Kisah Brutal Mourinho, Ugut Turunkan Kitman Berbanding Carvalho

Jose Mourinho merupakan seorang pengurus yang penuh warna-warni dan sering mempamerkan emosi yang pelbagai termasuk perangai kepala masuk ketika sidang media, tepi padang dan juga ketika bersama pemain.

Bekas pemain pertahanan Chelsea Ricardo Carvalho tidak terlepas untuk berada dalam satu kisah yang brutal dan agak kejam bersama Jose Mourinho apabila telah diugut tidak akan diturunkan.

Lebih parah apabila Jose Mourinho tanpa beralas dan berhati perut lebih rela menurunkan kitman pasukan ketika itu berbanding Ricardo Carvalho.

Ricardo Carvalho dan Jose Mourinho telah pun bersama-sama berjuang ketika di Porto dengan merangkul kejayaan penuh epik apabila membawa Porto menjulang trofi Champions League pada musim 2003/04.

Lantaran kejayaan itu telah menawan hati Chelsea untuk membawa Jose Mourinho ke Stamford Bridge yang pada ketika Roman Abramovic sedang melakukan revolusi bagi menjadikan Chelsea sebuah pasukan gergasi.

Ricardo Carvalho terus diberi kepercayaan dan merupakan antara pemain pertama yang diikat oleh Jose Mourinho ketika beliau menjadi pengurus Chelsea buat kali pertama.

Gandingan Ricardo Carvalho dan John Terry telah membentuk satu benteng pertahanan yang kental lagi digeruni apabila memberi kejuaraan Premier League dua kali berturut-turut.

Pada ketika itu hanya Arsenal mampu memecahkan dominasi Manchester United di bawah Sir Alex Ferguson dan juga Blackbur yang melakukan lebih awal sebelum tenggelam sehingga ke hari ini.

Apa yang dilakukan oleh Roman Abramovich ke atas Chelsea merupakan contoh terbaik kuasa wang mampu membeli sebuah kejayaan jika diletakkan pada tangan dan pengurusan yang tepat.

Disebalik kisah kejayaan Premier League dua kali secara berturutan ada kisah ngeri yang terjadi kepada Ricardo Carvalho dan kisah ini telah didedahkan oleh bekas rakan sepasukannya, Joe Cole.

Satu pertelingkahan telah berlaku antara Jose Mourinho dan juga Ricardo Carvalho yang menyaksikan Mourinho telah memberitahu Carvalho bahawa beliau tidak akan dapat beraksi lagi.

Joe Cole telah membuka kisah itu dalam rancangan ‘That Peter Crouch podcast’ yang memuji kepakaran Mourinho menjatuhkan semangat pemain:

“Jose memang terbaik dalam melemahkan semangat seorang pemain tetapi dalam cara yang sangat bijak.” Ujar Cole.

“Tiada dakwa-dakwi lagi bahawa Ricky Carvalho merupakan seorang pemain yang hebat.”

“Carvalho telah bertengkar dengan Jose selepas perlawanan dan dia tidak dapat beraksi lagi. Selepas perlawanan, Jose cakap ‘Kau tak akan dapat main lagi untuk aku, kau takkan main lagi!'”

Pada ketika itu Chelsea mempunyai lima pemain pertahanan tengah termasuk Carvalho namun Mourinho dengan kejamnya meletakkan Carvalho dipilihan keenam di belakang kitman, Mick Roberts.

“John Terry pilihan utama, William Gallas nombor dua, Robert Huth ketiga, pemain remaja dipilihan keempat dan pilihan kelima ‘kit Man, Mick aku akan turunkan berbanding kau’.”

“Mick pada ketika itu berusia 50-an dengan perut besar membulat macam tu.”

Namun itu hanyalah satu ugutan dari Mourinho untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada Carvalho, malang buat Mick Roberts tidak berpeluang untuk beraksi untuk Chelsea.

Pemain pertahanan Portugal itu telah insaf dari kejadian itu dan kembali mendapatkan tempat dan terus berada dalam perancangan Mourinho.

Jose Mourinho terlebih dahulu pergi dan Carvalho kekal di Stamford Bridge sehingga 2-1- dan berjaya menjulang trofi Premier League buat kali ketiga di musim terakhirnya bersama Carlo Ancelotti.

Kemudian Jose Mourinho dan Ricardo Carvalho bersatu semula di Real Madrid sekali lagi di mana mereka telah berjaya menjulang La Liga dan Copa Del Rey.

Carvalho merupakan outfield player (pemain selain penjaga gol) paling tua di EURO 2016 dengan usia 38 tahun yang menyaksikan Portugal bergelar juara.

Selepas bersara dari arena bola sepak selaku pemain, kini Carvalho menjadi pembantu jurulatih kepada seorang lagi bekas pengurus Chelsea, Andre Villas Boas.

Lain reaksi dan tindakbalas pemain dahulu kala apabila dilayan sebegitu rupa yang menerima teguran negatif dengan cara positif dan terus memperbaiki diri.

Paul Pogba bergaduh dengan Morinho membawa perkara itu kepada media dan menceritakan layanan buruk Mourinho kepadanya dan prestasinya terus kelaut.

BACA:  Mourinho Sinis Perli Papu Gomez Dengan Analogi Ubat Batuk Milik Anak