Khabib Menyuruh Peminat Barca Menyebut ‘Hala Madrid’ Sebelum Bergambar Bersamanya

Khabib Nurmagomedov bergurau tidak mahu bergambar bersama seorang peminat Barcelona sehingga dia sanggup menyebut ‘Hala Madrid’.

Khabib menyuruh peminat Barcelona itu untuk mengatakan ‘Hala Madrid’ jika mahu bergambar bersamanya.

Khabib didatangi seorang peminat untuk bergambar bersamanya, selepas beliau tahu peminatnya itu adalah salah seorang penggemar pasukan Barcelona, Khabib terus bergurau dengan pemuda itu.

Khabib memintanya menyebut ‘Hala Madrid’ sebelum bergambar dan peminatnya itu menuruti permintaanya.

Khabib ketawa lalu bergambar bersama peminatnya itu. Khabib turut berkongsi cerita bahawa beliau adalah seorang peminat tegar sukan bola sepak.

“Saya rasa saya bukan hanya seorang peminat sukan bola sepak, Saya juga tahu sejarah sukan itu. Menurut saya Premier League adalah Liga terbaik di dunia, saya mengikuti segalanya.”

Jelas Khabib bahawa beliau bukan sekadar peminat bola sepak yang biasa-biasa.

Petarung UFC berusia 28 tahun itu turut mengimbau sejarah menonton perlawanan akhir liga Juara-juara 2005 antara Liverpool menentang AC Milan.

Beliau akui peristiwa menonton kebangkitan luar biasa Liverpool hingga menjuarai Liga Juara-juara waktu itu terlalu sukar untuk dilupakan.

“Saya masih ingat semasa saya masih kecil, waktu itu tahun 2005,ketika itu saya menonton perlawanan Liverpool menentang Milan di Dagestan.”

“Kami memasang TV screen besar di pantai, bukan saya saja tetapi beribu orang bersama menyaksikan perlawanan itu.”

“Dan ketika itu Liverpool sudah ketinggalan 3-0 di babak pertama perlawanan, tetapi saya sangat yakin mereka akan bangkit, dan mereka berjaya melakukannya, itu adalah punca saya meminati Liverpool.”

“Milan Baros, Vladimir Smicer, John Arne Riise, Sami Hyypia saya ingat mereka semua. Stevie Gerrad! Nama yang tidak akan saya lupakan.”

“Pasukan mereka pada ketika itu sangat hebat, bah kan pasukan mereka yang ada ketika ini juga sangat hebat.”

“Saya menonton semua perlawanan dalam saingan Liga Juara-juara dan perlawanan Liverpool juga. Tetapi saya adalah peminat nombor satu Real Madrid.”

“Saya juga peminat Premier League, walaupun pasukan bawahan yang bermain, perlawanan itu tetap menarik untuk disaksikan.”

Khabib walaupun meminati Liverpool, namun Real Madrid adalah pasukan kesayangannya, kerana itu beliau meraikan kejayaan Real menewaskan Liverpool pada perlawanan akhir Liga Juara-juara dua musim lalu.

Namun musim lalu ketika Liverpool menjuarai Liga Juara-juara, Khabib turut bergembira meraikan pasukan kegemaran dari Premier League beliau menjulang Piala telinga lebar itu.

Petarung dari Dargestan ini sedang mempersiapkan  diri untuk pertarungan yang seterusnya berhadapan dengan Tony Ferguson pada April 2020 ini.

Perlawanan UFC 249 itu dijangka akan diteruskan dan tidak akan dibatalkan kerana penularan virus Covid-19.

Sekiranya penularan virus Covid-19 itu semakin memburuk perlawanan Khabib menentang Ferguson akan diadakan secara tertutup.

BACA:  Khabib Bengang UFC Mencari Penggantinya Bertemu Tony Ferguson