Kisah Lawrence Lemieux Lepaskan Pingat Olimpik Demi Nyawa Lawannya

Atlet perahu layar Perancis Lawrence Lemieux telah melepaskan peluang beliau untuk meraih pingat di sukan Olimpik demi menyelamatkan lawannya yang ditimpa kecelakaan ketika perlumbaan.

Dalam sukan, pingat adalah sasaran kepada semua atlet terutama sekali pingat dalam sukan Olimpik. Lawrence Lemieux juga sama seperti atlet Olimpik yang lain.

Lawrence Lemieux mewakili Perancis dalam acara perahu layar dalam Sukan Olimpik di Seoul 1988. Beliau antara peserta pilihan dalam acara perahu layar 7 pusingan.

Dalam acara akhir, Lawrence pada satu ketika berada di kedudukan tangga ke-2 dan hanya perlu fokus untuk menamatkan perlayaran beliau untuk pingat perak. Jarak di antara beliau dengan peserta di tempat ke-3 sangat jauh!

Lawrence Lemieux pada tahun 2015

Tetapi, dalam perlayaran beliau untuk menuju ke garisan penamat, beliau melihat 2 peserta Singapura, Josep Chan dan Siew Shaw berhadapan dengan masalah.

Perahu layar peserta dari Singapura tersebut telah terbalik dan berada kira-kira 90 meter di sebelah selatan beliau. Kedudukan yang jauh kerana angin yang kencang.

Dari jauh, Lemieux melihat seorang peserta telah duduk di atas perahu layar yang sudah terbalik. Siew Shaw telah berpaut pada centerboard dan perahu layar mereka telah terpecah.

Seorang lagi krew iaitu Joseph Chan telah berenang mengejar perahu layar Lemieux dalam keadaan kepenatan. Lemieux memutuskan untuk berpatah balik dan memberikan bantuan kepada seorang peserta Singapura.

Lemieux menarik tangan Joseph. Dan beliau risau Joseph menjadi lumpuh kerana keadaannya yang agak serius ketika itu. Belakang Joseph cedera!

Pada masa yang sama Lemieux juga risau takut parahu layar beliau juga akan terpecah dalam keadaan angin yang sangat kuat. Namun detik itu, sangat sukar untuk mendapatkan bantuan.

Lemieux menjerit kepada petugas keselamatan tetapi jeritannya telah ditelan oleh angin yang sangat kencang. Lalu beliau tidak berfikir panjang lagi dan berusaha mengalihkan perahu layar beliau ke arah perahu layar peserta dari Singapura tersebut.

Lemieux baru sahaja melepaskan kedudukan terbaik untuk memenangi pingat demi menyelamatkan rakan peserta yang lain.

Lemieux mengambil masa 15 minit untuk sampai ke kawasan perahu layar untuk menyelamatkan seorang lagi. Ketika itu, ramai peserta lain memintas Lemieux.

Semua peserta lain sudah menamatkan perlumbaan. Jurulatih beliau risau kerana Lemieux masih belum muncul, takut kalau ada sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Lemieux akhirnya berjaya memastikan peserta Singapura tersebut selamat. Dan beliau sendiri menamatkan perlumbaan di tangga ke-22.

Bercakap kepada wartawan, Lemieux bangga kerana menamatkan perlumbaan di tangga ke-22. Dia menjangkakan dirinya akan menamatkan perlumbaan di tangga ke-35.

Kepakaran Lemieux membolehkan beliau mengejar dan memintas ramai peserta lain.

Lemieux memberitahu yang beliau tidak pernah menyesal untuk kehilangan pingat dalam Olimpik kerana menyelamatkan nyawa peserta lain itu lebih pentinh. Ia adalah semangat olimpian!

Beliau akan lebih menyesal jika apa-apa berlaku kepada Chan dan Shaw walaupun beliau memenangi pingat.

Berpusu-pusu media dan wartawan yang datang menemui beliau untuk mendengar sendiri cerita tersebut. Lemieux menyatakan dirinya agak rimas dengan keadaan itu.

Ini kerana beliau hanya melakukan sesuatu yang selayaknya dilakukan seorang manusia. Pihak pengajur Olimpik ketika itu memberikan beliau tempat ke-11 selepas mengambil kira apa yang dilakukan oleh beliau kepada 2 peserta Singapura tersebut.

Walaupun beliau gagal memenangi pingat dalam Olimpik 1988, Lemieux telah dianugerahkan pingat khas oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Beliau diberikan pingat Pierre de Coubertin untuk menghargai semangat kesukanan beliau.

Setakat ini, hanya 17 orang sahaja yang pernah menerima pingat khas ini. Sikap yang terpuji daripada Lawrence Lemieux.

BACA:  Kisah Ronaldo Lihat Cermin Tanpa Pakaian Lalu Berkata 'Messi tidak' kelihatan seperti ini'