Kisah Rasmus Hojlund Dari Budak Di HUI Kepada Bintang Masa Hadapan Manchester United

Karier Rasmus Hojlund meningkat dengan cukup drastik.

Pemain yang baru diumumkan sebagai penyerang-tengah Manchester United itu tidak akan berusia 21 tahun sebelum Februari tahun depan tiba. Dia kini bakal bermain untuk kelab keempat dalam tempoh hanya 20 bulan.

Pada awal tahun lepas dia merupakan pemain gantian berusia 18 tahun yang sedang bergelut untuk memikat FC Copenhagen supaya memberinya masa bermain yang lebih konsisten.

Dalam perpindahan ini United berpotensi membayar pakej keseluruhan berjumlah €85 juta dimana ia bersamaan hampir €1 juta untuk setiap penampilan senior yang dibuat Hojlund dalam karier profesionalnya.

Malah tawaran awal sebanyak €75 juta menjadi perbelanjaan yang besar bagi seorang pemain muda. Hojlund menandatangani kontrak selama 5 musim dengan tambahan 1 musim lagi.

Ini ialah seorang pemain muda yang berpotensi besar ​​seperti yang ditunjukkan melalui peningkatan mendadaknya untuk menjadi terkenal seperti hari ini.

Hojlund bersama dua adiknya Emil dan Oscar mendapat latihan awal di HUI. Ketiga-tiganya begitu obses dengan bola sepak sehingga ayah mereka, Anders yang merupakan seorang tukang kayu mengubah suai ruang bawah tanah rumahnya untuk dijadikan tempat bermain bola sepak supaya mereka terus boleh bermain ketika hujan.

Bukan kerana ayahnya bimbang Hojlund basah kerana hujan malah Hojlund sebenarnya diberikan bakat renang yang besar. Dia cukup pantas apabila berada di dalam air dan sentiasa mengalahkan lawannya. Namun cintanya kepada bola sepak lebih tinggi dan dia memilih untuk bermain sukan ini.

HUI mempunyai kerjasama dengan kelab atasan, Brondby. Kelab itu juga mempunyai perjanjian dengan FC Copenhagen. Ia bermakna menyertai HUI adalah satu langkah permulaan yang biasa bagi mana-mana pemain kanak-kanak yang mahu bermain bola sepak. Selepas menyertai HUI, beberapa tahun kemudian Hojlund menyertai FC Copenhagen.

Potensi Hojlund mula dikeluarkan di bawah bimbingan jurulatih Hjalte Norregaard. Pada musim 2020-22 Hojlund menjaringkan 16 gol dalam 23 penampilan skuad B19. Dia kemudiannya diserap masuk ke skuad utama tetapi tidak diberi tempat terus.

Hojlund tampil 32 kali dalam skuad itu tetapi hanya 3 kali tersenarai dalam kesebelasan utama, kali pertama ketika menentang Aarhus pada Oktober 2020 dan yang terakhir 14 bulan selepas itu.

Dalam 791 minit permainan yang terkumpul tiada satu perlawanan pun Hojlund bermain selama 90 minit. Sesetengah orang berpendapat FC Copenhagen kurang memberi kepercayaan kepadanya.

Mereka yang terlibat atau rapat dengan Hojlund ketika dia masih remaja percaya pemain itu tidak diberi peluang yang cukup. Apabila Hojlund memilih untuk pergi ke Sturm Graz ia adalah satu keputusan yang tidak mengejutkan.

Sturm Graz membelinya pada harga £1.7 juta dan FC Copenhagen menerima lagi wang sebanyak £400 ribu apabila Hojlund berpindah ke Atalanta. Anders ketika ditanya adakah anaknya mendapat cukup peluang di kelab terbaik Denmark, tanpa berbelah bahagi dia menjawab dia tidak merasakan begitu.

Jika Hojlund mahu membuktikan sesuatu kepada Copenhagen, dia telah membuktikannya dalam tempoh hanya 7 bulan – keluar dari Copenhagen menyertai Sturm Graz kemudiannya Atalanta.

Ramai orang di Sturm Graz begitu teruja untuk melihat Hojlund, pemain terbaharu dibeli oleh kelab itu. Gerhard Roth seorang penulis, penyokong dan invidu yanh duduk dalam bilik lembaga kelab juga tidak terkecuali.

Walaupun ketika Roth sedang mengalami sakit yang teruk dan terlantar di hospital, dia masih berbalas-balas mesej dengan individu kelab dan memeriksa berita-berita mengenai Hojlund. ‘Saya menantikan Hojlund, Hellhound’ salah satu mesejnya kepada presiden kelab, Christian Jauk.

Roth tidak sempat menonton Hojlund bermain untuk kelab itu. Dia meninggal dunia pada usia 79 tahun, empat hari sebelum pemain Denmark itu membuat penampilan sulung disana. Mereka memberi tanda hormat kepada Roth dengan berkabung selama seminit dalam perlawanan itu.

Dalam perlawanan menentang Rapid Vienna, Hojlund menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-6 dan ia adalah gol ke-3 dari empat gol dalam 3 penampilan pertamanya, permulaan hidup yang menggembirakan untuk Hojlund di bandar kedua terbesar Austria yang membantu nama panggilan baharu itu kekal.

“The hellhound sudah berasa seperti di rumah”, tajuk utama Kronen Zeitung selepas Hojlund menjaringkan dua gol pada penampilan sulungnya ketika seri 2-2 menentang WSG Tirol. Kronen merupakan sebuah akhbar terkemuka Austria.

Persembahan Hojlund pada hari itu juga meninggalkan kesan kepada salah seorang lawannya. “Dia akan bernilai untuk setiap sen,” kata pertahanan Tirol, Raffael Behounek. “Dia benar-benar sebuah mesin.”

Jika dibandingkan dengan yuran dibayar oleh United, yuran yang dibayar oleh Sturm Graz mungkin cukup kecil tetapi ia merupakan pembelian paling mahal bagi seorang pemain berusia B20 oleh kelab itu.

Dia adalah contoh strategi pengambilan paling berjaya yang tertumpu kepada membawa masuk bakat muda yang kurang dihargai dan mengubah mereka untuk mendapatkan keuntungan besar.

“Saya masih ingat mendapat nama itu daripada ketua scout saya di WhatsApp, dengan sedikit mesej bahawa pemain ini menarik dan mempunyai sesuatu yang istimewa,” kata pengarah sukan Andreas Schicker.

“Sebagai pemain kami mencari apa yang ada dalam dirinya. Sebuah permata mentah tetapi kami melihat kepantasannya, cara dia menyerang ruang dibelakang garisan dan dia juga mempunyai fizikal cukup baik walaupun usianya masih muda. Dia seorang lelaki hebat. Dia benar-benar hidup untuk menjaringkan gol.”

Sturm Graz membuat panggilan kepada agensi Hojlund untuk menyatakan minatnya dan satu mesyuarat melalui Zoom diatur melibatkan Hojlund dan keluarganya.

“Proses tersebut mengambil sedikit masa,” Schicker mengakui.

“Kami cuba meyakinkannya tentang projek kami adalah satu langkah yang baik dalam kariernya. Ia tidak mudah. Ia memerlukan perbincangan dengan dia dan ahli keluarganya kerana bukan mudah sebagai seorang budak lelaki berusia 18 tahun untuk meninggalkan rumahnya buat kali pertama. Tetapi syukur lah kami dapat meyakinkannya.”

Ketika dia berada di Graz, dorongan, etika kerja dan keyakinan diri Hojlund jelas kelihatan.

“Dia bukan seorang yang pendiam. Dia sudah tiba dengan harga diri yang cukup baik dengan cara yang positif,” kata Schicker.

“Dia tidak sombong dan dia mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Untuk menjadi pemain istimewa, anda perlu memiliki keistimewaan dari segi personaliti.”

Hojlund tiba di Sturm Graz sebagai pengganti kepada Kelvin Yeboah. Pada musim sebelumnya Yeboah menjaringkan 20 gol dalam 25 perlawanan untuk Sturm dan ia menjadi sebab kenapa kelab dari Itali, Genoa datang membelinya.

Kemudian giliran Hojlund pula manarik minat Atalanta, juga kelab dari Itali. Tempat Hojlund diisi oleh Emanuel Emegha yang kemudiannya berpindah ke Strasbourg, kelab dimiliki oleh Clearlake Capital (60%) yang juga memiliki Chelsea.

Pada hari ini Sturm berharap Szymon Wlodarczyk, pemain berusia 20 tahun yang dari Gornik Zabrze akan menjadi kisah satu lagi kisah kejayaan mereka. Hatrik dalam penampilan sulung pada bulan lalu memberi satu petanda yang baik.

Dari sudut pendapatan hasil menjual pemain Hojlund merupakan eksport Schicker yang paling berjaya, mungkin terlalu berjaya memandangkan dia telah dijual dalam tempoh 7 bulan.

“Sejujurnya, itu bukan rancangan asalnya, sejujurnya. Tetapi ia satu langkah tepat untuk dia pergi ke Atalanta dan keadaan sekarang menjadi bukti.” Schicker ketawa

Sturm memperoleh €3 juta daripada perpindahan Hojlund ke United setelah memasukkan klausa sell on dalam perpindahannya ke Atalanta dengan harga  €17 juta.

Atalanta membuat tawaran di mana ia sukar ditolak oleh kami sebagai sebuah kelab — harga Hojlund 3 kali ganda dari nilai perpindahan Yeboah ke Genoa.

Bagi Schicker yang mengetuai pembelian Hojlund di Sturm tidak terkejut dengan berita United membeli pemain itu pada harga luar biasa.

“Dia mempunyai masa depan yang hebat pada peringkat tertinggi Eropah di hadapannya,” tambah Schicker.

“Pemikiran, keperibadian dan kemahirannya, dengan semua kepantasan, kehandalan, kedalaman, kekuatan dan kualitinya sebelum menjaringkan gol, menjadikannya pakej yang lengkap.”

Kredit ini perlu diberikan kepada Sturm kerana kelab itu telah menjadi salah satu rantaian makanan kepada kelab besar. Hojlund muncul sebagai pemain ke-6 paling mahal dalam sejarah Atalanta.

Sama seperti Sturm, Atalanta juga dipuji kerana kebijaksanaannya dalam pembelian pemain malah mereka juga muncul sebagai pasukan kompetitif di Serie A.

Namun kegagalan Atalanta untuk melayakkan diri ke pertandingan Eropah selepas hanya menamatkan saingan liga di tempat kelapan pada 2021-22 bermakna mereka perlu bermula sekali lagi.

Penyerang utama Atalanta, Duvan Zapata telah menangguhkan permulaan Hojlund dalam pasukan itu. Hanya selepas kejohanan Piala Dunia, Hojlund mula memantapkan dirinya menjaringkan gol dalam empat perlawanan berturut-turut.

Apa yang berlaku sebelum rembatan, terus ke kaki penjaga gol Lazio, Ivan Provedel pada 11 Februari telah menarik perhatian — selepas pecutan pantas dari tepi kawasan penaltinya sendiri yang meninggalkan Patric Gil di belakangnya.

Hojlund menolak bola melepasi Elseid Hysaj seolah-olah dia tidak berada di sana, kemudian dia menewaskan Luis Alberto melalui larian sejauh 80 ela dalam masa lapan saat.

Ketika di HUI, Hojlund mungkin tidak terkenal dengan kepantasan namun lama kelamaan ia menjadi satu senjata utamanya untuk memusnahkan pihak lawan.

“Secara teknikal, dia sentiasa menunjukkan kepada kami perkara yang berbeza,” kata Gasperini dalam percanggahan pendapat dengan individu di Copenhagen yang ragu-ragu dengan bakat Hojlund.

Dedikasi pemain untuk meningkatkan dirinya tidak boleh dipandang ringan dan Gasperini menambah: “Rasmus sentiasa memberikan yang terbaik. Ada masanya saya terpaksa menahannya.”

Atalanta sentiasa sedar apabila penyerang muda seperti Hojlund muncul, kelab terkemuka Eropah akan muncul mengejar. Selepas jaringan hatrik menentang Finland pada kelayakan Euro 2024 Mac dan 2 gol lagi ketika menentang Kazakhstan, Gasperini merasakan Hojlund sedikit lupa diri.

“Khabar angin itu sedikit telah memalingkan mukanya dan pujian itu memukaunya,” katanya.

2 gol dalam 9 perlawanan terakhirnya di Atalanta, selepas 7 dalam 14 perlawanan menjelang rehat antarabangsa pada Mac menyokong hipotesis Gasperini.

“Dia perlu belajar bagaimana mengendalikan mereka dan pantas. Dia masih muda dan tidak fikir dia tidak boleh merasakan tidak  ada apa-apa lagi yang perlu dipelajari.”e

Teguran itu datang bersama rasa hormat kepada potensi Hojlund.

“Tangga yang dia pijak adalah tidak mempunyai hujung,” tambah Gasperini.

Dan kini ia telah membawa dirinya ke Old Trafford.

Tiga perpindahan Hojlund sepanjang kariernya bernilai €100 juta. Kebiasaanya ia menjadi satu rahmat kepada sebuah kelab seperti HUI, kelab pertama membinanya yang sepatutnya boleh menerima bayaran solidariti. Namun Hojlund keluar dari kelab itu pada usia terlalu muda. Jika dia kekal disana sehingga usia 13 tahun, HUI boleh mendapatkan sedikit wang dari perpindahannya.

“Sejenis bayaran pampasan… ia boleh mengubah hidup kelab,” kata Mouroux

“Tanpa ragu-ragu ia adalah satu rasa kasihan kepada pihak kami, ia adalah perkara memalukan tetapi saya mengatakannya dengan rasa rendah diri dan positif.”

“Tidak ada perasaan negatif kepada sesiapa pun,” tegasnya. “Bagi Rasmus, ia adalah masa yang sesuai untuk pergi.”

Dua adik lelaki Hojlund iaitu Emil dan Oscar, telah mengikut jejaknya dan kini berada di akademi FC Copenhagen.

“Jika anda bertanya kepada saya, mereka juga mempunyai potensi besar seperti Rasmus,” kata Mouroux. Mereka berdua bermain di HUI sehingga peringkat bawah 14 tahun.

Ibu bapa Hojlund masih tinggal di Horsholm dan pemain itu kerap kelihatan di sana. Hojlund masih melawat HUI dan menggunakan kemudahan kelab itu untuk sesi latihan individu.

“Dia akan berada di sini pada cuti akhir musim,” kata Mouroux. “Dia berjalan di jalanan dan kanak-kanak akan melambai kepadanya.”

Hojlund merupakan contoh teladan di sekolah Horsholm yang mementingkan sukan dimana cerita ini bermula. Setiap kali Hojlund kembali kesana, hanya ada satu lagi keterujaan iaitu ke mana kisah seterusnya.

BACA:  Manchester United Dan Alexis Sanchez Sah Telah Berpisah