Kisah Pemilik PSG Tawar Cavani RM5 Juta Untuk Beri Sepakan Penalti Kepada Neymar

Kisah perebutan sepakan penalti di pasukan Ligue 1 Perancis, PSG bukanlah perkara baru dan Neymar bukanlah pertama kali berebut untuk sepakan penalti dan telah mempunyai pengalaman yang luas untuk berebut penalti.

Sejak tiba di PSG pada tahun 2017, Neymar dan Edison Cavani telah mencetuskan sensasi dan bualan bola sepak kerana sepakan penalti yang selama ini Cavani adalah penendang utama.

Perpindahan Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG) dari Barcelona telah melibatkan jumlah wang besar iaitu hampir £200 juta, sekaligus memecahkan rekod perpindahan dunia yang sebelum ini dipegang oleh Paul Pogba.

Gaji yang diterima Neymar juga mencecah £26 juta setahun dan kini pemain termahal dunia itu bakal menyebabkan pengerusi PSG Nasser Al-Khelaifi terpaksa mengeluarkan wang yang lebih kerana perebutan sepakan penalti Neymar dan Cavani

Punca!

Tawaran RM5 Juta

Pemain dari Brazil itu sudah dua kali terlibat daam perebutan sepakan penalti bersama Cavani sejak tiba di ibu kota Paris. Pertama ketika menang menentang Toulouse 6-2 dan sekali lagi berebut ketika menang 2-0 ke atas Lyon.

Berdasarkan laporan dari El Pais sejak kehadiran Neymar bulan lalu suasana bilik persalinan PSG menjadi suram ibarat retak menanti belah ekoran peristiwa berebut penalti.

Gilo apo nak beli aku?

Oleh kerana insiden ini membawa kepada perpecahan pengerusi PSG Nasser Al-Khelaifi terpaksa campur tangan dengan menawarkan gula-gula sebanyak RM5 juta (€1 juta) kepada Cavani supaya mengalah kepada Neymar dan Al-Khelaifi telah menghantar wakil untuk bercakap dengan Neymar supaya lebih sopan dan tidak perlu risau mengenai penalti.

Cavani Sentiasa Dibayangi Dan Menolak Tawaran

Adakah Cavani akan mengalah? Atau Cavani mencari jalan keluar dengan berpindah ke pasukan Kelantan? Kerana mungkin Cavani sudah penat menjadi penyerang nombor dua. Sebelum ini Cavani dibayangi Zlatan Ibrahimovic selama tiga musim.

Selepas perpindahan Zlatan ke Manchester United musim lalu, Cavani menunjukkan belang dan berkembang mekar apabila menjaringkan 49 gol dalam 50 perlawanan.

Musim baru ketika itu dengan kehadiran Neymar Cavani bermula baik denngan mempamerkan aski prolifiknya.

Gaduh minta bola | Gambar : The Sun

Menurut laporan El Pais, Cavani tidak berminat dengan tawaran wang tambahan kerana wang BRIM sudah cukup baginya dan menolak serta tidak akan berubah pendirian untuk terus mengambil sepakan penalti.

Cavani percaya sebagai ketua pasukan yang ketiga dalam kelab, beliau mempunyai tanggungjawab dan harus memikulnya.

Kini kehadiran Neymar seakan mahu mengembalikan Cavani ke situasi asal sebagai penyerang nombor dua pasukan dan sekali lagi terpaksa mengalah dan bagi memastikan Neymar selesa bersama PSG Ala-Khelaifi sekali lagi cuba menggunakan kuasa wang keatas Cavani.

Namun kisah perebutan penalti antara Neymar dan Cavani tidak berlarutan apabila mereka saling merendahkan ego tidak seperti sekarang dan situasi itu telah dijelaskan Cavani yang mengatakan itu semua hanya permainan media.

Cavani Dedah Kisah Sebenar Berebut Penalti vs Neymar

Edison Cavani dan Neymar telah beraksi bersama untuk Paris Saint Germain selama tiga tahun. Pihak media sering membuat liputan yang tidak baik berkaitan kedua-dua pemain itu.

dinson Cavani akhirnya telah membuka mulut mengenai perhubungan antara beliau dengan bekas rakan sepasukannya Neymar ketika di PSG.

Mereka berdua dikatakan sering salah faham antara satu sama lain dan pihak media sering melaporkan bahawa kedua-dua mereka mempunyai hubungan yang tidak baik.

Cavani dan Neymar sememangnya bukanlah rakan yang rapat. Berita berkait hubungan antara mereka berdua mula disebarkan selepas terjadi insiden salah faham antara mereka berdua di atas padang.

Ketika itu PSG dihadiahkan sepakan penalti, Cavani dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan penalti itu dan Neymar mahu merebut tugasan tersebut, namun pemain kebangsaan Uruguay itu tidak membenarkannya.

Insiden tersebut agak panas hingga pengurus PSG ketika itu, Unai Emery terpaksa untuk campur tangan dan meminta kedua-dua pemain tersebut menyelesaikan isu itu dengan baik-baik.

Cavani kemudiannya meneruskan tugasnya sebagai pengambil sepakan penalti untuk pasukannya. Tidak lama selepas itu, dalam satu perlawanan menentang Galatasaray, beliau telah memberikan peluang kepada Neymar untuk mengambil sepakan penalti.

“Kami sangat berbeza. Banyak hal yang tidak kami kongsikan bersama dan kami juga berfikir dengan cara yang berbeza.”

“Dalam satu pasukan, kami tidak seharusnya berkawan rapat ataupun menganggap saudara. Apa yang penting adalah, kami menjadi rakan yang baik di atas padang, saling berwaspada dan beraksi bersama mengejar pemain lain.”

“Benar, memang ada perselisihan faham antara saya dan Neymar. Saya seorang pemain bola sepak, saya bukan bintang. Tapi saya sendiri pernah beritahu Neymar kalau saya adalah orang pertama yang mahu melihat dia berjaya sebagai individu.”

“Saya akan lakukan apa sahaja untuk membantunya, namun dengan satu syarat, dia harus meletakkan objektif pasukan sebagai Keutamaan.”

Cavani mengimbau kembali detik beliau dan Neymar sedang berkonfrontasi di atas padang hanya kerana penalti.

Cavani sedar bahawa ada wartawan yang seolah-olah mempunyai agenda tidak baik untuk memburukkan Neymar.

Beliau juga menyatakan bahawa sebenarnya insiden itu tidak serius seperti apa yang digembar gemburkan oleh para media.

Cavani turut berasa kecewa dengan beberapa media yang menulis perkara buruk berkait Neymar, sedangkan beliau merasakan bintang Brazil itu seorang yang baik hati.

“Ketika saya bertikam lidah dengan Neymar, ianya berlaku dalam perlawanan kami menentang Lyon. Segala laporan yang tular ketika itu jelas tidak benar.”

“Ney adalah seorang yang sangat baik hati.”

Jelas Edinson Cavani.

Sumber : Bleacher Report

BACA:  Reaksi Luar Biasa Fernandes Dengan Gol Penyamaan Cavani Jadi Bualan