Kisah Penyokong Manchester United Bertukar Menjadi Peminat Mira Filzah

Tanggal 13 ogos 2022 menyaksikan Manchester United telah mengalami kekalahan yang memalukan kepada Brentford dengan jaringan empat gol tanpa balas dan hampir kesemua gol itu terhasil dalam situasi yang sangat kelakar.

Kesemua gol kelakar ini terhasil di separuh masa pertama dalam tempoh 25 minit sahaja bermula di minit ke-10, 18, 30 dan 35. Punchline ada di mana-mana.

Sejarah tercipta apabila buat pertama kalinya Manchester United bolos empat gol di separuh masa pertama dalam saingan Premier League di tempat lawan.

Erik Ten Hag pula telah menjadi pengurus Manchester United pertama selepas era pasca perang mengalami dua kekalahan pertama dibawah kendaliannya.

Memakai jersi ketiga ketiga berwarna hijau pisang yang hampir sama dengan warna padang menyaksikan mereka mendap dan hilang di padang.

Satu kejutan besar dari Setan Merah, tiada harapan juara atau piala diletakkan kepada mereka namun tidaklah jadi seteruk ini, tewas tanpa melawan.

Apa jadi kepada penyokong mereka mana mereka nak sorok muka?

Penyokong Manchester United Bertukar Menjadi Peminat Mira Filzah?

Pada tahun 2019, selepas mencatatkan kemenangan penuh bergaya ke atas Astana di kejohanan Europa League pada musim itu, Manchester United kembali kepada prestasi asal dan bergelut menentang West Ham United lalu tewas akhirnya.

Tiada apa yang istimewa ditampilkan oleh Manchester United dalam perlawanan yang sepatutnya mudah bagi mereka untuk mencatatkan kemenangan dengan ketumpulan teruk Marcus Rashford. Tumpul.

Manuel Pellegrini menjadi pengurus pertama yang mencatatkan kemenangan ke atas 4 pengurus berbeza Manchester United, David Moyes, Jose Mourinho, Louis Van Gaal dan yang terkini ketika itu tidak lain dan tidak bukan, Ole Gunnar Solskjaer.

Andriy Yarmolenko dan Aaron Cresswell memastikan kemenangan penuh bergaya West Ham United ke atas Manchester United apabila masing-masing menjaringkan gol pada setiap separuh masa.

Pada malam kekalahan memalukan Manchester United itu juga telah berlangsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH) yang menyaksikan Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dengan 6,320,463 undian.

Kemenangan itu melayakkan Mira membawa pulang hadiah utama, kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid bernilai RM160,000, sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berserta trofi.

Mira Filzah juga turut menggondol anugerah Pelakon TV Wanita Popular, Pelakon Filem Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular sebelum dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular sepopular kekalahan Manchester United.

Ketika siarang langsung anugerah Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH)yang ke-32 hampir tamat satu sedutan video dipaparkan yang mana kedengaran peminat Mira Filzah menyanyi.

“Mira Mira Mira Filzah!”

Lantunan nyanyian itu mirip lagu Glory Glory Man United di telinga penulis. Kat telinga korang dan Abang Maliki macam mana?

Adakah penyokong Manchester United yang hilang selepas kekalahan kepada West Ham bertukar menjadi peminat Mira Filzah? Itukah mereka?

Biodata Mira Filzah

Jika benar penyokong Setan Merah telah bertukar menjadi peminat Mira Filzah. Penulis cuba berkongsi sedikit informasi mengenai bintang paling popular ini untuk memantapkan pengetuan asas mereka.

Nama : Nur Amirah Filzah binti Badioezaman
Tarikh Lahir : 2 April 1993
Umur : 29 Tahun
Pekerjaan : Pelakon, pengacara, model, usahawan
Tinggi : 1.62 m (5 ka 313⁄16 in)
Berat : 50 kg (110 lb; 7.9 st)
Pendidikan : jazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Hobi : Membaca The Sukan

Nur Amirah Filzah binti Badioezaman (lahir 2 April 1993) merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita Malaysia. Antara drama terkenal lakonan beliau adalah Eksperimen Cinta (2015), Cinta Si Wedding Planner (2016), Meh Sandar Pada Aku (2017), Pujaan Hati Kanda (2018-2019) dan Sweet Dreams (2019).

Beliau merupakan alumni SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan graduan jurusan perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA (UITM), Shah Alam. Di samping berlakon, beliau juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri, Mora Essential yang berkolaborasi dengan seorang lagi rakan kongsinya dan koleksi tudung jenamanya sendiri, MF Shawls.

Mira Filzah mula menceburkan diri di dalam bidang peragaan sejak berumur 17 tahun, sebelum beralih kepada bidang lakonan dengan debut drama televisyen pertamanya ialah Dunia Lola di mana beliau memegang watak utama sebagai Lola, sebuah program hijabista yang berkolaborasi bersama Syampu Sunsilk.

Selama 2 tahun Mira Filzah berehat bukan kerana ACL tetapi untuk fokus terhadap pelajarannya dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa di UiTM dan Mira membuat comeback menerusi drama Eksperimen Cinta yang ditunjangi Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad.

Memegang watak pembantu sebagai Suraya dalam Eksperimen Cinta dikatakan hidup dan mendapat perhatian peminat dan the rest is history.

Mira Filzah juga mempunyai sebuah lagu Single yang berduet dengan penyanyi Lagenda Hidup Aliff Aziz yang berjudul ‘Sandar Padaku’ untuk OST drama ‘ Meh, Sandar Pada Aku!’.

Baca Juga

Baca Juga