Rekod 100 meter Asia Tenggara buat masa sekarang masih dipegang oleh Raja pecut Asia Tenggara dari Indonesia, Surya Agong Wibowo dengan catatan 10.17 saat pada sukan SEA di Laos pada tahun 2009. Walaubagaimana pun, pada SUKMA Sarawak tahun lepas, Khairul Hafiz Jantan melakukan kejutan dengan kejayaan mencatat masa 10.18 saat, sekali gus memadam rekod lama milik Watson Nyambek, 10.30 saat. Khairul Hafiz Jantan kurang 0.02 saat untuk memecahkan rekod Surya Agong Wibowo. Sekiranya rekod baru tercipta Sukan SEA ogos ini, takhta raja pecut Asia bakal menjadi milik Malaysia.
Sebelum ini, Khairul Hafiz Jantan telah memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter yang dipegang oleh Tan Sri Dr. M.Jegathesan yang berusia 49 tahun. Hafiz juga telah memecahkan rekod kejohanan (20.94 saat) yang dicatat oleh Kento Terada pada tahun 1996 di Kangar. Rekod The Flying Doctor 20.92 saat dilakukan di Sukan Olimpik Mexico 1968 telah dileburkan Hafiz di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan kepantasan 20.90 saat.
Selain itu pada kejohanan di Bangkok buan lepas, Khairul Hafiz Jantan terus membuktikan kelajuannya apabila meraih pingat emas di Kejohanan Trek dan Padang Terbuka Thailand 2017 yang berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Thammasat.
1. The Speedy Jantan – 10.31 saat
2. Crisajda (Thailand) – 10.45 saat
3. Jirapong Meenapra (Myanmar) – 10.48 saat
Persoalan sekarang adakah Khairul Hafiz Jantan akan memegang takhta Raja Pecut Asia Tenggara pasa Sukan SEA 2017 ini? . Satu temuramah dengan Surya Agong, Raja Pecut Asia telah dilakukan pada May 2017 oleh Astro Awani. Bekas pemain Bola Sepak Persib Bandung ini percaya bahawa dengan prestasi semasa Khairul Hafiz, beliau mampu melakukan kejutan. Ayuh kita nantikan kejutan pada temasya Sukan SEA 2017 yang bakal berlangsung bulan hadapan.