Manchester United kini semakin berada di landasan tepat untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang kali terakhir mereka menangi 11 tahun lalu.
Terbaru Raja Kepulangan Semula atau King Of Comeback itu menewaskan Brentford 2-1 dalam kemenangan sangat dramatik di Old Trafford.
Ianya mengingatkan kita kepada kebangkitan United ketika final UCL melawan Bayern Munich satu ketika dahulu.
Man United ketinggalan terlebih dahulu menerusi gol Ethan Pinnock pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Namun pada separuh masa kedua Setan Merah membalasnya dengan 2 gol berkelas dunia.
Gol penyamaan menerusi Alejandro Garnacho minit ke-47 menerusi first time shot berkelas dunia.
Dan gol kedua menerusi Rasmus Hojlund yang melakukan chip cantik menewaskan penjaga gol lawan.
Man United melakukan 23 percubaan ke arah gawang lawannya. Dan 11 adalah tepat. Sehinggakan penjaga gol lawan terpaksa memakai topi tangkal untuk menangkis serangan bertali arus.
Erik Ten Hag malah tidak perlu menggunakan senjata rahsianya Antony untuk bangkit dan menang. Cukuplah dengan pemain lain yang ada.
Kemenangan ini membolehkan United kini berada di 10 teratas. Hanya dibezakan 7 mata daripada pendahulu liga yang dijangka akan kalah esok.
Manchester United seterusnya akan berdepan dengan Fenerbahce yang dibimbing bekas pengurus mereka Jose Mourinho dalam aksi yang akan dilangsungkan di Turki. Kemudian mereka akan berdepan West Ham United dan kemudian Leicester dalam aksi Piala Carabao.
Pada 4 November United akan bertemu dengan pasukan yang dianggap perempuan simpanan mereka iaitu Chelsea.