Khabib Nurmagomedov Beradu Tenaga Dengan Beruang di Usia 9 Tahun

Rakaman video yang dikatakan Khabib Nurmagomedov telah beradu tenaga dengan seekor beruang ketika berusia 9 tahun dan diusia 30 tahun tiada masalah buat Khabib mencekik Conor McGregor seorang manusia yang liar.

Perlawanan menentang Conor McGregor telah melonjakkan nama Khabib Nurmagomedov ke seluruh pelusuk dunia dan namanya meniti di bibir mereka yang bukan peminat setia UFC.

Guru pertama beliau adalah ayah beliau sendiri yang merupakan seorang veteran perang dan sentiasa berada disisi beliau sejak 10 tahun yang lalu setia melatih anak tersayang.

Di bawah latihan arwah ayahnya, Khabib telah menjalani latihan yang keras, dan adakalanya dianggap pelik dan seawal umur 9 tahun telah beradu tenaga dengan seekor beruang.

Dari kecil sudah bergomol dengan beruang maka tidak peliklah kenapa Khabib begitu berstamina tinggi dan hebat bermain di ground.

Beruang bukanlah menjadi belasahan Khabib tetapi cuma ibarat seekor binatang peliharaan dan selalu bermain bersama-sama. Macam kau la, masa kecil bela arnab tak pun kucing.

Penampilan Khabib sebelum pertarungan juga sentiasa mencuri tumpuan dengan mengenakan penutup kepala dengan sejenis topi yang dikenali sebagai papakha.

Papakha ialah sebahagian dari aksesori dan kebanggaan budaya etnik Avar.

Pemakaiannya adalah popular di bandar kelahiran Khabib iaitu Dagestan, sepertimana kita gemar bersongkok sebagai tanda budaya kita rakyat Malaysia.

Khabib Nurmagomedov menjadi sebutan ramai kerana keperibadiannya yang tinggi dengan akhlak yang terpuji dan semua ini terserlah ketika perlawanan menentang McGregor.

Sebelum perlawanan menyaksikan Conor McGregor telah melancarkan satu serangan mental dan provokasi yang melampau ditambah dengan caci maki tidak bersempadan.

Akhirnya Conor McGregor yang bermulut tidak berinsuran itu terkulai layu digelanggang dan mengaku kalah dalam pertarungan sebenar dengan satu tapout.

Selepas kemenangan itu Khabib Nurmagomedov telah melakukan lompatan helang menyerang pasukan Conor McGregor dan menyebabkan beliau digantung.

Khabib Nurmagomedov kemudian kembali berjaya mempertahankan gelaran juara Lighweight UFC selepas kembali dari penggantungan dan menewaskan Dustin Poirier.

Pertarungan antara Khabib Nurmagomedov dan Tony Ferguson sudah dijadualkan dan kerana wabak melanda perlawanan itu ditangguhkan sekali lagi pertarungan dengan Tony Ferguson tidak menjadi kenyataan.

Pertarungan menentang Justin Gaethje akhirnya menjadi penamat kepada karier gemilang Khabib dengan 29-0 apabila mengumumkan persaraan dari gelanggang oktagon.

Kemenangan penuh bergaya seperti biasa itu telah menjadi penamat karier gemilang Khabib yang layak dinobatkan dengan gelaran seorang lagenda dalam dunia MMA.

Bapa Khabib, Abdulmanap telah melatih beliau sedari kecil untuk mempersiapkan beliau sebagai seorang pejuang bagi menempuh hidup yang penuh liku.

Abdulmanap telah mendidik Khabib dengan lengkap dari segi rohani dan jasmani bagi mengimbangi antara kehidupan dunia tanpa meninggalkan akhirat.

Khabib sentiasa menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang muslim dan sentiasa menyebut nama Allah sebelum memulakan perlawanan dan memulakan ucapan kemengan dengan Alhamdulillah.

Maka tidak hairanlah mengapa Khabib mampu mengekalkan rekod tanpa kalahnya sepanjang karier di UFC.

Tindakan Khabib yang menyerang kem pasukan Conor McGregor menjadi satu kepuasan kepada peminat Khabib namun tidak pada pandangan Arwah Bapanya.

Bagi Arwah Abdulmanap Khabib telah mempamerkan akhlak yang tidak baik dan tindakan Khabib itu salah.

Suruhlah anak-anakmu bersembahyang
Se dari umurnya tujuh tahun
Bimbing mereka lakukan kebaikkan
Hidup dan mati kerana Tuhan

Suruhlah anak-anakmu bergusti dengan beruang
Se dari umurnya sembilan tahun

Хабиб Нурмагомедов боец UFC против медведя

BACA:  McGregor Hentam Khabib Di Twitter Dan Menggelarnya Pengecut