Kiatisuk Senamuang Menganggap Lagenda Bola Sepak Malaysia Sebagai Bapa Dan Gurunya

Ketua Jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang atau ‘Zico’ telah menganggap lagenda bolasepak Malaysia yang bertanggungjawab mencungkil bakat Zico dan membawanya beraksi bersama Perlis sebagai bapa dan gurunya.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan Bakri Ibni pernah membimbing Perlis dan membawa masuk Kiatisuk Senamuang pada tahun 1998. Selepas meninggalkan pasukan Perlis Zico mendapat tawaran dari Huddersfield Town.

Ketika dia bermain bersama Perlis, memang kami sangat rapat malah dia tidak ubah seperti anak serta murid saya ketika itu pada 1998.

“Dia ketika itu tidak fasih berbahasa Inggeris dan tidak mempunyai kenalan di Malaysia dan sering datang dan tinggal di rumah saya di Kampung Batu 5, Kuala Perlis.

“Masa itulah dia belajar bahasa Melayu dan Inggeris daripada saya,” cerita penyerang kebangsaan itu.

Bakri Ibni menceritakan kisah pertemuan kembali mereka yang penuh kesyahduan selepas final Piala AFF 2014 di lobi Hotel Hilton, Petaling Jaya apabila Zico memeluk dan menciumnya.

KIATISUK SENAMUANG / BAKRI IBNI

Zico juga telah mengejutkan Bakri apabila menjerit sambil berkata ‘my father, my father’ di hotel berkenaan yang dipenuhi orang ramai dan penyokong Thailand. Tindakan Kiatisuk nyata membuatkan Bakri terharu.

“Saya tidak sangka dia akan bertindak begitu selepas kami sudah lama tidak bertemu sebaik meninggalkan Liga Malaysia.

“Sebaik sahaja dia terlihat saya, dia menjerit sebelum meluru ke arah saya sebelum memeluk dan mencium saya. katanya.

Bakri berkata, tidak cukup dengan itu, Kiatisuk berteriak kepada para penyokong dan pemainnya bahawa Lagenda bola sepak Malaysia itu adalah bapa dan gurunya.

“Saya memang sebak terutama apabila mengenangkan Kiatisuk yang saya kenal hampir 20 tahun sudah bergelar wira bola sepak Thailand.

“Apa lagi dia masih mengenali saya sebagai bapa dan gurunya, Legenda bola sepak Thailand berguru di Malaysia” kata Bakri.

Begitu menghormati Kiatisuk Senamuang jasa Bakri Ibni yang dianggap guru dan juga bapa.

Baca : Siapakah Tuan Haji Bakri Ibni?

Baca Juga

Baca Juga