5 Kisah Penipuan Dalam Bola Sepak Yang Boleh Dijadikan Pengajaran

Dalam saingan Champions League musim 20116/17 yang lalu Barcelona telah melakukan satu kebangkitan yang dahsyat lagi luar biasa dan tidak terfikir oleh segenap lapisan masyarakat peminat bola sepak. 

Dua minggu sebelum itu La Blaugrana dibelasah 4-0 oleh Paris Saint Germain di laman lawan, namun mereka kembali bangkit dalam pusingan kedua membelasah balik lawan dengan kemenangan 6-1.

Bagi mereka yang menonton perlawanan, ramai yang mengatakan bahawa Barcelona bermain taktir kotor dan menipu sehingga mempengaruhi pengadil membuat keputusan memihak kepada mereka.

Antaranya ialah penalti yang diperoleh setelah Suarez ‘dikasari’ oleh pertahanan PSG.

Sebenarnya, penipuan juga adalah satu taktik untuk melemahkan pihak lawan. Berikut adalah senarai penipuan dan ‘penipuan’ yang elok dijadikan pengajaran.

1. Barbados VS Grenada

Tiga minit sebelum masa tamat dalam pertemuan kelayakan Piala Dunia 1994 Zon Caribbean menentang Grenada, pertahanan Barbados, Sealy terfikir satu ‘taktik’.

Barbados mendahului 2-1, tetapi memerlukan kemenangan dengan beza dua gol untuk menyingkirkan Grenada.

Dengan masa yang semakin suntuk, Sealy terfikir akan satu peraturan pelik – gol yang dijaringkan dalam masa kecederaan akan diganda dua. Untuk mendapatkan masa, Sealy telah menjaringkan gol sendiri demi melanjutkan perlawanan ke masa tambahan.

Selepas itu, Grenada sedar bahawa jika mereka menjaringkan gol sendiri pun, mereka akan layak kerana mereka perlu mengelakkan kalah dengan beza dua jaringan.

Hasilnya, Barbados terpaksa melindungi gol sendiri dan gol lawan untuk mengelakkan sebarang jaringan oleh Grenada dan mereka berjaya.

Perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan dan Barbados berjaya menjaringkan gol emas – dikira sebagai gol. Di atas kertas, Barbados layak ke pusingan berikutnya dengan kemenangan 4-2. Pelik?

2. Sentuhan Ajaib Si Fisio

Terjadi pada tahun 2013, dalam satu pertemuan play-off Serie D Brazil apabila penyerang Tupi, Ademilson telah menggelecek penjaga gol lawan dan bakal menolak bola ke gol untuk mendapatkan gol kemenangan.

Namun, fisio pasukan Aparecidense, Romildo da Silva berlari ke arah gol dan berjaya menahan bola tersebut. Da Silva juga bertindak menunggu di tiang gol untuk menafikan dua lagi rembatan pihak lawan, sekaligus menafikan sebarang jaringan Tupi.

Akibatnya, Da Silva dikejar pemain Tupi sehingga terpaksa meloloskan diri ke dalam terowong. Keputusan perlawanan kekal, namun Aparecidense kemudian dibuang daripada liga.

3. Jurulatih Pakar Lakonan

Pada Disember 2005, pengurus Duisburg, Norbert Meier telah bertikam lidah dengan pemain Cologne, Albert Streit. Untuk mempengaruhi keputusan pengadil, Meier telah menanduk Streit dan berpura-pura jatuh akibat ditanduk oleh Streit.

Streit yang agak terkejut dengan aksi sarkis tersebut turut berpura-pura jatuh, namun dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Tiga hari kemudian, Meier telah dipecat oleh Duisburg – mungkin kerana lakonannya teruk dan diulang tayang di televisyen tempatan.

Setahun kemudian, Meier membawa Arminia Bielefeld ke divisyen tiga Jerman dan separuh akhir Piala Jerman menentang Wolfsburg. Mungkin dia sudah insaf dan berhenti dari dunia lakonan.

4. Ubah Saiz Padang

Pada September 1987, Graeme Souness telah mendapat ilham daripada gurunya, Jack Charlton untuk membantu Glasgow Rangers menewaskan Dynamo Kiev dalam perlawanan pusingan pertama Piala Eropah.

“Kami tewas 1-0 di tempat lawan. Pihak lawan pun boleh tahan hebat. Jadi, di Ibrox aku ingat kami boleh kalahkan mereka kalau kita bermain dengan menggunakan fizikal. 

Lagipun pada waktu tu, saiz padang tidak perlu ditetapkan asalkan lebih daripada lebar minimum. Aku pun buatlah garisan padang tu seminimum mungkin.

“Pada hari Selasa, pemain Kiev berlatih di saiz padang yang normal tapi dalam perlawanan pada hari Rabu, diorang sangat terkujat bila lari 15 langkah, diorang dah sampai garisan gol. Kelakar kan?”

Rangers menang 2-0 dalam perlawanan tersebut namun selepas itu, peraturan keluasan padang telah diperketatkan dengan pasukan perlu mengisytiharkan saiz padang mereka sebelum musim bermula.

5. Rivaldo vs Turki

Peristiwa ini mungkin masih diingati ramai di mana Rivaldo telah bertukar daripada seorang pemain bola yang hebat kepada pelakon yang tidak kurang hebatnya.

Dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2002, ketika Rivaldo menunggu bola di penjuru padang untuk mengambil sepakan penjuru, pemain Turki Hakan Unsal telah menyepak manja bola ke arah penyerang Brazil tersebut.

Dramatiknya, bola tepat mengenai peha Rivaldo namun dek kepantasan berfikir, Rivaldo merebahkan diri sambil menutup muka, memperlihatkan seolah-olah bola tersebut dirembat ke mukanya.

Hasilnya, Unsal dilayangkan kad merah dan Turki tewas perlawanan tersebut. Selepas perlawanan Rivaldo didenda RM20,000 tetapi tidak digantung.

Dalam perlawanan akhir, Rivaldo cemerlang dalam membantu dua jaringan Ronaldo, tetapi sampai ke hari ini orang ramai hanya bercakap tentang aksi lakonannya dalam separuh akhir.

Kesian?

Artikel diambil dan diolah dari FourFourTwo

Baca Juga

Baca Juga