Klopp: 4 Teratas Pencapaian Baik Buat Liverpool

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya menghabiskan musim di kedudukan 4 teratas Liga Perdana Inggeris musim ini boleh dikira sebagai pencapaian yang baik buat Liverpool.

Walaupun Klopp pada asalnya meletakkan sasaran untuk memenangi kejuaraan liga musim ini, beliau mengakui impian tersebut sudah berada di luar kemampuan pasukannya sambil menambah mengakhiri musim pada kedudukan Top 4 boleh dianggap sebagai satu kejayaan.

Top 4 is a success, laung Klopp

The Reds kini berada di kedudukan ketiga liga selepas 25 perlawanan dengan mengutip 50 mata. Mereka hanya dipisahkan 3 mata dengan seteru utama, Manchester United yang berada di kedudukan kedua. Chelsea berkongsi mata dengan Liverpool dan menduduki tangga keempat.

Lawan mereka hujung minggu ini, Tottenham Hotspurs pula berada di kedudukan ke-5 dengan ketinggalan 2 mata di belakang Liverpool. Dengan Manchester City unggul berada di persada liga, harapan Liverpool untuk memenangi piala musim ini hanya tinggal Liga Juara-Juara sahaja dimana mereka bakal berdepan Porto dalam pusingan 16 terakhir bulan ini.

Klopp dipetik berkata andai pasukannya mampu meraih kedudukan 4 teratas musim ini, ia sudah dianggap sebagai satu kejayaan kepada Liverpool.

Matlamat asal nk menang liga tapi apakan daya. But it’s ok, next year is our year !

“Apabila kami memulakan musim, sudah tentu kami bermimpi untuk memenangi sesuatu. Kami juga perlu memikirkan sasaran yang realistik buat pasukan ini.”

“Saya rasa untuk menjadi juara adalah impian kami satu pasukan. Tambahan pula saya berada di Liverpool [yang sudah lama tidak memenangi liga]. Akan tetapi, prestasi cemerlang Manchester City membuatkan keadaan menjadi mustahil buat kami.”

“Jika kami tidak mampu mencapai kedudukan pertama, saya lebih suka untuk berada di kedudukan kedua. Akan tetapi jika kami berada di kedudukan ke-2, 3, atau 4 pada peghujung musim, ketiga-tiga kedudukan ini sudah cukup bagus kerana ianya sukar untuk diperolehi.”

Ayuh gelakkan Arsenal hahahaha

“Semua pihak beranggapan Arsenal sudah terkeluar tetapi mereka sebenarnya berpeluang lagi meraih kedudukan empat teratas. Jika minggu itu kami kalah dan Arsenal menang, mereka hanya 5 mata dipisahkan dengan kami.”

“Tottenham juga bersaing untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara jadi sudah tentu menduduki 4 teratas musim ini merupakan kejayaan juga buat mereka.”

Liverpool bakal melayan kunjungan Tottenham Hotspurs di Anfield hujung minggu ini dalam pertemuan penting bagi persaingan merebut slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

BACA:  Klopp: Liverpool Tidak Risau Jika Napoli Berjaya Jaringkan Gol Awal