Khalid Ali Mahu Lim Teong Kim Dipecat Dan Ukur Baju Di Badan Sendiri

BEKAS pemain skuad bola sepak kebangsaan, Khalid Ali berpandangan khidmat Lim Teong Kim bersama Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) perlu ditamatkan.

Dengan pendapat yang sentiasa tegas dan keras pemain Lagenda Bola Sepak Malaysia nyata kecewa dengan kegagalan skuad B-16 negara mara ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan.

Memetik laporan Berita Harian Khalid juga turut mempersoalkan gaji yang diterima Lim Teong Kim :

“Beliau mesti bertanggungjawab, Menteri Belia dan Sukan perlu menamatkan khidmatnya, ia tindakan yang baik.

“Saya melihat satu kesilapan apabila KBS membayar gaji yang begitu tinggi (RM175,000 sebulan). Mungkin pendapatan beliau di Jerman lebih banyak namun seharusnya kita mengukur diri sendiri terlebih dulu.

Satu jumlah yang tidak dan tiada hasil yang sepatutnya.

“Ia jumlah yang tidak patut kerana sepanjang tiga atau empat tahun ini, tiada keputusan yang baik dihasilkan,” katanya ketika ditemui pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) hari ini.

Dalam pada itu seorang lagi bekas pemain negara, Datuk Shukor Salleh turut mempunyai pandangan yang sama dengan Khalid Ali.

“Seharusnya beliau berundur. Beliau perlu menerima hakikat selain menjaga pembangunan, aspek lain perlu dilihat seperti kemajuan dan pencapaian.

“Matlamat adalah mara ke Piala Dunia namun peringkat suku akhir pun tidak dicapai,” katanya.

Kontrak bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich itu bersama NFDP adalah sehingga 2020 sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Baca Juga

Baca Juga