Kisah Penjaga Gol Benfica Yang Menang Lebih Banyak Trofi Berbanding Penampilan Di Padang

Kisah antara yang menakjubkan dalam sejarah bola sepak dunia kali ini membabitkan penjaga gol Benfica, Paulo Lopes yang memenang lebih banyak trofi dan kejuaraan berbanding penampilannya di padang bersama Benfica.

Penjaga gol ketiga Benfica berusia 40 tahun ini telah mengumumkan persaraan dari bola sepak pada selasa lalu dengan rekod kejuaraan yang penuh gemilang, cemerlang dan terbilang. Jika diletakkan di dalam resume pada menjadi rebutan majikan.

Senarai gelaran di raih Paulo Lopes bersama Benfica :

League Title : 2013, 2014, 2015, 2016

Portuguese Cup : 2013, 2016

Portuguese League Cup : 2013, 2014, 2015

Portuguese Super Cup : 2014, 2016, 2017

Paulo Lopes telah kembali menyertai Benfica pada tahun 2012 dan hanya membuat 11 penampilan di dalam semua kejohanan yang dilalui Benfica sehinggalah tiba tarikh persaraannya pada minggu lalu dengan 12 gelaran.

Penjaga gol veteran ini memulakan kerjaya sebagai pemain remaja pada 1997 dan menjadi pemain profesional bersama kelab Portugis itu pada awal tahun 2000 tetapi gagal untuk berada dalam pasukan utama Benfica.

Semusim di Benfica B sebagai pemain profesional pada 2001, Paulo Lopes telah meninggalkan kelab yang dinaunginya sedari kecil lagi lalu berkelana bersama kelab Salgueiros, Estrela Amadora, Trofense dan Feirense.

Selepas mengembara dan bermain dengan beberapa kelab Portugal yang lain akhirnya beliau kembali ke Benfica pada 2012 dan melengkapkan 13 musimnya bersama Benfica.

Tempoh bersama Benfica : 13 musim
Penampilan : 11 Perlawanan
Rekod : 12 trofi

Suatu rekod yang padu dan hebat bukan?

“Persaraan merupakan satu detik sukar dalam hidup pemain bola sepak tetapi tiada yang kekal abadi dalam kehidupan ini.”

“Aku telah bermain bola sepak sebagai pemain profesional selama 21 tahun. Kerjaya yang menyaksikan aku mengabadikan diri dan jiwa dengan hati nurani yang bersih. Aku lakukan semua ini kerana kau pemain bola sepak profesional.”

Selepas bersara sebagai pemain, Paulo Lopes kini akan meneruskan karier sebagai jurulatih penjaga gol Benfica bawah 23 tahun. Hidup dan mati Lopes kini untuk bola sepak.

Betul la kot ini video aksi Lopes.

Baca Juga

Baca Juga