Kisah Nani Jadi Punca Jaringan Cantik Ronaldo Batal Diungkit Peminat

Pada tahun 2010, Nani telah melakukan satu kesilapan terbesar dalam karier beliau, dan kesilapan itu telah membuatkan Cristiano Ronaldo sangat marah.

Mana mungkin Ronaldo tidak marah, jaringan cantik beliau telah dibatalkan hanya kerana kesilapan yang telah dilakukan oleh Nani.

Ronaldo mengetuai pasukan kebangsaan Portugal telah turun beraksi bertemu dengan Sepanyol.

Terjadi satu insiden yang tidak boleh dilupakan oleh Nani dalam perlawanan itu yang mana beliau telah menjadi punca jaringan Ronaldo dibatalkan.

Ronaldo menghasilkan gol itu melalui satu gerakkan solo yang cukup cantik dengan awalnya beliau telah mengayam-ayamkan Pique didalam kotak penalti.

Setelah mengucar ngacirkan barisan pertahanan Sepanyol, Ronaldo berjaya melambungkan bola begitu kemas dan cantik menewaskan Iker Casilas.

Melihat bola itu melambung cantik menewaskan Casilas dan sudah hampir untuk menerjah jaring gawang pasukan Sepanyol, Ronaldo sudah bersedia untuk meraikan jaringan itu.

Entah bagaimana, Nani muncul dari belakang lalu menanduk masuk bola yang dilambungkan oleh Ronaldo pada awalnya.

Sekiranya Nani tidak gatal kepala nak tanduk bola itu pon, bola itu sudah pasti akan menerjah jaring gawang Sepanyol.

Yang menjadi masalah apabila Nani menanduk bola itu adalah, beliau datang dari kedudukan yang Offside.

Jadi dek kerana Nani datang dari kedudukan Offside, gol cantiknya itu telah dibatalkan oleh pengadil perlawanan.

Ronaldo jelas kelihatan sangat marah dengan insiden itu, beliau begitu marah hingga mencabut arm band nya dan dihempas kebawah.

Nani benar-benar rasa bersalah selepas tersilap menanduk bola yang sudah masuk kedalam gawang gol Sepanyol sewaktu datang dari kawasan Offside.

Beliau merasakan bahawa dirinya harus meminta maaf kepada Ronaldo selepas perlawanan itu tamat.

“Saya menyentuh bola itu kerana saya tidak tahu bahawa saya datang dari kedudukan offside, semuanya berlaku terlalu pantas.”

“Selepas saya fikir dalam-dalam tentang kejadian itu, saya meminta maaf kepada Ronaldo. Ronaldo melakukan gerak yang cukup menarik untuk menghasilkan jaringan itu, saya tidak patut merosakkannya.”

Jelas Nani kepada Guardian.

Ronaldo ketika itu melepaskan kemarahan beliau kepada pengadil perlawanan berbanding Nani.

Kerana menurut Ronaldo bola itu sudah melepasi garisan dan Nani menyentuh bola itu juga didalam gawang Sepanyol, jadi gol itu tidak sepatutnya dibatalkan.

“Saya tidak faham, saya rasa orang buta pon tahu bola itu gol, bola itu sudah masuk kedama gawang gol mereka dan sedikit sahaja lagi nak sentuh jaring.”

Jelas Ronaldo kepada Mecca.

“Saya tidak tahu kejadian itu disengajakan oleh Nani atau tidak, apa yang saya tahu gol terbaik saya bersama pasukan Portugal telah dibatalkan.”

Sehingga kini, sudah hampir 10 tahun berlalu, Nani masih merasa bersalah kepada Ronaldo.

“Saya rasa bersalah, setiap hari orang akan ungkit kembali hal itu dan setiap kali perkara itu berlaku ia menyiksa saya.”

“Saya faham saya adalah punca jaringan cantik Ronaldo dibatalkan, tetapi Ronaldo kini sudah banyak kali menjaringkan gol-gol yang cantik.”

“Dia kini pemain terbaik dunia, dia sudah capai segalanya, dia juga dah jaringkan gol lebih cantik dari itu, saya rasa dia sendiri sudah lupakan kejadian itu.”

Nani menjelaskan kepada dream team bahawa sehingga kini beliau masih trauma dengan kejadian itu dan para peminat masih mengungkit lagi kejadian itu.

“Apa yang penting Ronaldo tahu maksud saya dan beliau sudah maafkan saya.”

Jelas Nani lagi berharap supaya tiada orang akan membangkitkan lagi isu itu.

BACA:  Eddie Howe Nafi Sebarang Klausa Untuk Newcastle Dapatkan Ronaldo