Kisah Sebenar Messi Maki Weghorst Bodoh Akhirnya Didedahkan

Kisah sebenar apa yang terjadi dalam insiden penuh kontroversi sehingga Lionel Messi memaki Wout Weghorst ketika sedang ditemuramah akhirnya telah didedahkan jalan ceritanya.

Ketika ditemuramah secara eksklusif bersama TyC Sports, Lionel Messi telah terlibat dalam pertikaman lidah dengan pemain Belanda, Wout Weghorst yang merupakan penjaring dua gol Belanda.

“Kau Tengok Apa Bodoh? Kau Tengok Apa Bodoh?” Maki Messi berulang kali.

“Berambus!”

Pendedahan kisah sebenar ini dibuat oleh seorang wartawan TyC Sports Esteban Edul yang turut berada di tempat kejadian untuk temuramah bersama Lionel Messi ketika makian bertalu-talu itu dilepaskan.

Esteban Edul yang merupakan saksi kejadian menyatakan bahawa kemarahan Lionel Messi adalah berpunca dari sepakan penalti di mana Lautaro Martinez telah menerima provokasi oleh pemain Belanda.

“Selepas perlawanan, mereka semua bertengkar di bilik persalinan, bukan hanya Messi.” katanya kepada akhbar Argentina, Ole. Aduh, Ole jadi surat khabar pulak dah.

“[Virgil] Van Dijk bertengkar dengan [Nicolas] Otamendi. Ia kelihatan seperti Lanus-Banfield atau Newel’s-Central, tetapi pertengkarang mereke lebih lebih hebat kerana mereka adalah bintang dunia.|”

“Kebanyakan kemarahan Messi adalah mengenai penentuan sepakan penalti, apabila Belanda mengganggu Argentina. Pemain nombor 19 [Wout Weghorst] sedang menunggu di terowong.”

Menurut Edul, pertengkaran mulut antara Lionel Messi dan Wout Weghorst berlaku lebih awal sebelum wawancaranya dengan legenda Barcelona itu dan makian bodoh itu hampir ke penghujung pertengkaran.

Esteban Edul juga terpaksa campur tangan dengan kata-kata nasihat untuk menghentikan Messi sekiranya penyerang Argentina yang tengah panas itu berkata sesuatu yang dia mungkin akan menyesal kemudian.

Sambung Esteban Edullagi dengan mendakwa bahawa Weghorst telah mendekati Messi dengan satu permintaan yang menyentuh hati untuk mendapatkan bajunya, tetapi pada ketika itu pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu mula “memanaskan badan” untuk satu siri makian.

Esteban Edul mendakwa Wout Weghorst, yang dipinjamkan ke kelab Turki, Besiktas, “tidak faham” malah “berhenti” manakala Messi “memaki” dia.

“Dia [Weghorst] mendekati Messi dan meminta bajunya. Dari situlah Leo mula panas kepala.” jelas Edul.

“Pemain Belanda itu tidak faham, dia berhenti dan Messi memakinya. Messi lebih banyak memaki Weghorst sebelum permulaan temuramah itu dan ketika temuramah Messi lebih tenang sedikit.

“Dia sangat marah dan tidak memandang saya atau mendengar soalan saya. Saya bertanya kepadanya tentang hantaran yang luar biasa untuk [Nahuel] Molina dan dia memberitahu saya tentang [Louis] Van Gaal, FIFA... Saya tidak boleh bertanya kepadanya.”

Lain ditanya lain yang dijawab maka Esteban Edul mungkin bengang nak marah tapi kena sabar, nak marah tapi kena sabar lalu menasihati Messi supaya diam.

Ternyata Esteban Edul sayangkan Messi dan tidak mahu cacian dan kata-kata penuh amarah Messi yang dirakam akan menjadi lebih buruk dan merosakkan reputasi pemain legenda hidup itu.

“Pada satu ketika, semasa kami ke udara, saya berkata kepadanya, ‘Diam, Leo,’ kerana terdapat ramai orang dari FIFA dan anda tidak pernah tahu apa yang boleh berlaku. Ia adalah kenangan yang akan kekal selama-lamanya.”

Sebelum Wout Weghorst dihalau oleh Messi, pemain Belanda itu juga telah bertikam lidah dengan bekas pemain Argentina, Sergio Aguero.

Entah siapa yang salah ku tak tahu, korang tahu? Niat Weghorst untuk meminta jersi Messi itu tidak salah tapi sangat tidak kena pada tempat dan situasinya.

Kepanasan lit-lit tercetus selepas tamat perlawanan lepas tu pergi minta jersi dalam terowong yang dipenuhi warga Argentina pula. Mesti orang ingat kau datang nak cari pasal.

BACA:  Messi Bengang Dengan Pochettino Kerana Mengeluarkan Beliau