Kisah Seorang ‘Prankster’ Yang Berjaya Masuk Ke Dalam Stadium Walaupun Tidak Memiliki Tiket

Seorang ‘prankster’ Youtube bernama Zac Alsop mengejutkan banyak pihak apabila beliau berjaya masuk ke dalam gelanggang ketika pertarungan tinju di antara Anthony Joshua dan Joseph Parker pada Ogos tahun 2018.

Alsop berjaya melepasi kawalan keselamatan stadium untuk menonton perlawanan tinju tersebut di tempat duduk VIP. Beliau tidak mempunyai sebarang tiket dan hanya menggunakan pas masuk stadium yang palsu untuk memperdayakan pengawal keselamatan.

Zac Alsop, prankter yang mencipta nama dengan menghadiri acara besar menggunakan pass palsu.

Alsop dengan muka penuh confident masuk ke dalam gelanggang tinju ketika Joshua meraikan kemenangannya ke atas Parker. Beliau juga sempat mengambil beberapa keping gambar ketika berada di dalam gelanggang.

Dalam satu video yang dimuat naik di channel Youtube miliknya, Alsop menerangkan satu persatu bagaimana beliau berjaya memperdayakan banyak pihak sehingga mampu masuk ke dalam gelanggang tinju.

Segalanya bermula dengan sekeping gambar selfie pengulas Sky Sports, Jonny Nelson dan Adam Smith. Dalam gambar tersebut,  Smith dilihat menggantung ‘ringside pass’ di badannya.

Pas masuk palsu Alsop yang dibuat dengan bantuan Photoshop

Dengan menggunakan skill photoshop, Alsop berjaya mencipta kembali pass tersebut sehingga kelihatan seperti yang asli. Alsop  juga ‘melaminate’ pass tersebut bagi menampakkan ia lebih asli dan rasmi.

Selepas itu, beliau pergi ke Cardiff untuk mencuba nasib bagi menonton pertarungan tinju tersebut bersama 78,000 peminat yang telah membeli tiket.

Dengan menggunakan kamera tersembunyi, Alsop merakam perjalanan masuk beliau ke dalam stadium sehingga berjaya duduk di tepi gelanggang.

Tiu dia,.. sampai masuk tv

Perkara paling menakjubkan adalah Alsop berjaya masuk ke dalam gelanggang tinju dan berada berhampiran dengan Joshua ketika juara dunia itu mencabar Deontay Wilder supaya bertarung dengannya.

Tetapi apa yang lebih menakjubkan adalah ini bukan kali pertama Alsop berjaya menyusup masuk ke dalam acara besar tanpa mempunyai tiket rasmi.

Memang suka cari pasal mamat ni hahaha

Jadi kepada mana-mana peminat yang berani dan tidak mempunyai tiket untuk menonton perlawanan akhir Piala AFF Suzuki malam ini di SNBJ, paham-paham sendirilah. Kalau orang putih pon kena tipu, apatah lagi Malaysia…

Pada Ogos tahun 2017, beliau berjaya menyelinap masuk ke dalam backstage stadium bagi sidang media pertarungan tinju di antara Connor McGregor dan Floyd Mayweather. Beliau juga sempat berjalan bersama McGregor ketika petarung tersebut naik ke pentas.

BACA:  Kisah Roy Hodgson Jadi Punca Roberto Carlos Tinggalkan Inter Milan