Kisah Bagaimana Abu Gunung Berapi Menghalang Perpindahan Lewandowski ke Blackburn

10 tahun lalu, letusan gunung berapi Grimsvotn di Iceland telah menyebabkan terhalangnya perpindahan penyerang muda berbakat tinggi Lech Poznan ketika itu, Robert Lewandowski daripada menyertai kelab bekas juara EPL, Blackburn Rovers.

Lewandoswki yang kini layak dinobatkan sebagai penyerang terbaik dunia mengatasi penyerang sensasi dunia yang lain seperti Cristiano Ronaldo, Leo Messi serta Safawi Rasid, telah mencipta nama bersama kelab Jerman, Borussia Dortmund sebelum berjaya dipancing Bayern Munich.

Namun, sebelum adanya Robert Lewandowski yang kita kenal pada hari ini, ramai yang tidak tahu satu cerita penting yang mungkin mampu mengubah sejarah di mana pemain Poland ini hampir pasti menyertai Blackburn yang ketika itu dilatih oleh pengurus yang mempunyai rekod kemenangan 100% bersama skuad England, Sam Allardyce.

Selepas berborak mesra dari hati ke hati bersama Big Sam, Lewandowski telah menempah tiket penerbangan ke England untuk meninjau tempat latihan dan juga bertemu mata dengan pengurus Blackburn tersebut. Akan tetapi, selepas segala persiapan dilakukan, penerbangan tersebut terpaksa dibatalkan dek abu gunung berapi yang menutup ruang udara sebahagian benua Eropah.

Mengimbau kembali kisah silam, dia membuka bicara;

“Aku berpeluang menyertai Blackburn. Ciyus ni.

“Tapi sebelum tu aku nak tengok juga la macam mana rupa Blackburn. padang latihan, tempat yang patut aku jumpa Sam Allardyce.

“Masa tu aku di Poland, baru habis satu perlawanan. Bagi aku dia adalah seorang lelaki yang budiman, jurulatih yang bagus.

“Dia masa tu sanggup untuk ambil pemain muda yang tiada nama dan hanya mungkin ada sesuatu yang istimewa,” ujar Lewandowski panjang lebar sambil tersenyum.

Redup wajah yang bersulamkan senyuman manis menampakkan betapa peristiwa tersebut melekat di sanubarinya dan sangat istimewa.

“Fffffuhhhhhhh,” asap john D’Blend dihembus lembut, lalu Lewandowski menyambung kisah tersebut. (1)

“Dia nak datang ke Poland nak jumpa aku.

“Masa tu aku ada banyak tawaran untuk difikir bila aku tinggalkan Poznan. Aku nak sangat pergi sana,’apa yang aku dapat nanti?’, ‘apa yang aku belajar nanti?’.

“Lagipun aku rasa okay je kot kalau aku sertai Blackburn, tapi aku nak juga tengok tempat tu macam mana, tempat latihan, stadium.

“Tapi tu lah, tak boleh pergi sebab kepulan awan. Puncanya – letusan gunung berapi. Gunung berapi dengan abu di udara.

“Benda tu berlaku selama seminggu dan tiada penerbangan langsung di Eropah. Tiket memang dah beli, tapi tak dapat nak bertolak.

“Kira hidup aku berubah lah. Kalau aku pergi Blackburn mungkin aku duduk je sana,” cerita Lewandowski lagi.

Selepas peristiwa tersebut, dia telah menandatangani kontrak bersama Borussia Dortmund dengan nilai perpindahan sebanyak GBP5 juta – dan dia telah menjadikan aktiviti menjaringkan gol sebagai satu hobi.

Selepas tu kita semua tahu kan, dia sertai Bayern Munich dan memenangi Liga Juara-Juara.

Bayangkan kalau Lewandowski ni masuk Blackburn. Selepas dua musim, mesti dia dibeli Manchester United yang masa ada Pak Alex lagi. Lepas tu Lewandowski bermain untuk Red Devil tiga musim, lalu sertai Real Madrid dan memenangi La Decima bersama-sama Cristiano Ronaldo.

Itu cerita kalau lah. Ikut cerita kalau, Manchester United dah treble tahun ni bukan tahun ni je tapi setiap tahun.

Nota:

(1) – Saja je tambah bab dia hisap rokok tu. Tak payah la serius sangat.

Sumber artikel : SportsBible

BACA:  Bola Rembatan Lewandowski Menghancurkan Telefon Bimbit Salah Seorang Peminat