juga, acara pay per view UFC 249 ini mahu ditangguhkan terlebih dahulu, namun Dana White akhirnya tetap berjaya meneruskan acara tersebut pada hari ini.

Khabib tidak dapat untuk meneruskan pertarungan ini kerana beliau kini sedang terperangkap di Rusia yang mana kerajaan negara tersebut telah menutup jalan keluar dan masuk ke sana.

Justin Geathje telah dipilih sebagai pengganti kepada Khabib Nurmagomedov untuk bertemu dengan Tony Ferguson di acara UFC 249.

Pusingan pertama perlawanan nampak seperti kedua-dua petarung terlalu berhati-hati dan tidak banyak melancarkan serangan.

Selepas tamat pusingan pertama, jelas kedua-dua petarung telah mempunyai sasaran untuk menumbangkan antara satu sama lain.

perlawanan penuh aksi disajikan oleh kedua-dua petarung dengan beberapa tumbukan serta sepakan padu yang dilepaskan oleh mereka.

Gaethje jelas mempunyai kelebihan dalam perlawanan ini dengan mendominasi hampir 70% serangan menemui sasaran berbanding Tony.

Namun walau berjaya melepaskan beberapa siri serangan berbahaya daripada Gaethje, ianya seperti tidak memberi impak kepada Ferguson.

Sesekali terlihat juga Ferguson berjaya melepaskan serangan yang mengenai lawannya.

Namun Gaethje jelas bijak dalam mempergunakan kelebihan yang beliau miliki sehingga berjaya menewaskan Tony dengan keputusan TKO.

Dengan kemenangan yang diperolehi di acara UFC 249, Gaethje kini sudah merekodkan 22 kemenangan dan dua kali tewas.

Tony Ferguson pula sudah merekodkan 24 kemenangan dan tewas empat kali dalam semua pertarungannya di UFC.

Untuk Ferguson, tidak dapat dipastikan lagi apakah yang akan berlaku seterusnya unruk beliau selepas tewas kepada Gaethje.

Ada kemungkinan hajat Ferguson mahu bertarung dengan Khabib atau McGregor dalam masa terdekat ini tidak akan berlaku.

Respon dari Khabib terhadap kekalahan Ferguson juga menimbulkan tanda tanya. Sudah tentu semua peminat sudah tahu betapa panasnya perseteruan kedua-dua petarung itu menuju ke acara UFC 249.

“Tiada komen”

Tulis Khabib Nurmagomedov di laman twitter miliknya selepas tamat perlawanan antara Tony dan Gaethje.

Khabib turut mengucapkan tahniah kepada Gaethje atas kemenangannya menewaskan Tony serta memuji kebijaksanaan beliau ketika berlawan menentang Ferguson.

Tindakan Khabib mungkin berbentuk sindiran penuh sarkastik kepada Ferguson yang pernah memanggilnya pengecut kerana gagal untuk meneruskan acara di UFC 249.

Conor McGregor pula kini sedang memberi tumpuan kepada sesi cabar mencabar beliau dengan Oscar de la Hoya dan tidak begitu mempedulikan pertarungan pada hari ini.

BACA:  Petarung UFC Berjaya Halang Pencuri Dari Mencuri Keretanya