Kisah 5 Pemain Brazil yang Pernah Mewakili Liverpool

Pada tahun 2015, Liverpool telah membayar 29juta GBP kepada kelab Jerman, Hoffenheim, untuk membeli penyerang Brazil, Roberto Firminho, jumlah yang hampir serupa dibayar kepada Atletico Madrid untuk mendapatkan khidmat Fernando Torres pada tahun 2007.

Usai menyertai Liverpool, Torres telah menjadi seorang yang digeruni di Liga Perdana Inggeris. Mampukah Firminho mengikut jejak langkah Torres?

Hingga kini prestasi Firmino sangat membanggakan dan menjadi nadi pasukan Liverpool selepas pemergian Philippe Coutinho yang memilih untuk menjulang piala. Firmino kini boleh dianggap sebagai pemain Brazil yang berjaya di Premier League.

Alisson Becker dengan Fabinho kemudiannya mengikut jejak Roberto Firmino menjadi pemain Brazil yang bejaya.

Jika sejarah disemak kembali, tidak ramai pemain dari Brazil yang berjaya menjadi bintang yang betul-betul digeruni di Liga Perdana Inggeris dan lima orang pemain Brazil telah mencuba nasib bersama Liverpool.

Siapakah mereka? Bagaimana prestasi mereka? Adakah sekelakar Liverpool?

Fabio Aurelio

Pemain Brazil yang pertama bermain untuk pasukan Liverpool, diambil secara percuma oleh Rafa Benitez. Bermain selama enam musim dan membuat lebih 100 penampilan buat The Reds.

aurelio

Pemain bek kiri versatile ini bagaimanapun tidak begitu menyerlah untuk mendapat tempat di kesebelasan utama. Seringkali ketinggalan di belakang John Arne Riise, Harry Kewel dan Jose Enrique.

Pada 2012, Aurelio keluar dari Liverpool dan menyertai Gremio selepas hanya bermain dua perlawanan sahaja di musim terakhirnya bersama Liverpool. Di Gremio Aurelio mengalami kecederaan ACL dan terpaksa berehat 8 bulan.

Aurelio kemudian bersara dari bola sepak pada 4 April 2014 dan kini giat mencari downline dalam perniagaan ubat kuat.

Alexander Doni

Seorang lagi pemain yang diambil secara percuma, Doni menyertai Liverpool dari Roma dengan harapan untuk memberi cabaran kepada Pepe Reina. Malang baginya kerana Reina ternyata sukar digugat, dan Doni hanya membuat bermain setelah Reina mendapat kad merah.

doni

Malang bagi Doni, selepas dua perlawanan menggantikan Reina, dia pula mendapat kad merah dan tempatnya sebagai penjaga gawang kedua The Reds telah diambil alih Brad Jones. Dari tahun 2011-2013, Doni hanya membuat empat penampilan dalam liga bersama skuad utama Liverpool. Tambahan pula, Doni mengalami komplikasi jantung pada 2012 dan pernah meninggal selama 25 saat.

Kerana tidak diperlukan di Liverpool, pada Januari 2013 Doni menyertai kelab Brazil, Botafogo-SP di mana disinilah kerjaya prosfesional beliau bermula. Pada 12 Ogos 2013 bersara dari bola sepak kerana masalah jantung.

Diego Cavalieri

Dibeli pada harga 3juta GBP pada 2008 untuk menjadi pelapis kepada Pepe Reina. Dari tahun 2008 ke 2010, Cavalieri hanya mampu membuat sepuluh penampilan bersama skuad utama Liverpool, tanpa satu perlawan liga langsung!

Cavalieri

Diego Cavalieri dikatakan pemain Brazil yang paling teruk pernah dimiliki The Reds. Pada permulaan musim 2010, Cavalieri menyertai Cesena pada jumlah yang tidak dinyatakan.

Tidak mendapat tempat di Cesena, Diego Cavalieri akhirnya menyertai kelab yang memerlukan khidmat beliau di Brazil, Fluminense. Cemerlang bersama Fluminense dan berjaya membuat debut bersama Brazil dan di Anugerahkan Penjaga Gol Terbaik pada tahun 2012.

Kini Diego Cavalieri beraksi bersama Crystal Palace di Premier League.

Lucas Leiva

Boleh dikatakan Lucas adalah pemain Brazil yang paling Berjaya di Liverpool. Pemain tengah bertahan ini berjaya membuat lebih 250 penampilan bersama kelab Anfield itu dan jika tidak kerana kecederaan serius, Lucas mampu untuk pergi lebih jauh bersama Liverpool.

leiva

Dibeli dari Gremio pada tahun 2007, Lucas lebih menjadi pelapis kepada holding midfielfer terbaik dunia, Xabi Alonso, tambahan pula Lucas dilihat lebih bermain seperti Amar Rohidan, defensive midfielder yang bersih bajunya kerana tiada tackle.

Namun setelah Alonso menyertai Real Madrid pada tahun 2009, Lucas telah memajak posisi itu kepadanya sehinggalah kecederaan ACL dialaminya pada 1 Disember 2011. Seperti pemain-pemain yang pernah cedera ACL, Lucas berusaha keras untuk kembali ke tahap tertinggi seperti sebelumnya.

Selepas kecederaan itu Lucas Leiva terus konsisten dan bersama Liverpool till jannah hendaknya namun perpisahan terjadi dan Lucas Leiva menyertai Lazio pada Jun 2017.

Lucas Leiva hanya menjaringkan satu gol bersama Liverpool iaitu pada 18 Januari 2017 melalui sundulan di pusingan ketiga Piala FA menentang Plymouth Argyle.

Philippe Coutinho

8.5 juta GBP telah dibayar kepada Inter Milan untuk membeli pemain muda Brazil ini. Sebaik dibeli, Coutinho dengan pantas meletakkan dirinya sebagai pemain utama The Reds sehinggakan digelar ‘Little Magician’ oleh peminat dan rakan pemain kelab.

Gandingannyna di bahagian serangan bersama Raheem Sterling dan Luis ‘Dracula’ Suarez telah meletakkan kapten Steven Gerrard di bahagian ‘deep playmaking position’  pada musim Liverpool hampir menjadi juara Liga Inggeris 2013-2014.

coutinho

Pada ketika usia 23 tahun, pemain ini mempunyai masa hadapan yang cerah untuk terus bersinar dan membantu The Reds menjuarai liga selepas kali terakhir mereka memenanginya pada tahun 1990.

Selepas 4 tahun berlalu, kini usianya menginjak 26 tahun masih tiada kejuaraan Premier League dijulang walaupun saban tahun menjerit ‘This is our year’. Akhirnya Coutinho mengambil jalan keluar dengan menyertai Barcelona.

Satu jalan keluar yang bijak lagi berstrategi dari Coutinho untuk memenangi piala. Coutinho sebelum ini menegaskan impiannya adalah untuk beraksi bersama Barcelona pada masa hadapan dan Liverpool juga sedar dengan perkara tersebut dan tidak mahu menghalang niat beliau.

Selepas merajuk, memujuk dan bertarik tali akhirnya Coutinho dilepaskan selepas penat dipeluk.

Tawaran yang diterima Liverpool itu adalah jumlah tertinggi yang pernah diterima dalam sejarah kelab dari British, dan juga tawaran tertinggi yang pernah dilakukan kelab dari Sepanyol.

Nilai perpindahan Coutinho ke Barcelona adalah nilai ke-3 tertinggi dalam sejarah bolasepak dunia, di belakang Neymar (£197 juta) dan Kylian Mbappe (£160 juta).

Baca Juga

Baca Juga