Khabib Nurmagomedov Umum Persaraan

Petarung UFC yang tidak dapat dipertikaikan lagi kehebatan dan tidak pernah tewas dalam kategori Lighweight, Khabib Nurmagomedov telah mengumumkan persaraanya sejurus selepas mendapat kemenangan yang ke-29 dalam kariernya.

Khabib Nurmagomedov tidak berdepan masalah untuk menewaskan juara interim, Justin Gaethje yang memberi tentangan untuk mempertahankan tali pinggang Lightweight terus menjadi miliknya.

Selamat menamatkan pertarungan dengan jurus Triangle Choke, Khabib Nurmagomedov terus menangis teresak-esak di tengah gelanggang oktagon tertunggeng seperti seorang bayi yang suci.

Justin Gaethje yang mempunyai keperibadian yang tinggi lantas tampil disis Khabib untuk menenangkan lawan beliau yang kesedihan kerana telah kehilangan bapanya yang tercinta.

Selepas berjaya mengawal emosi, Khabib terus memberi ucapan yang sangat mengejutkan dunia MMA apabila mengumumkan persaraannya.

“Ini pertarungan terakhir aku!.” Ujar Khabib dengan ringkas tapi membawa berjuta reaksi kepada yang mendengar.

“Tidak mungkin akan akan ke sini lagi tanpa ayah aku. Aku juga sudah berjanji bahawa inilah pertarungan terakhir aku.”

Khabib Nurmagomedov bersara kerana mahu mengotakan janji kepada ibunya bahawa pertarungan dengan Justin Gaethje merupakan pertarungan terakhir beliau.

“Bila UFC memanggil aku untuk bertarung dengan Justin, aku telah telah berbincang dengan ibu selama 3 hari. Ibuku tidak mahu aku pergi bertarung tanpa bapaku disisiku.”

“Aku telah berjanji dengan ibuku bahawa inilah pertarungan terakhirku. Aku telah berjanji dan aku harus berpegang pada janji.”

Nyata pengumuman persaraan beliau menjadi bualan dunia dan telah mengaburi kemenangan penuh bergaya untuk merekodkan rekod 29-0. Liverpool kambek pun orang tak peduli.

Sebelum ini petarung yang terkenal dengan topi berbulu-bulu ini telah memberi bayangan akan bersara selepas mencatatkan rekod 30-0 namun persaraan terjadi dengan lebih cepat.

Faktor utama persaraan Khabib adalah kerana pemergian bapanya mengadap Ilahi beberapa bulan lalu dan sudah pasti menjadi tamparan hebat buat beliau.

Bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov merupakan individu yang bertanggungjawab melatih beliau dan sering bersama sejak 10 tahun yang lalu berlatih pagi petang siang malam bersama-sama.

Pertarungan Terakhir Khabib Nurmagomedov

Khabib Nurmagomedov terus menjadi petarung UFC ulung yang tidak boleh dipertikaikan dan tak terkalahkan dalam sepanjang kariernya apabila mudah menewaskan Justin Gaethje dengan jurus kepitan beruang.

Sensasi Mix Martial Arts(MMA) dan Ultimate Fighting Championship(UFC) akhirnya membuat kemunculan semula di gelanggang Oktagon bagi mempertahankan gelaran juara dunia Lightweight yang disandangnya ketika ini.

Petarung yang menjadi lawan Khabib Nurmagomedov dalam pertarungan utama di UFC 254 yang berlangsung di Kepulauan Yas, Abu Dhabi ini adalah Justin Gaethje.

Justin Gaethje merupakan juara interim atau sementara bagi kategori yang sama dengan dengan Khabib Nurmagomedov iaitu kategori Ligthweight selepas menewaskan Tony Ferguson.

Kemenangan Justin Gaethje ke atas Tony Ferguson telah membuka peluang untuk beliau bertarung dengan Khabib Nurmagomedov untuk perebutan gelaran juara yang sebenar.

Khabib Nurmagomedov yang terkenal dan cekap dengan ground fight telah diberikan tentangan hebat oleh Justin Gaethje pada pusingan pertama.

Serangan Gaethje banyak difokuskan kepada kaki kiri Khabib bagi melemahkan kesimbangan pertarung lagenda itu dan taktik Gaethje itu memberi impak pada pusingan pertama.

Namun Khabib seorang petarung berhati kering tidak menunjukkan sebarang reaksi dan membalas segala serta menyerap asakan dengan kental sekali.

Di penghujung pusingan pertama, Khabib telah berjaya melakukan satu jatuhan kepada Gaethje dan cuba melakukan submission namun masa mencemburui.

Pusingan kedua menyaksikan Gaethje semakin agresif melakukan tendangan ke kaki Khabib dan memaksa Khabib beraksi lebih agresif dan melakukan jatuhan kali kedua.

Tiada maaf bagimu kali ini dari Khabib, juara dunia Lighweight yang telah mencatatkan 10 pertarungan sebelum ini melalui submission dalam karier MMA.

Jurus Triangle Choke telah dilancarkan Khabib dengan mencekik leher Justin Gaethje dengan kakinya dan memaksa Gaethje melakukan tap tanpa mengaku kalah.

Cubaan Gaethje mengangkan dan menghempas Khabib bagi melepaskan diri dari Triangle Choke gagal, selepas 4 kali membuat tap barulah pengadil menyedari Gaethje mengalah.

Khabib Nurmagomedov menewaskan juara interim, Justin Gaethje selepas satu minit 34 saat pertarungan pada pusingan kedua dan melebarkan rekod kepada 29-0.

29 pertarungan tanpa tewas menobatkan Khabib sebagai undisputed and undefeated Champions atau juara tidak boleh dipertikaikan dan tak terkalahkan.

Kemenangan Khabib diselebungi suasana sedih selepas Khabib mendedikasikan kemenangannya ini kepada Arwah Bapanya dan menangis di gelanggang Oktagon.

Bapanya merupakan jurulatih dan mentor sepanjang kariernya namun telah pergi menemui Sang Pencipta selepas bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19.

Khabib juga telah mengumumkan bahawa ini adalah pertarungan terakhir beliau dan mengesahkan persaraannya sebagai petarung MMA.

Pengumuman Khabib ini nyata mengejutkan dunia MMA dan berita ini seolah-olah telah menutup kemenangan ke-29 beliau.

Perlawanan antara Khabib Nurmagomedov dan Justin Gaethje berlangsung dengan penuh harmoni dan beradab tanpa sebarang provokasi yang melampau seperti perlawanan yang lain.

Presiden UFC, Dana White menganggap pertarungan seperti Khabib Nurmagomedov vs Justin Gaethje adalah jarang berlaku.

“Ianya bersatu sesekali,” kata White pada sidang akhbar yang diadakan pada hari Rabu lalu.

“Bukan salah satu pertarungan di mana kedua-duanya perlu saling berteriak dan melakukan semua ini.”

“Orang tahu siapa kedua-dua mereka ini. Mereka tahu apa yang mereka berdua mampu lakukan, dan itulah sebabnya pertarungan ini sangat besar.”

Dalam sesi face off sebelum pertarungan tiada maki hamun, caci maki balingan barang dan pergaduhan tercetus dan berlangsung dengan penuh penghormatan dan tenang.

BACA:  UFC: Khabib Mahu 'Bertinju' Dengan Floyd Mayweather