Kisah Pengharaman Kaki Kanan De Bruyne Kerana Membawa Kemusnahan

Kisah kaki kiri yang kuat milik Kevin De Bruyne menjadi viral selepas menjaringkan gol dengan membuat rembatan padu dari kaki kirinya yang merobek isi hati dan perut peminat Chelsea sekaligus cukup untuk manchester City meraih 3 mata.

Itu kisah lalu kaki kiri Kevin De Bruyne yang lemah.

Di Piala Dunia 2018 De Bryune menjaringkan gol kedua ketika Belgium menentang Brazil menggunakan kaki kanannya dengan satu rembatan padu yang membuatkan bola terkulai layu. Gol itu merupakan gol kemenangan yang menghantar Brazil pulang.

De Bruyne memulakan karier bola sepaknya bersama Genk pada 2008 dan menjadi pemain utama apabila Genk menjuarai Belgian Pro League pada musim 2010/11. Kehebatan bersama Genk menarik minat Chelsea dan menyertai mereka pada tahun 2012.

Malangnya De Bruyne sukar mendapat tempat di Chelsea dan dipinjamkan ke Werder Bremen. De Bruyne tidak bermasalah untuk beraksi cemerlang hingga menarik minat Wolfsburg untuk membeli beliau pada harga £18 juta pada 2014.

De Bruyne terus cemerlang dan pada tahun 2015 beliau tersenarai sebagai Footballer of the Year in Germany dan menyertai Manchester City dengan yuran yang memecahkan rekod perpindahan kelab pada ketika itu, £55 juta.

Di usia 19 tahun pada 2010, Kevin De Bruyne telah melakukan debut untuk pasukan kebangsaan Belgium dan telah mempunyai lebih 50 cap setakat ini. De Bruyne merupakan salah seorang pemain yang membawa Belgium ke sukua akhir Piala Dunia 2014 dan EURO 2016.

Lionel Messi juga telah meramalkan gandingan Hazard dan De Bryune dijangka meletup pada Piala Dunia kali ini selepas gagal melepasi jangkaan dalam kejohanan terdahulu bersama Setan Merah.

Kisah Kaki Kiri De Bruyne

Kisah kaki kiri De Bruyne menjadi viral kerana rembatan menghasilkan gol kemenangan selepas bermain satu dua dengan Gariel Jesus melalui kaki kiri yang merupakan kaki yang lemah kerana De Bruyne pengguna kaki kanan tegar.

Jika De Bruyne menggunakan kaki kanan entah bagaimana perginya bola itu. Seorang wartawan dari Belgium, Kristof Terreur mendedahkan bahawa produk dari Genk itu telah dilarang dan diharamkan menggunakan kaki kanannya yang suci serta semulajadi itu.

Akibat dan kesan De Bruyne menggunakan kaki kanan dapat dilihat ketika perlawanan menentang Brazil. Rembatan kaki kanannya telah menghantra Brazil pulang dari saingan Piala Dunia yang menyaksikan Neymar teriok teresak-esak.

Pengharaman dari jiran-jiran ini dilakukan kerana kaki kanan De Bruyne mampu membawa kemusnahan kepada rumput dan juga pasu bunga di taman.

“Tendang dengan kaki kiri dan kanan. Semasa De Bruyne masih kecil dan tidak mengenali dunia pensabunan, jirannya telah melarang beliau menggunkan kaki kanan kerana beliau boleh merosakkan rumput dan bunga.”

Begitulah kisah bagaimana kaki kiri juga boleh menjadi kuat selepas pengharaman kaki kanan. Tak macam korang kiri kanan main sabun.

Benjamin Mendy Teruja

Rakan sepasukan De Bryune, Benjamin ‘Nasi Arab Lamb’ Mendy yang bakal berehat panjang sehingga April selepas pembedahan ACL nyata tidak mampu menahan konaknya melihat gol De Bruyne.

Golazo katanya sambil menyifatkan kaki lemah yang bertaraf 5 bintang.

Twit dari Mendy nyata digemari oleh penyokong City. Untuk makluman Kevin De Bruyne bukanlah adik kepada Brock Lesnar.

Baca Juga

Baca Juga