Kisah Lee Chong Wei Mengajar Anaknya Mengenal Bulan Puasa

Legenda badminton Malaysia dan juga dunia, Datuk Lee Chong Wei telah menceritakan kembali bagaimana beliau mengajar anak beliau untuk mengenal apa itu bulan puasa.

Lee Chong Wei mengajar anaknya apa itu tolak ansur dan pukulan smash Wong Mew Choo satu punchline yang menarik.

Semuanya bermula apabila anak beliau kehairanan kenapa rakan bainya tidak mahu makan bersama.

Ikuti kisah penuh yang diceduk dari FB rasmi Lee Chong Wei.

“Papa, I ada soalan nak tanya” ditanya anak saya dalam perjalanan dari sekolah tadi.

“Tadi masa waktu rehat, saya berkongsi makanan dan minuman dengan rakan sekelas. Ada dua orang kawan baik saya, Syihan dan Amli tak nak makan. Kenapa ?” Muka anak terus muram bagai kaca ditimpa batu.

Tidak sempat saya menjawab, dia terus sambung “Pastu I pon dinasihat cikgu supaya makan di sudut jauh dari segelintir kawan-kawan I. Apa salah saya, papa?”

Tergamam aku dibuatnya seketika. Salah saya juga sebenarnya kerana tidak memberi penjelasan bulan puasa sebelum ini.

“koko @kingstonleekc , you tak salah. Kawan-kawan you tu sebenarnya dah start puasa. Dan Cikgu suruh makan di tepi sebagai tanda penghormatan kepada kawan-kawan yang tengah berpuasa tu. Jadi, kamu kena nasihat kawan-kawan Cina India lain, mesti sokong kawan-kawan Melayu ni menjalankan ibadah puasa. Kena bertolak-ansur dan hormat sesama lain.”

Sulung yang kini dah 8 tahun sudah start menunjukkan sikap memberontak. “Kenapa kena bertolak ansur ? Saya makan saya punya hal, dia puasa dia punya hal” .

Belum sempat saya marah, tangan penampar @wongmewchoo terus melanda ke atas tangan anak. Tahulah saya dia pandai smash gak, tapi memang laju tangan dia kali ni.

Sulung pun menangis bertanya sebab.

“Kalau kita tak bertolak ansur, koko tidak akan ada kawan Amli dan Syihan lagi. Bayangkan kalau tak bertolak ansur, koko main mercun semasa New Year mestinya dimaki. Jika tidak hormat, kawan India buat perarakan Thaipusam semestinya dihalang. Andainya tidak menghormati sesama lain, tak mungkin shopping mall KL ada Christmas tree masa Christmas”, jawabnya saya.

“Kita menang bola dan Thomas Cup pun sebab kita bertolak ansur dan bersatu padu”, disambung saya.

Dengan muka menyesal, pendek sahaja jawapan anak saya “Saya mahu berkawan baik dengan Amli dan Syihan” .

Itulah cerita hari ni. Saya Chong Wei dan Mew Choo sekeluarga ingin memohon-maaf dan mengucapkan Selamat Berbulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam. Have a blessed puasa month.

Batu Covid pasti berudang,
Diharap bersabar sesama sembahyang;
Petunjuk Ramadhan moga diundang,
Semoga Raya di kampung tersayang.

Note : Nama bukan nama sebenar
#RamadanKareem2021
祝福穆斯林朋友斋戒月斋戒功修顺利平安

Begitulah kisah Lee Chong Wei dan anaknya yang menerapkan unsur toleransi dan bersatu padu demi Malaysia tercinta.

BACA:  Taufik Hidayat - Legenda Backhand Dan Pemain Moden Serba Lengkap