Khairul Helmi Johari mungkin dikenali sebagai seorang pertahanan merangkap kapten pasukan Kedah, namun jika dilihat daripada akaun Instagramnya, Khairul Helmi adalah seorang yang serba boleh. Mungkin dia belum mencapai tahap dewa seperti Johnny Sins, tetapi sedar tak sedar, Khairul Helmi juga sebenarnya telah mengharumkan nama negara menerusi filem-filem lakonannya, selain pernah beraksi di pentas MMA!
Kalau hangpa tak caya mai tengok kat bawah.
Pernah Berkhidmat Sebagai Tentera
Kalau dilihat daripada latar belakang gambar ni, mungkin ketika ini Khairul Helmi bertugas di Syria atau Yaman, dan dia berkhidmat di bawah panji PBB.
Selain dihantar untuk misi keamanan, Khairul Helmi juga pernah berkhidmat dalam Unit Cavalry Tentera Britain!
View this post on Instagrammorning gentlemen. .ready takeoff boarder checking sukhoi SU-35
A post shared by khairul helmi (@khairulhelmi13) on
Selain itu, Khairul Helmi turut berkhidmat sebagai juruterbang pesawat Sukhoi SU-35 TUDM.
Khairul Helmi Sebagai Pelakon
Mungkin peminat industri hiburan di Malaysia lebih mengenali nama-nama pelakon seperti Rosyam Nor, Faizal Hussein, Aaron Aziz atau Zul Arifin, namun ramai yang tidak tahu bahawa Khairul Helmi juga sebenarnya berlakon, tapi bukan di Malaysia, di Hollywood!
View this post on InstagramA post shared by khairul helmi (@khairulhelmi13) on
Khairul Helmi mempromosi filem Furious 8 lakonannya bersama Van Diesel.
Gambar di atas pula adalah aksi Khairul Helmi dalam filem 300.
Ini pula sedutan filem Snatch, lakonannya bersama Jason Statham.
View this post on InstagramA post shared by khairul helmi (@khairulhelmi13) on
Kepada yang tidak tahu, Hugh Jackman tidak lagi akan beraksi sebagai Wolverine. Ini kerana pengarah filem X-Men sudah temui pelakon yang baru!
Khairul Helmi Sebagai Penyanyi
Muzik juga turut menjadi kegemaran pemain serba boleh ini. Berikut adalah antara aksi-aksi dan detik-detik pengelibatan Khairul Helmi dalam industri muzik dunia dan dia sudi kongsikan bersama para peminat.
View this post on Instagram"Trust in my self righteous suicide" #Soad #chopsuey
A post shared by khairul helmi (@khairulhelmi13) on
Jangan terkejut. Mungkin ramai peminat System of a Down tidak tahu Khairul Helmi adalah tulang belakang kumpulan dangdut ini.
Tahu tak kenapa setiap kali Sia menyanyi dia tidak mengadap penonton? Sebab Khairul Helmi nak sembunyikan identiti sebenarnya. Nanti susah dia nak main bola lagi, nak buat konsert lagi.
View this post on Instagramlama tak goreng. .boleh mintak pilihan lagu anda. .kemon!
A post shared by khairul helmi (@khairulhelmi13) on
Dengan tengan beliau bermain gitar sambil tersenyum. Power!
Khairul Helmi Sukan Memburu
Selain memburu impian untuk menjadi pemain bola sepak terbaik Malaysia, Khairul Helmi sebenarnya suka memburu. Literally.
Seekor rusa tewas di tangannya ketika memburu di Pergunungan Andes, Peru.
Rusa ini pula ditewaskan di Pergunungan Rocky, Amerika Syarikat.
View this post on Instagram"berakhirlah kerisauan penduduk sg petani"
A post shared by khairul helmi (@khairulhelmi13) on
Pernah sekali Khairul Helmi pergi ke sungai untuk memancing belida, tapi diserang buaya. Akibatnya, buaya tersebut tewas di tangan Khairul Helmi!
View this post on InstagramТебе не скрыться от любви… Бесполезно…
A post shared by khairul helmi (@khairulhelmi13) on
Dalam satu rombongan memburu di Amazon, Brazil, kumpulan Khairul Helmi diserang seekor babi hutan. Dengan senafas babi hutan ini ditewaskan.
Sebenarnya ada banyak lagi sisi lain Khairul Helmi yang tidak diketahui oleh para peminat. Kalau nak tahu semua aktiviti pemain serba boleh ini, para peminat boleh tengok sendiri di Instagramnya.