Kisah Tragik Van Dijk Diambang Maut Dan Telah Pun Membuat Wasiat

Virgil Van Dijk telah menyertai FC Groningen dari Willem II pada 2010. Membuat 62 penampilan bersama Groningen sebelum menyertai Celtic pada 2013. Virgil Van Dijk mempunyai kualiti yang hebat tetapi apa yang mengejutkan pemain ini hanya mampu menarik minat Celtic berbanding pasukan gergasi lain.

Pemain ini bersinar di Celtic sebelum berpindah ke Southampton. Virgil Van Dijk menjadi buruan Liverpool pada beberapa jendela perpindahan tetapi tidak kesampaian. Akhirnya kasih dan sayang Van Dijk dan Liverpool bertaut.

Impak segera diberikan Van Dijk usai menyertai Liverpool. Aura Van Dijk juga membolehkan sesiapa yang bergandingan dengan beliau di Liverpool mempamerkan aksi terbaik.

Potensi sebenar yang ada pada Van Dijk mula digilap ketika bersama FC Groningen. FC Groningen bukanlah sebuah kelab yang berjaya, mereka memenangi Liga Divisyen Dua Belanda sebanyak dua kali pada 80-an.

FC Groningen – Celtic – Soton – Liverpool

Mereka juga membuat kejutan pada tahun 2015 apabila menjuarai KNVB Cup dan itulah sahaja kejutan besar yang mampu mereka lakukan, kebanyakan perlawanan FC Groningen yang selalu terkejut.

FC Groningen ini terkenal dalam mengembangkan bakat muda melalui sistem pembangunan pemain muda mereka. Kelab ini juga menjadi tempat untuk para pemain muda dari pasukan atasan menggilap bakat mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Selalunya pemain kelab atasan liga datang sebagai pemain pinjaman sebagai tempat pemulihan. Apabila pemain ini sudah power mereka akan kembali ke kelab asal dan kebiasaannya pemain ini akan disambar oleh kelab gergasi Eropah.

Ketika beraksi di FC Groningen pada tahun 2012 satu kejadian yang sangat tragik serta getir menimpa Van Dijk yang meletakkan situasinya pada ketika diambang maut serta hanya menghitung menunggu mati.

Sebab pengalaman lama menyebabkan Van Dijk mampu menenangkan pengadil yang kematian ibu.

Peristiwa besar yang menimpa Van Dijk ini telah didedahkan oleh salah seorang bekas jurulatih pasukan simpanan FC Groningen, Dick Lukkien.

“Virgil telah jatuh sakit, tetapi kami tidak tahu betapa teruk penyakit yang dialami. Pada awalnya kami menyangkan beliau hanya mengalami selsema.”

“Belia pulang ke rumah untuk beberapa hari dan mengalami kesakitan yang teruk. Beliau pergi ke hospital tempatan dan tiada apa yang pelik. Jadi kami hantar beliau pulang kembali.”

“Kesakitan yang dialami semakin teruk dan ibunya telah datang untuk berjumpa beliau. Ibu Virgil sedar betapa teruk situasi anaknya itu.”

“Ibunya membawa beliau ke hospital yang lain dan keadaannya semakin genting.”

Dick Lukkien kini merupakan pengurus FC Emmen

Pada ketika itu, Van Dijk telah dikenal pasti menderita kesakitan akibat appendicitis, peritonitis dan jangkitan buah pinggang yang memaksa pembedahan terus dilakukan ke atas Van Dijk.

Pemain pertahanan tengah kental itu telah terlepas selama 2 bulan di penghujung musim sebelum kembali ke pasukan utama untuk musim baharu. Cemerlang bermain dalam 32 perlawanan, Van Dijk berpindah ke Celtic pada musim panas.

Dick Lukkien nyata terkejut dengan keadaan fizikal Van Dijk selepas kembali sihat. Lelaki sado seperti Zul Ariffin telah bertukar menjadi halus seperti Sajat.

“Aku terkejut. Bila Van Dijk kembali ke kelab beliau telah bertukar dari seorang gergasi kepada lelaki yang kelihatan seperti mengecut. Nasib baik Van Dijk mampu pulih dengan cepat.”

Dipuncak kerjaya bersama Liverpool

Van Dijk sendiri telah menceritakan betapa ngeri keadaannya selepas pembedahan pada 2012. Pada ketika itu Van Dijk sudah bersedia menghitung menunggu mati dan merancang jika sesuatu buruk terjadi.

“Aku masih ingat ketika aku terbaring di katil. Benda yang aku dapat lihat adalah tiub yang berselirat menyaluti tubuh aku. Badan aku sudah rosak dan aku tak mampu berbuat apa-apa.”

“Pada saat itu hanya akibat dan kesudahan yang buruk saja yang berlegar di benak fikiran aku.”

Van Dijk juga telah membuat wasiat sebagai jaminan masa depan ibunya jika beliau sudah tiada.

“Nyawa aku dihujung tanduk. Mak aku dan aku hanya mampu berdoa dan berbicara kemungkinan yang bakal terjadi. Pada satu tahap aku telah menandatangan beberapa dokumen yang berupa surat wasiat.”

“Jika aku mati, sebahagian dari wang aku akan menjadi milik ibu. Sudah pasti, tiada siapa pun yang mahu berbicara mengenai perkara ini tetapi kami terpaksa lakukan.”

“Namun perkara ini telah berlalu.”

Betapa kasih dan sayang Van Dijk kepada ibunya.

Sumber : Liverpool Echo

Baca Juga

Baca Juga