Kisah Tawaduk Kante Setia Memandu Mini Cooper Walaupun Terlibat Dengan Kemalangan

Kisah pemain tengah kental, N’golo Kante sangat terkenal dengan sifat pemalu dan sungguh rendah diri dengan setia memandu Mini Cooper kesayangan beliau walaupun selepas terlibat dalam kemalangan.

Jika diperhatikan apabila menjadi tular kisah N’Golo Kante di dada media masakini sudah pasti akan dikaitkan dengan aksi kentalnya dipadang, sifat pemalu dan kisah Kante bersama Mini Cooper yang menjadi tunggangannya.

Cerita tidak enak mengenai Kante tidak diperkatakan oleh media mungkin kerana sifat rendah diri yang ada pada beliau yang sentiasa berserderhana dalam semua perkara termasuk ketika memenangi Piala Dunia.

Semua ini jelas terpancar selepas Perancis menjulang Piala Dunia dan semasa semua pemain bergilir bergambar dengan trofi itu untuk dijadikan kenangan paling indah dalam hidup sebagai pemain bola sepak, Kante termanggu kesepian.

Mujurlah kerendahan hati dan kemuliaan akhlak Kante itu disedari oleh lalu N’Zonzi meminta pemain Perancis yang lain supaya memberi peluang kepada Kante menjulang Piala keagungan bola sepak itu.

Akhirnya Kante dapat memegang trofi dan disemadikan dalam kamera digital lalu dimuat naik ke atas talian untuk tatapan kau, aku dan dia.

Bedasarkan satu laporan Kante ‘Terlalu malu untuk meminta dan tidak mahu mendesak rakan yang lain’ tatkala semua pemain Perancis bergaya sakan dengan trofi teragung itu. Allahu.

Menang Piala Dunia kot, kejohanan bola sepak paling agung di muka bumi yang menjadi tontonan seluruh dunia setiap empat tahun.

Kisah Kante dan Mini Cooper

N’Golo Kante merupakan seorang pemain bola sepak Perancis yang pada awal kariernya beraksi bersama pasukan divisyen 9 Perancis, Suresnes yang merupakan sebuah kelab amatur.

Kante seorang pemain tengah bertahan yang agak misteri telah dibeli Leicester City daripada Caen dengan perjanjian perpindahan bernilai £5.6 juta sahaja dengan gaji £39,000 seminggu.

Nama Kante mula meniti bibir peminat bola sepak dunia pada tahun 2015 apabila Leicester City mencatatkan kisah dongeng bola sepak apabila muncul juara Premier League pada musim 2015/16.

Selepas menyertai Leicester City dengan gaji agak tinggi, N’golo Kante tidak pernah terfikir untuk memiliki sebuah kenderaan untuk menjadi tunggangannya seharian ke tempat latihan.

Perkara ini didedahkan oleh Daniel Taylor dari The Guardian selepas berborak dengan rakan sepasukan Kante pada tahun 2017.

“Ramai beranggapan Kante memilih Mini Cooper kerana mudah dikendalikan berbanding mesin super yang digunakan oleh rakan-rakan yang lain.”

“Bahkan ketika mula tiba di Leicester City Kante tidak pasti adakah beliau perlukan sebuah kenderaan beroda.”

“Mungkin pada ketika itu, Kante berfikir akan berlari untuk sesi latihan setiap hari dan perkara ini bukan selalu terjadi di Premier League.”

Kante telah memilih Mini Cooper yang comel seperti beliau berbanding kereta mewah yang lain seperti Porsche, Ferrari, Myvi atau jenama mewah yang lain.

Harga sebiji Mini Cooper di Englad adalah sekitar £25,000(RM137,000) bagi unit yang baru, tak termasuk modifikasi bumper dan lampu untuk menjadikan kereta ini kelihatan seperti Perodua Kelisa.
.
Dengan gaji £39,000 seminggu atau hampir £160,000 Kante mampu untuk memiliki kereta mewah pada ketika itu.

Mini Cooper Kante Kemalangan

Hanya satu musim sahaja N’Golo Kante bersama Leicester City yang mencipta kejutan sensasi menjuarai Premier League dan Kante menarik minat Antonio Conte lalu terus disambar Chelsea.

Gaji Kante bersama Chelsea berlipat kali ganda dan melebihi £100,000 seminggu dan mampu membeli 5-6 buah Mini Cooper baru dengan gajinya itu namun Mini Cooper lama masih setia digunakan.

Pada Januari 2018, Mini Cooper kesayangan N’Golo Kante telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mengalami kerosakan agak teruk dibahagian luaran.

Kante memandu ke Stamford Bridge ketika perlawanan Chelsea menentang Arsenal di saingan Carabao Cup dan kemalang terjadi di King Road.

Bahagian depan sebelah tayar kiri telah calar balar dan kemik dicium lori, manakala cermin sisi pula terkulai layu namun Kante tenang dan sempat melayan selfie bersama peminat.

Sehari kemudian, paparazi telah berjaya menangkap gambar Kante ke sesi latihan dengan mini cooper yang mengalami kemalangan sehari sebelum itu.

Sedikit rawatan diberikan Kante kepada mini cooper beliau dengan menyambung balik cermin sisi yang patah dengan pita pelekat.

Itulah sifat tawaduk Kante yang tidak perlukan kereta mewah dan memahami fungsi sebenar kenderaan yang hanya mampu membawa beliau dari titik A ke titik B.

Perkara ini di akui sendiri oleh Kante yang menyifatkan beliau bukan seorang pencinta kereta dan tiada impian untuk berkereta mewah.

“Aku tidak pernah menjadi seseorang yang sukakan kereta dan ketika aku masih muda aku tidak pernah bercita-cita memiliki kereta atau sesuatu seperti itu.”

“Tapi mini aku, untuk permulaan sangat bagus untuk belajar dengan tempat duduk pemandu di sebelah kiri. Aku dapat masa kat Leicester dan aku masih guna sekarang. Ia sangat bagus.”

Kini di tahun 2021 tidak pasti Kante telah membeli kenderaan kedua beliau atau tidak, mungkin Kante ada terbaca status sifu media sosial yang berkata tidak guna kalau berkereta mewah tapi tinggal rumah sewa.

Ke tu lirik lagu?

BACA:  Iniesta Namakan Pemain Yang Beliau Ingin Main Bersama