Khairul Fahmi Mahu Pertahanan Meningkatkan Tahap Permainan

Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mahu bahagian pertahanan meningkatkan tahap permainan selepas mempamerkan aksi yang longlai ketika menentang Kemboja, Khairul Fahmi juga merupakan penjaga gol skuad AFF 2010 yang menjuarai.

“Kami tidak mempamerkan aksi yang baik semalam. Kami tahu perlawanan pertama merupakan sesuatu yang sukar buat mana-mana pasukan. Tetapi apa yang penting mendapat tiga mata penuh merupakan sesuatu yang positif. Jelas Apek.

Apek juga menolak pandangan setengah pihak bahawa Kemboja merupakan sebuah pasukan yang lemah tetapi tidak menafikan bahawa Malaysia beraksi di bawah tahap sebenar disulami dengan beberapa kesilapan yang membawa padah.

“Kemboja bukanlah pasukan yang lemah. Level semua pasuakan adalah hampir sama. Peluang yang kedua-dua pasukan dalam perlawanan semalam digunakan sebaiknya dan itulah yang terjadi dalam perlawanan semalam. Tetapi kesilapan dari saya dan bahagian pertahanan perlu di perbetulkan.

Mengulas mengenai serangan balas Kemboja terutama dari penyerang berbisa mereka, Chan Vathanaka yang banyak menghuru-harakan pasukan Malaysia Apek mejawab :

“Kami fokus kepada serangan dan kerana itulah terdapat ruang kosong di bahagian pertahanan bagi pemain Kemboja membuat serangan balas. Pada satu ketika kami mendapat perlindungan dari bahagian tengah tetapi dalam masa yang lain tidak. Itulah yang berlaku semalam, dalam perlawanan di bawah kepanasan terik mentari sukar untuk kami kekal bertenaga.

“Kami sudah mendapat momentum dari perlawanan semalam dan kami akan terus menggunakannya untuk perlawanan menentang Vietnam. Kami ada menyaksikan perlawanan Vietnam semalam. Kami harus berwaspada dengan dua penyerang mereka.”

Baca Juga

Baca Juga