Kisah Penjaga Gol Ini Menggunakan Telefon Pintar Ketika Perlawanan

Tuan-tuan dan perempuan semua inilah penjaga gol pasukan Atlético Paranaense goalkeeper, Santos Neto pemain yang telah digantung kerana menggunakan telefon pintar ketika perlawanan kelas atasan menentang Atleyico Miniero.

Pada mulanya ramai tidak pasti dan tidak jelas apa yang dilakukan dengan telefon di padang samada bermain Facebook, Candy Crush tak mungkin mengupdate Tumblr.

Dah macam penjaga gol Shaolin Soccer pun ada yang menggunakan telefon meninggalkan wasiat untuk menghadapi serangan dan percubaan lawan.

Semua kini telah jelas di mana aksi bermain telefon itu merupakan satu kempen terbaru dari Uber untuk meningkatkan kesedaran bahaya memandu sambil menggunakan telefon jimbit.

Atletico Paranaense telah merancang iklan itu dengan Syarikat berkongsi tunggangan, Uber tetapi perkara ini telah melanggar peraturan.

Satu idea pengiklanan yang agak bijak tetapi cara perlaksaan itu sangat ekstrem melibatkan situasi sebenar dan bagaimana pemain dan kelab bersetuju.

Sangat gila dan tidak masuk akal menggunakan telefon bimbit ketika perlawanan sebenar untuk satu pengiklanan yang jelas menyalahi peraturan bola sepak.

Kerana tindakan yang agak bertentangan dengan semangat kesukanan itu Santos Neto dan juga Pasukan Atlético Paranaense telah didapati bersalah.

Santos Neto dikenakan hukuman gantung satu perlawanan dan penggantungan dibuat ketika perlawanan menentang Virotia, kerana melanggar Artikel 258 mengikut undang-undang Sukan Brazil

“Pemain dilarang terbabit dalam apa-apa kelakuan yang bertentangan dengan disiplin atau etika kesukanan seperti yang termaktub dalam kod undang-undang.”

Pasukan Atlético Paranaense juga telah di denda 50,000 BRL kerana bersubahat dan terlibat dalam insiden ini yang tidak sepatutnya terjadi.

Kelab sepatutnya menghalang pemain daripada terlibat dengan kempen sebegini ketika perlawanan bukan menyokong.

Baca Juga

Baca Juga