Jurgen Klopp ternyata masih koyak dan sakit hati dengan pengadil dan VAR. Di mana gol Luis Diaz dibatalkan dengan cara kejam dan tiada perikemanusiaan.
Di manakah keadilan dalam sukan bola sepak yang dianggap permainan indah atau beautiful game kata orang sebelah Kodiang.
Liverpool kalah dengan penuh kejam dalam aksi di Stadium Tottenham. Dengan pemain yang pernah dikaitkan dengan hubungan cinta dengan Jisoo Blackpink, Son Heung Min membuka tirai jaringan hanya beberapa minit selepas gol Diaz dibatalkan.
PGMOL ataupun Papagomo cawangan England telah meminta maaf seikhlas hati kepada Liverpool kerana kesilapan manusia dalam pengendalian kes tersebut.
Cody Gakpo sempat memberikan harapan palsu kepada peminat Liverpool dengan gol penyamaan minit akhir separuh masa pertama. Namun Joel Matip menampan bola ke gawang sendiri pada masa kecederaan akhirnya Liverpool pun kalah. Hmmm…
Klopp berkata: “Satu satunya penyelesaian kepada isu ini ialah rematch / perlawanan semula. Namun saya tak fikir itu boleh berlaku kerana tak pernah berlaku sebelum ini.”
“Perdebatan ini akan berterusan jika berlaku rematch dan ia membuka pintu kepada yang lain pun menuntut.”
🚨 Klopp: “I think the only outcome for Tottenham-Liverpool game should be a replay”.
“It probably won't happen. I think it is so unprecedented it didn't happen before”. pic.twitter.com/bEICrcaaO9
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 4, 2023
Klopp dan Liverpool kini dalam persediaan untuk aksi Liga Europa yang sudah diketahui juaranya adalah Manchester United.
Liverpool sebelum ini sudah mengeluarkan kenyataan mengecam pengadilan dan VAR.
Liverpool bertindak mengeluarkan satu kenyataan tegas berkenaan keputusan pengadilan dalam perlawanan pada hujung minggu lalu dan turut menuduh PGMOL berkompromi dengan integriti kesukanan.
Kelab berpengkalan di Anfield itu berang apabila jaringan Luis Diaz dalam perlawanan menentang Tottenham yang berkesudahan dengan kekalahan 2-1 pada hujung minggu lalku dibatalkan.
Liverpool melalui kenyataannya berkata pihak kelab akan menilai dan menggunakan semua pilihan yang ada untuk menentang kezaliman berkaitan teknologi bantuan pengadil (VAR) yang dianggap gagal berfungsi sebagaimana sepatutnya.
Pada ketika ini masih terlampau awal untuk berkata Liverpool turut akan menggunakan saluran perundangan untuk memperjuangkan kes tersebut.
Liverpool Football Club acknowledges PGMOL’s admission of their failures last night.
It is clear that the correct application of the laws of the game did not occur, resulting in sporting integrity being undermined.
— Liverpool FC (@LFC) October 1, 2023
Kem Liverpool turut dipercayai marah dengan peranan Darren England – pengadil VAR dalam perlawanan tersebut – yang menjadi punca utama jaringan Diaz yang jelas sah dibatalkan kerana offside.
Kualiti pengadilan sedemikian tidak boleh diterima sama sekali.
Isu yang cuba dipertengahkan oleh Liverpool bukan sahaja mengenai keputusan pengadil pada hujung minggu lalu, tetapi turut mengenai peraturan bola sepak yang diabaikan disebabkan oleh protokol VAR.
“Liverpool mengambil maklum pengakuan PGMOL mengenai kegagalan [pengadil] pada malam tadi. Ia jelas peraturan sebenar bola sepak tidak digunapakai, menyebabkan integriti kesukanan turut dipersoalkan.
“Kami sedar akan tekanan dihadapi pegawai perlawanan tetapi ia tidak sepatutnya menganggu atau dipengaruhi sepenuhnya terutama dengan adanya sistem VAR.
“Ia sangat sukar dan membuatkan rasa tidak puas hati kerana tiada usaha untuk memberikan lebih banyak masa agar keputusan yang tepat dilakukan [oleh pengadil], dan tiada campur tangan khusus [daripada VAR] untuk itu.”
Sehubungan dengan itu Liverpool menuntut agar ada tindakan segera dan resolusi boleh dilakukan selepas pengakuan PGMOL bahawa jaringan Luis Diaz sepatutnya diberikan.
THREAD
Game changing errors made by referees in Liverpool’s first 7 games:
1. Mac Allister vs Bournemouth: Straight red card for a challenge with no malice, intent or follow through – later confirmed by the decision being overturned by the FA after an appeal by Liverpool pic.twitter.com/Vf2W79v73G
— MS (@DN9LFC) October 1, 2023
Liverpool turut menegaskan kesilapan manusia tidak boleh diterima sebelum semakan semula dilakukan [ketika perlawanan]. Dan semua semakan harus dilakukan tanpa berselindung.
Dalam perlawanan pada hujung minggu lalu jaringan babak pertama Diaz dibatalkan dan ulang tayang video jelas menunjukkan Cristian Romero berada di posisi yang membenarkan jaringan tersebut sepatutnya diberikan.
“Usaha ini adalah penting untuk keputusan pada masa depan untuk semua kelab dengan jaminan penambahbaikkan akan dilakukan dalam memastikan situasi sama tidak lagi berulang selepas ini,” tambah kenyataan tersebut.
“Pada masa yang sama pihak kelab akan menilai semua pilihan yang ada untuk mendesak semakan segera dan resolusi baharu dapat dilakukan.”