Kisah Kebangkitan Luar Biasa Liverpool Ke Atas Barcelona

Pasukan paling power di muka bumi, tiada dua hanyalah satu, Liverpool power this is our year, membuktikan bahawa mereka King of Comeback yang sejati di pentas tertinggi Eropah apabila bangkit untuk membenam Barcelona yang kelihatan selesa dengan bekalan tiga gol.

This is Anfiled bukan sekadar satu ayat keramat yang sengaja dicipta tanpa sebarang makna telah memberi terjemahan terbaik buat Liverpool kepada dunia yang membuatkan Barcelona berputih mata.

Tanpa pemain utama seperti Mohamed Salah dan Roberto Firmino, Liverpool mempamerkan mentaliti dan personaliti sang juara yang sebenar dengan semangat tidak mengaku kalah.

Walau sebenci mana kau kepada Liverpool, walau sedengki dan iri hati mana pun kau, harus diakui dan akur bahawa Liverpool layak ke final buat kali kedua berturut-turut.

Lelaki bernama Divock Origi menjadi wira dan dalang disebalik kemenangan Liverpool ini. Sudah pasti Origi dianggap sebagai petualang bagi penyokong Barcelona.

Walaupun jarang diberi peluang untuk beraksi, Origi telah membawa Liverpool ke final dan Origi jugalah meneruskan peluang Liverpool untuk terus mengejar gelaran juara Premier League.

Gol Origi ketika menentang Everton dan Newcastle memastikan perebutan takhta Premier League diheret ke perlawanan terakhir.

Liverpool mula menekan Barcelona selepas pengadil perlawanan daripada Turki, Cuneyt Cakir meniup wisel menandakan bermulanya separuh akhir kedua.

Gol itu nyata memberi tekanan kepada Barcelona yang terus mencari gol untuk kedudukan lebih selesa namun kesemua percubaan Barcelona dinafikan kecemerlangan Alisson Becker.

Pada separuh masa kedua Georginio Wijnaldum masa dan hanya memerlukan 10 minit di padang untuk menyamakan agregat kepada 3-3 dengan menjaringkan dua gol.

Dua gol Wijnaldum terhasil dalam tempoh dua minit sekaligus menutup kritikan terhadapnya pada aksi separuh masa pertama dan membuatkan Barcelona mati kutu.

Permainan Barcelona merudum teruk selepas Liverpool menyamakan agregat di mana banyakk hantaran dilakukan mudah dipotong Liverpool ataupun ke laut dalam.

Suasana di Anfield nyata membunuh semangat perjuangan dan motivasi Messi dan rakan-rakan dan kecemerlangan Alisson dan juga memandulkan Barcelona.

Berbaki 10 minit permainan, Origi muncul wira dengan gol kemenangan dalam aksi kebangkitan penuh epik Liverpool dan sorakan demi sorakan memecah keheningan dinihari.

Liverpool kini telah mencatatkan kemaraan buat kali ke-9 di pentas akhir Champion League berada di belakang Real Madrid (16), Milan (11) dan Bayern Munich (10).

Secara peribadi Origi telah menjaringkan gol pertama dan keduanya di pentas Champions League dan terus membawa Liverpool ke final.

Barcelona terkena lagi musim ini selepas ditunjukkan jalan keluar oleh Roma musim lalu walaupun menangan 4-1 pada separuh akhir pertama.

LIVERPOOL: (4-3-3) Alisson 7.5; Alexander-Arnold 8, Matip 7.5, Van Dijk 8, Robertson 7.5 (Wijnaldum 46, 8.5); Fabinho 8.5, Milner 8.5, Henderson 8; Mane 8.5, Shaqiri 7.5 (Sturridge 90), Origi 9

SUBS: Mignolet (GK); Lovren, Gomez, Brewster, Woodburn

BARCELONA: (4-3-3) Ter Stegen 6; Sergi Roberto 6, Pique 7, Lenglet 6, Alba 6; Rakitic 6, Busquets 6.5, Vidal 6.5 (Arthur 75, 6); Coutinho 5.5 (Semedo 60, 6), Suarez 6, Messi 6.5

SUBS: Cillessen (GK); Malcom, Umtiti, Vermaelen, Alena

Champions League 18/19 Semi Final 1 : Barcelona 3-0 Liverpool

Musim lepas menyaksikan Liverpool berjaya mara ke final Liga Juara-Juara Eropah dan dicanang-canang sebagai bakal juara tetapi dikecewakan Real Madrid dalam perlawanan akhir.

Musim ini hanya Barcelona yang menjadi pemisah di antara Liverpool dengan penampilan ke-2 berturut-turut pasukan tersebut di pentas final.

Klopp mengakui beliau akan berasa amat gembira jika anak buahnya mampu meraih keputusan seri apabila menentang pasukan yang tidak pernah kalah di gelanggang sendiri dalam peringkat Eropah selama 6 tahun.

Berbeza dengan musim lepas dimana Liverpool tidak bersaing untuk merebut kejuaraan liga, musim ini mereka perlu mencari jalan untuk mengimbangi skuad bagi menghadapi cabaran liga dan peringkat Eropah.

Barcelona di mata penyokong Liverpool hanyalah biasa-biasa dan mudah bagi mereka untuk menewaskan Barcelona yang bergantung harap kepada Lionel Messi.

Sebelum perlawanan seorang penyokong Liverpool dengan penuh yakin berkata Liverpool akan mudah menanga 2-0.

Sementara menunggu perlawanan bermula, seperti kebiasaan peminat Liverpool akan menggunakan kesempatan yang ada untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar bandar Barcelona.

Ratusan peminat Liverpool memilih Placa Reial Square untuk berkumpul sementara menunggu perlawanan penting itu bermula. Dan disitulah berlakunya insiden yang tidak diingini tersebut yang membabitkan peminat Liverpool dan penduduk tempatan.

2 rakaman video yang menunjukkan peminat Liverpool menolak penduduk tempatan ke dalam air pancut di bandar Catalonia mula berlegar di alam maya hari ini dan ia menerima kecaman dari netizen dan pakcik-pakcik bawang.

Kebiadapan penyokong Liverpool itu nyata terbalas di padang apabila dibelasah barcelona 3 gol tidak mampu dibalas.

Barcelona bermula langkah kanan pada separuh akhir pertama apabila menang mudah tidak seperti perlawanan suku akhir mereka.

Sadio Mane dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Gerrard Pique namun pengadil buat tidak tahu saja dan tiada apa-apa hadiah.

Liverpool kemudian terus menderita apabila Naby Keita mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan awal.

Barcelona memecah kebuntuan melalui gerakan Luis Suarez yang menyudahkan hantaran lintang Jordi Alba.

Messi kemudian membuat satu set up cantik untuk Suarez dan terkana palang lalu disudahkan Messi untuk gol kedua.

Pemain magis dari Argentina itu kemudian menjaringkan gol ketiga yang merupakan gol ke-600 untuk Barcelona.

Gol ke-600 yang sungguh istimewa melalui satu sepakan percuma yang mampu menjatuhkan rahang melihatnya mudah menewaskan penjaga gol yang terhebat di alam semesta.

Kemudian Mohamed Salah yang dikatakan lebih hebat daripada Messi gagal menyempurnakan peluang terbuka untuk sedikit bekalan.

Sunyi, sepi dan hening pagi jika anda mempunyai rakan, saudara atau kenalan yang menyokong Liverpool.

Barcelona:

Ter Stegen (8), Roberto (6.5) (Alena), Piqué (7.5), Lenglet (6), Alba (8), Rakitic (7), Busquets (5.5), Vidal (7), Messi (9), Suárez (8.5) (Dembele), Coutinho (5) (Semedo)

substitutes:

Arthur, Cillessen, Malcom, Umtiti,

Liverpool:

Alisson (6.5), Gomez (6.5), Matip (6.5), Van Dijk (7.5), Robertson (7), Milner (7) (Origi), Fabinho (7.5), Wijnaldum (6)(Firmino), Salah (7), Mané (8), Keita (6) (Henderson)

substitutes:

Lovren, Mignolet, Shaqiri, Alexander-Arnold

Baca Juga

Baca Juga